![]() |
Tuan Ho Ah Chai pemilik Sri Ternak Food Mart Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai 'Atuk Ah Chai' oleh hero PERKAP, seorang yang pemurah dan suka membuat kebaikan, tidak mengira agama dan bangsa 'may god bless you' |
![]() |
Encik Low Kim Loong orang kuat bos, anak muda yang tepati pada janji, kaya dengan senyuman, sentiasa berketerampilan kemas dan seorang yang 'hardworking person' |
Pada Sabtu 13 Februari 2016, hero PERKAP telah mendapat sumbangan daripada Sri Ternak. Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang mereka sukai.
![]() |
Hero tidak menyangka mendapat sumbangan sebanyak ini. Pada awalnya, bos Sri Ternak hanya ingin berjumpa sahaja, tak sangka sumbangan diberi sehingga penuh satu lori. 'Santa Claus' pun hanya beri satu hadiah sahaja. Terima kasih Sri Ternak. |
Setiap hero PERKAP mendapat sumbangan hamper, 'angpow' dan voucher belian bernilai RM100. Hero sampai tidak tahu hendak ambil apa.
![]() |
Hero PERKAP mendapat sumbangan 'Angpow' dan voucher belian RM100 setiap seorang |
Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang berada diatas rak. Hari ini adalah hari paling gembira buat hero semua.
![]() |
Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang disukai |
![]() |
Imad dan rakannya berdiskusi tentang apa barangan yang ingin diambil |
Syukur adalah hero paling disukai oleh kakitangan Sri Ternak kerana keletahnya yang comel.
![]() |
Syukur bersama barangan yang diambil. |
![]() |
Hero sedang mengira barangan yang diambil |
![]() |
Sedang mengira barangan diambil dikaunter Sri Ternak |
![]() |
Faez bersama barangan yang diambil. |
Saat ini adalah saat yang mereka tidak akan lupakan. Sumbangan yang diberi oleh Sri Ternak ibarat mimpi menjadi kenyataan buat mereka.
![]() |
Bergambar kenangan bersama pemilik dan kakitangan Sri Ternak |
![]() |
Sumbangan penuh satu lori. |
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan