Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

PENAJA / SPONSOR





Sabtu, 27 Ogos 2016

Hero PERKAP Nadzmi , Menunjukkan Cara Membuat Sarang Kelulut Baharu

Hero PERKAP Nadzmi , Menunjukkan Cara Membuat Sarang Kelulut Baharu



Sarang kelulut yang diperbuat daripada botol plastik
terpakai



Hari ini ketua untuk projek kelulut , hero PERKAP Nadzmi ingin menunjukkan cara-cara kepada pembaca, tentang bagaimana untuk membuat sarang kelulut dengan menggunakan botol yang terpakai.

Kos yang sangat rendah dan efektif untuk membuat sarang kelulut dengan menggunakan barang terpakai.

Bahan-bahan yang diperlukan seperti:

1. Botol yang dicuci bersih
2. Getah

3. Plastik hitam (plastik sampah)
4. Drill kecil (jika ada untuk membuat lubang pada penutup botol
5. Propolis
6. Madu kelulut
7. Tali untuk mengikat sarang (jika perlu, mengikut kreativiti masing-masing)

Baca artikel seterusnya untuk mengetahui cara bagaimana hero PERKAP Nadzmi membuat sarang kelulut daripada botol terpakai ;

1. Dapatkan botol minuman terpakai yang dicuci bersih. Pastikan tiada bau atau bahan-bahan kimia berada didalam botol. Ini untuk memastikan sarang ini menjadi pilihan lebah kelulut.


Pastikan botol yang digunakan bersih daripada bahan
kimia atau bahan-bahan lain


2. Setelah botol yang digunakan bersih daripada segala bau dan kotoran, balut sarang kelulut dengan surat khabar. Gunakan sekurang-kurangnya 3 lapis surat khabar untuk memastikan botol ini benar-benar tidak ada cahaya yang masuk. Ikat balutan surat khabar dengan getah.


Hero PERKAP Nadzmi sedang membalut botol dengan
suratkhabar


Hero PERKAP Nadzmi, membalut botol dengan
suratkhabar untuk memastikan tiada cahaya matahari
yang tembus masuk

Hero PERKAP Nadzmi sedang membalut kepingan
ke-2 dan ke-3 pada botol. Gunakan
sekurang-kurangnya 3 keping surat khabar

Balut dengan rapi dan kemas dan diikat dengan getah

Hero PERKAP Nadzmi sedang mengikat balutan dengan
menggunakan getah

3. Balut botol dengan plastik hitam (plastik sampah) supaya sarang ini betul-betul gelap dan ikat balutan dengan getah supaya balutan tidak terbuka.


Balut botol dengan menggunakan plastik sampah hitam. Ini
untuk memastikan botol benar-benar di dalam keadaan
gelap.

Hero PERKAP Nadzmi, menunjukkan botol yang telah
diikat kemas dengan menggunakan getah

4. Buat lubang pada penutup botol dengan menggunakan 'drill'. Anda boleh menggunakan apa sahaja alat yang boleh membuat lubang pada penutup botol


Hero PERKAP Nadzmi, membuat lubang pada penutup botol
tempat lebah kelulut masuk ke dalam botol untuk membuat
sarang di dalam botol

5. Ambil sedikit propolis daripada sarang yang sedia ada.


Hero PERKAP Nadzmi, mengambil sedikit propolis
pada sarang kelulut yang sedia ada.

6. Sapu propolis pada hadapan dan belakang penutup botol. Ini akan membuatkan lebah kelulut tertarik untuk membuat sarang didalam botol yang dibuat.


Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu propolis pada
penutup botol

Hero PERKAP Nadzmi, sedang mengambil propolis
untuk disapu pada penutup dan corong botol

7. Ambil sedikit 'bee bread' (roti lebah) dan letakkan ke dalam botol yang telah dibalut.



Hero PERKAP Nadzmi mengambil sedikit 'Bee Bread'
untuk diletakkan didalam botol

8. Ambil sedikit propolis dan letakkan didalam botol



Hero PERKAP Nadzmi, memasukkan propolis didalam
botol. Propolis yang dimasukkan adalah sebagai umpan
lebah kelulut untuk masuk didalam botol dan membuat
sarang baharunya


9. Ambil sedikit madu yang terdapat didalam sarang kelulut yang sedia ada.


Hero PERKAP Nadzmi, mengambil sedikit madu pada
sarang sedia ada untuk disapu pada penutup dan corong
botol. Bau madu ini akan membuat Lebah Kelulut untuk
masuk ke dalam botol


10. Saputkan madu tersebut pada hadapan dan belakang penutup


Hero PERKAP Nadzmi sedang menyapu madu kelulut
pada penutup botol dibahagian luar


Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu madu pada ruang
dalam penutup botol

11. Sapukan propolis disekeliling muncung botol


Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu propolis pada
corong botol

12. Sapukan sedikit madu pada muncung botol


Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu sedikit madu pada
corong botol

 13. Tutup botol dengan menggunakan penutup botol yang telah disapu propolis dan madu tadi

Hero PERKAP Nadzmi, sedang menutup botol
pada botol yang telah dibalut.
 14. Tuangkan sedikit air pada tanah supaya tanah menjadi lembut.

Hero PERKAP Nadzmi, sedang menuang air pada tanah
untuk melembutkan tanah.

 15. Uli tanah yang telah lembut dan dicampurkan air

Hero PERKAP Nadzmi, sedang menguli tanah yang telah lembut
dan disapu pada permukaan botol yang telah dibalut plastik hitam
dan suratkhabar

 16. Sapukan tanah disekeliling botol. Tujuan sapuan tanah ini adalah supaya botol digemari lebah kelulut kerana tiada bauan plastik atau bahan kimia yang lain.


Hero PERKAP Nadzmi, sedang menunjukkan botol yang
telah disapu tanah

17. Ikat sarang kelulut yang telah siap dibuat di pokok yang sesuai. Pastikan muncung botol mengadap arah matahari naik diwaktu pagi.


Hero PERKAP Nadzmi, sedang mengikat botol yang
telah disiap pada pokok. Pastikan corong botol mengadap
ke arah matahari terbit.


Botol yang telah siap, diikat pada pokok


Kedudukan yang sesuai membuatkan Lebah Kelulut
tertarik untuk masuk dan membuat sarang baharu,


18. Proses pembikinan sarang baru kelulut diperbuat daripada botol plastik terpakai telahpun selesai. Lebah kelulut akan mula masuk ke sarang baru apabila terdapat bau madu dan propolis yang telah diletakkan didalam botol.

Lebah kelulut akan menyesuaikan diri didalam sarang baharu dan membuat madu dan kantung didalam botol yang dibuat.


Lebah kelulut mula masuk ke dalam botol yang telah
siap dibuat. Lebah kelulut akan mula menyesuaikan
diri dan membuat corongnya sendiri nanti.


Alhamdulillah, hero PERKAP banyak mempelajari ilmu baharu bersama PERKAP yang lebih kepada kemahiran hidup. 

Semua ilmu ini diajar supaya mereka boleh mempraktikkannya pada suatu hari nanti untuk kegunaan sendiri dan keluarga dan mereka juga boleh membantu kepada mereka yang memerlukan.

Ilmu akademik yang diberi adalah sebagai asas pendidikan mereka, untuk membantu memperoleh ilmu-ilmu lain yang boleh membantu membina kelansungan di dalam kehidupan seharian.

Semoga ilmu yang diberi memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP dan kepada pembaca sekalian.




Selamat Mencuba.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 25 Ogos 2016

Terima Kasih Bro Zamri & Bro Zulnun Kerana Menziarahi Hero PERKAP

Terima Kasih Bro Zamri & Bro Zulnun Kerana Menziarahi Hero PERKAP



Hero PERKAP bergambar bersama Bro Zamri & Bro Zulnun ketika
menziarahi hero PERKAP tempohari


Terima kasih banyak kepada Bro Zamri dan Bro Zulnun  kerana sudi hadir melawat hero PERKAP tempohari.

Bro Zamri dan Bro Zulnun ziarah daripada pukul 3 lebih hingga pukul 11 malam, kehadiran mereka menghiburkan hati hero-hero dengan nasihat dan semangat yang telah diberikan kepada mereka. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsikan bersama.

Apakah agaknya yang Uncleseekers bisikkan kepada
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehingga Dato' Seri
Zahid Hamidi tergelak besar?


Semoga kalian dilimpahi rahmat Allah dan dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:


Rabu, 10 Ogos 2016

Ayah Angkat Daripada Brunei Datang Menziarah


Ayah Angkat Daripada Brunei Datang Menziarah

Bro Azis (kiri), Wak Lan (tengah) dan Bro Ijoy (kanan) ayah
angkat hero daripada Brunei


Beberapa hari yang lepas bapa angkat hero PERKAP daripada Brunei datang menziarahi hero-hero PERKAP untuk melihat perkembangan terkini mereka.

Wak Lan menasihati hero-hero PERKAP supaya mencari ilmu kerana ilmu adalah perkara paling utama didalam hidup begitu juga Bro Azis dan Bro Ijoy banyak menasihati mereka agar sentiasa memberikan prestasi yang baik dalam pelajaran.



Kami bergambar kenangan bersama Fauziah Latif
dan bapa angkat hero daripada Brunei.


Sebelum pulang, hero-hero PERKAP membuat akujanji agar mendapat prestasi yang baik dalam pelajaran. Sekiranya mereka mendapat mencapai 'target' seperti yang dijanjikan, mereka akan menerima hadiah yang mereka inginkan.



Hero Perkap, Ijat membuat akujanji
dihadapan Bro Azis, bapa angkat
daripada Brunei



Hero Perkap, Nadzmi memberi akujanji




Hero Perkap Irfan, memberi aku janji





Hero Perkap, Imad dan hero-hero lain turut membuat
akujanji dihadapan bro Azis, bapa angkat daripada
Brunei.


Semoga hero-hero PERKAP berjaya, dan menjadi orang berguna pada masa akan datang.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 2 Ogos 2016

Terima Kasih Muslim Aid Malaysia

Terima Kasih Muslim Aid Malaysia


Ribuan Terima Kasih kepada Muslim Aid Malaysia


Ucapan ribuan terima kasih kepada Muslim Aid Malaysia kerana memberi sumbangan kepada PERKAP. Sumbangan barangan makanan asas ini banyak membantu kami.

Terima kasih kepada bro Azlan yang bertungkus-lumus menguruskan sumbangan ini dan tidak lupa juga kepada rakan-rakannya yang turut bekerjasama.


Muslim Aid Malaysia



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: