Zufar Bercita-Cita Membuka Bengkelnya Sendiri
![]() |
Honda Fame - sebelum di cat |
![]() |
Zufar |
Zufar anak bongsu didalam keluarganya, menyimpan cita-cita untuk memiliki bengkel automotifnya sendiri.
Kami sangat mementingkan kemahiran kepada hero-hero kami. Kami nasihat mereka supaya mempunyai kemahiran disamping menekankan pendidikan asas seperti matematik, sains, bahasa Inggeris dan Melayu.
Saidina Ali (R.A) pernah berkata "seseorang yang mempunyai kemahiran tidak akan papa..."
![]() |
Honda Fame sedang dicat |
![]() |
Zufar sedang spray cat pada komponen kecil Honda Fame |
Kami sentiasa melihat perkembangan Zufar. Beliau seorang yang cekap dalam kemahiran tangan. Beliau 'cepat tangkap' apa sahaja yang berkaitan dengan kemahiran. Kami hanya perlu ajar sekali sahaja, beliau dapat melaksanakan tugasan kemahiran dengan sempurna.
![]() |
Komponen motor yang telah dicat/spray |
![]() |
Komponen motor yang telah dipasang semula |
Zufar selesai mengecat / spray motor selama 2 hari kerana faktor cuaca (hujan) yang tidak mengizinkan.
![]() |
Zufar bergambar kenangan bersama Zulhilmi sifu automotifnya. |
Semoga cita-citanya untuk membuka bengkelnya sendiri akan tercapai satu hari nanti. Zulhilmi guru automotifnya akan menghadiahkan satu kereta Proton model lama kepada Zufar untuk dibaiki sehingga boleh diguna semula.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan