Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Sabtu, 30 Januari 2016

Yantzen Melawat Hero PERKAP

Yantzen Melawat Hero PERKAP



Setiap gerak ada seni, Setiap seni ada rahsia...

Hari ini Yantzen yang pernah popular pada suatu ketika dahulu ketika menyertai kumpulan Rusty Blade , dan kemudian pada sekitar tahun 1992 pernah bersama kumpulan May (masih lagi aktif bergiat dalam industri muzik) datang menziarahi hero-hero PERKAP.

Kegembiraan tidak dapat dibayangkan betapa seronoknya mereka, lagu yang selama ini mereka nyanyikan , penyanyinya berada dihadapan mereka.

Pengalaman manis ini mereka tidak akan lupa, dan akan menjadi bual bicara bersama rakan sekolah nanti.


Pakaian Baju Melayu PERKAP

Ketika bersama Yantzen, banyak perkara yang dibualkan, banyak juga soalan yang diajukan tentang pengalaman Yantzen sebagai seorang penyanyi rock yang diminati ramai.



Yantzen dan Alif (anaknya - berbaju Melayu hijau) kini
dah besar panjang.

Yantzen menasihati hero PERKAP supaya menjadi
seorang yang berguna untuk bangsa , agama dan negara.


Setelah sesi bergambar, hero-hero PERKAP bersama Yantzen dibawa untuk latihan memanah di Saufiville , Janda Baik.


Yantzen sedang cuba memanah mengikut cara
Nabi Muhammad (s.a.w)


Hero-hero turut mencuba untuk memanah.


Kemudian hero PERKAP & Yantzen pulang untuk persediaan solat Maghrib dan makan malam.



Yantzen berkaraoke bersama hero PERKAP.
Lagu-lagu yang dinyanyikan seperti meniti suratan,
insan, dan lain-lain lagi.


Makan malam bersama Yantzen


Saksikan video nyanyian Yantzen, semoga terhibur.






Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.

Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 23 Januari 2016

TRADESTO Sumbang Set Ping-Pong

TRADESTO Sumbang Set Ping-Pong

Version : B.Melayu / English


Dari kiri : Shah (Boy), Faiz, Zufar,Syukur,Irfan, Ijat, Nadzmi, Imad & Irwan

Hari Sabtu adalah hari rekreasi hero-hero PERKAP.

Tetapi hari ini adalah hari paling istimewa kepada hero-hero ini kerana mereka dapat permainan baru iaitu ping-pong.

Set ping-pong ini telah disumbangkan oleh TRADESTO. Pihak TRADESTO tiba diperkarangan tempat kami sekitar 4.00 petang.

Pertemuan ini adalah pertemuan kali kedua kami dengan pihak TRADESTO yang diwakili oleh saudara Irwan selaku 'Master Introducing Broker' dan Shah(Boy) 'Introducing Broker'.

Sesi awal kami pada pertemuan kali ini membincangkan hala-tuju PERKAP & TRADESTO . Usahasama yang bakal memberi kebaikan kedua belah pihak.

TRADESTO  adalah sebuah syarikat broker Forex yang semakin berkembang maju di Malaysia. Memiliki 11,000 pelanggan dalam dan luar negara.

Kami sangat berterima kasih kepada pihak TRADESTO kerana sudi memberi sumbangan. Sumbangan ini sangat berharga buat hero-hero ini yang mereka tidak akan lupa sampai bila-bila.


Sedang menunggu giliran masing-masing.


Setelah kami selesai berbincang, hero-hero semua bergegas ke meja ping-pong.

Yang menariknya 'bapak yatim' pun turut sama ambil giliran. Makin lamalah anak-anak ini menunggu giliran. Hehe.



'bapak yatim' pun sibuk ambil giliran jugak.

Lepas sorang-sorang yang mencuba permainan baru mereka ini.

Sambil menunggu giliran masing-masing, ada juga yang bermain badminton.


Shah bermain badminton bersama hero PERKAP



Irwan pun turut berekreasi bersama.


Inilah permainan mereka setiap hari selepas ini setiap pukul 5pm hingga 6pm mengikut jadual harian mereka.

Jadual harian kami tetapkan untuk mereka patuhi supaya aktiviti mereka seimbang daripada segi pendidikan, jasmani dan rohani.

Setelah aktiviti jasmani selesai, hero-hero membuat persediaan untuk menunaikan solat Maghrib. Mereka membersihkan diri dan kemudian mereka akan membaca Al-Quran bersama mengikut giliran.



Membaca Al-Quran mengikut giliran selepas solat Maghrib


Insya Allah jika tiada aral, hari Isnin nanti hero-hero ini akan mempunyai guru yang mengajar mereka mengaji beserta dengan pelajaran tajwid.

Semoga hubungan kami bersama pihak TRADESTO berpanjangan. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pihak TRADESTO. Kebaikan yang diberi hanya Tuhan yang dapat membalasnya.



Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh hero-hero ini sampai bila-bila adalah apabila mereka dapat menerima dan memberi kasih-sayang yang ikhlas daripada hati.

Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 22 Januari 2016

Kesihatan Hero-Hero 'Tip-Top'

Kesihatan Hero-Hero 'Tip-Top'

Version : B.Melayu / English

Hero-hero seronok dapat nasi lemak


Hari ni (hari Khamis 21/1/2016) hari kedua hero-hero ni membuat medical check-up. Kami tiba lebih kurang 8.40am. Kedatangan kami disambut mesra oleh kakitangan Hospital Bentong.

Baru 2 hari datang, dah rasa seperti kenal lama dengan mereka. Mungkin orang-orang Bentong ni ramah orangnya.

Pada pukul 8.47am kami mengambil nombor giliran. Hari ni memang ramai orang daripada semalam. 

"Cikgu, ni makanan untuk anak-anak ni" seorang kakitangan Hospital Bentong memanggil Dzoul selaku pengurus kebajikan di PERKAP.

Akak yang manis dan ramah membeli kuih-muih, air sirap dan nasi lemak kepada hero-hero PERKAP.

"Alhamdulillah, terima kasih kak", jawab Dzoul. Rezeki anak yatim ni ada dimana sahaja. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan rezeki akak ni.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi baru giliran hero-hero ni dipanggil.


Dr Izzati Shahira sedang membuat 'check-up'

Pemeriksaan tekanan darah



Alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka. Cuma Ijat & Faiz ada masalah rabun warna dan mereka akan berjumpa dengan pakar mata di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang.


Ujian Ishihara


Markah untuk ujian mata Ishihara mereka :

1. Ijat - 6/25
2. Faiz - 9/25

Pada 9 Mac 2016 (pukul 10 pagi) Faiz & Ijat akan diperiksa secara terperinci. Ujian penglihatan mereka 6/6 sama seperti hero-hero yang lain.


Ujian mata


Ijat - sedang membuat ujian mata


Ujian mata tanpa cermin



Daripada segi kesihatan secara keseluruhan, semuanya sihat-sihat. Alhamdulillah.

Secara ringkas keputusan daripada 'medical check-up' mereka :

1. Semua hero-hero SIHAT walafiat.
2. Nadzmi, Irfan, & Syukur - kurang berat badan
3. Izat & Faiz ada masalah rabun warna
4. Kumpulan Darah hero-hero :

  • O-Positif : Zufar, Izat & Faiz
  • B-Positif : Syukur , Imad
  • AB - Positif : Irfan
  • A-Positif : Nadzmi

Rekod Kesihatan Hero-Hero PERKAP

Segala pujian bagi Allah. Semoga kesihatan hero-hero berterusan.

Kami akan beri yang terbaik untuk mereka semua. Hero-hero inilah pemberianNYA yang terbesar bagi yang mengetahui RAHSIA kehidupan ini.



Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 20 Januari 2016

"Bos, Nanti Boleh Naikkan Gaji Diorang Ya"

"Bos, nanti boleh naikkan gaji diorang ya"


Version : B.Melayu / English





Sebelum tahun 2016 melangkah lebih jauh, kami ingin memastikan kesihatan hero-hero ini semua dalam keadaan 'tip-top'.

Hari ini (Rabu) hero-hero dibawa ke Hospital Bentong untuk membuat medical check-up.

Seawal 8.15 pagi kami telah sampai di perkarangan hospital.





Terima kasih ingin kami ucapkan kepada kakak-kakak yang bertugas di Hospital Bentong. Servis semua 'tip-top' . Sangat mesra dan membantu.

"Bos, nanti boleh naikkan gaji diorang ya" , saranan kami kepada ketua pengarah kementerian kesihatan supaya gaji kakitangan-kakitangan bertugas di Hospital Bentong dinaikkan kerana beri servis yang terbaik.

"Cikgu..cikgu boleh bawa anak-anak ni untuk pemeriksaan gigi dulu ya" kata seorang nurse yang bertugas.


sedang menunggu giliran 'check' gigi
  
Kesemua gigi anak-anak ni dalam keadaan baik. "Siapa jaga anak-anak ni ya?" tanya seorang doktor gigi. "Kami jaga. Kenapa doktor?" tanya Dzoul. "Bagus gigi anak ni" , jawab doktor.

Sememangnya kami di PERKAP sangat mementingkan kebersihan daripada hujung rambut ke hujung kaki.


Imad sedang diperiksa giginya.


Gigi Ijat dicabut kerana gigi kekal sudah mula tumbuh

Setelah selesai pemeriksaan gigi, anak-anak dibawa untuk mengambil 'sample' darah untuk mengetahui jenis darah mereka. Rekod ini penting untuk rujukan kami pada masa akan datang.



Irfan sedang diambil sampel darahnya


Kemudian, hero-hero ini dibawa untuk pemeriksaan seterusnya. Berat, tinggi dan ujian mata dibuat oleh akak-akak nurse yang comel dan mesra.

Syukur diperiksa ketinggian


Ujian warna

Izat sedang diuji penglihatan.

Kesemua urusan selesai sekitar 12 tengahari.

Ringkasan laporan 'medical check-up' 20 Januari 2016 :

1. Sampel darah hero-hero telah diambil. Esok hero-hero perlu datang lagi untuk ambil keputusan darah dan 'check-up' doktor.
2. Gigi hero-hero semua dalam keadaan baik. Faiz & Syukur dicabut gigi susu mereka kerana gigi kekal sudah mula tumbuh. Imad dan Faiz diberi rawatan 'scaling'
3. Keputusan pemeriksaan semua dalam keadaan baik cuma Izat dan Faiz ada masalah rabun dekat.

Nantikan keputusan darah hero-hero ini pada hari esok. klik



Artikel & Link Berkaitan: