![]() |
Hero diajar memasang tali busur |
Hari ini sesi kedua (klik - sesi 1) hero PERKAP diajar untuk memanah. Hari ini mereka belajar cara memasang busur.
![]() |
Brader Faisal memasang komponen pada tali busur |
Memasang dan membuka tali busur adalah perkara asas yang perlu seorang pemanah tahu. Tali busur tidak boleh dipasang sepanjang masa. Jika tidak digunakan seeloknya, tali dibuka semula untuk memastikan busur sentiasa berfungsi dengan baik.
![]() |
Brader Faisal menunjukkan cara memasang tali busur |
![]() |
Kedudukan menarik busur untuk memasang tali busur |
![]() |
Hero mendengar penerangan daripada Faisal (abah). |
Kedudukan yang betul membuatkan panahan tepat ke sasaran. Kali ini mereka diajar untuk memanah mengikut 'eye level' masing-masing. Pada sesi akan datang, mereka akan diberi 'target'
![]() |
Untuk mendapat panahan yang tepat, kedudukan harus betul |
![]() |
Pada sesi akan datang, mereka akan diajar memanah kearah 'target' yang disediakan |
Faiz mendapat 2 kali panahan tepat ke sasaran walaupun baru pertama kali diajar memanah.
![]() |
Hero diajar supaya memanah mengikut 'eye level' |
![]() |
Faiz mendapat gelaran 'professor' |
Cara memegang busur dan busur panah harus betul agar busur panah tidak jatuh ketika memanah.
![]() |
Untuk mendapat panahan yang tepat, daya intuisi pemanah harus kuat. |
![]() |
Cara pegangan busur yang betul, membolehkan busur dipegang pelbagai posisi |
![]() |
Dalam kedudukan apa sekali pun busur panah tidak akan terjatuh sekiranya cara pegangannya betul |
Walaupun busur panah Syukur sentiasa tersasar, 'anak bongsu' dalam keluarga PERKAP ini melakukannya dengan baik untuk sesi ini.
![]() |
Syukur mengambil busur panahnya yang tersasar |
Saksikan video hero PERKAP dibawah.
Nantikan video seterusnya pada sesi akan datang.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan