![]() |
Faisal Bajrai mengajar asas posisi memanah yang betul kepada hero-hero PERKAP |
Faisal Bajrai atau lebih dikenali sebagai 'abah' oleh hero PERKAP, hari ini meluangkan masa untuk mengajar hero PERKAP tentang asas memanah.
Banyak perkara yang disampaikan, antaranya persediaan awal daripada segi dalaman dan luaran sebelum memanah.
Seorang pemanah perlu mempunyai dalaman yang kuat, supaya panahannya tepat ke sasaran.
![]() |
Berdoa sebelum memulakan pelajaran |
Posisi ketika memanah adalah penting, kerana posisi yang betul dapat mengelakkan kecederaan ketika memanah. Tenaga yang diperlukan untuk menarik alat memanah adalah seperti mengangkat beban yang berat.
![]() |
Posisi memanah yang betul ketika memanah |
![]() |
Proses pengumpulan tenaga. Pemanah memerlukan tenaga yang cukup sebelum memanah |
Hari ini adalah hari pertama hero PERKAP belajar memanah, walaupun ia nampak mudah, ianya sangat penting. Banyak lagi yang akan dipelajari oleh mereka pada masa akan datang.
Proses ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, Faisal juga bercadang apabila hero ini sudah mahir nanti, mereka akan diajar untuk menunggang kuda pula.
![]() |
Untuk mendapat sasaran yang tepat, seorang pemanah perlu berada pada posisi yang betul. |
Tujuan utama hero ini diajar memanah adalah, supaya mereka menjadi seorang yang berdisiplin kerana untuk menjadi pemanah yang hebat, seorang pemanah perlu memiliki disiplin yang sangat tinggi.
![]() |
Hero PERKAP bersalaman dan berpelukan sebelum bersurai. |
Sebelum bersurai, hero PERKAP bersalaman dan berpelukan sebagai tanda terima kasih dengan ilmu yang bermanfaat yang telah diberi oleh 'abah' mereka.
Ilmu yang mereka peroleh pada hari ini , mereka tidak akan dapat dimana-mana, hanya Tuhan sahaja tahu akan nilainya.
Ilmu yang bermanfaat, adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada seluruh manusia kearah kebaikan.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan