Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 15 Disember 2016

Hero PERKAP Menghadiri Kursus Pembenihan Dan Asuhan Ikan Tilapia

Hero PERKAP Menghadiri Kursus Pembenihan Dan Asuhan Ikan Tilapia


Hero PERKAP bergambar kenangan dengan tenaga pengajar di PPA Bukit
Tinggi Bentong Pahang, En. Marzuki (dua dari kiri, belakang) dan En Roslan


Alhamdulillah, hari ini 15 Disember 2016 , hero PERKAP tamat kursus pembenihan dan asuhan ikan Tilapia yang diadakan selama 3 hari, dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Daerah Bentong , Pahang.

Terima kasih tidak terhingga kepada En Marzuki, En. Zamri, En Roslan dan rakan-rakan daripada PPA Bukit Tinggi, Bentong, Pahang yang telah mencurahkan ilmu kepada kami selama kami berada disini. 

Layanan mesra dan keikhlasan tuan-tuan sekalian mencurahkan ilmu, hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Terima kasih juga kepada En.Musa , Ketua Perikanan Daerah Bentong, Pahang yang telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menyertai kursus pembenihan dan asuhan ikan Tilapia.

Selama kami berada disini kami telah mempelajari:


1. Penggredan Ikan


Hero PERKAP sedang memasang jaring Hapa untuk
penggredan ikan



Hero PERKAP sedang mendengar penerangan cara
menggredkan ikan menggunakan bekas yang disediakan


Hero PERKAP Ijat sedang melakukan penggredan ikan
mengikut size bekas yang telah diubahsuai mengikut
size ikan yang dikehendaki


Size benih ikan terbahagi kepada TIGA - 1/2 inci , 1 inci,
2 inci, size melebihi 2 inci.


2. 'Packing' / Pembungkusan Pengagihan Ikan Kepada Pemohon Benih Ikan Tilapia

Hero PERKAP sedang menarik jaring Hapa untuk
pengagihan benih ikan Tilapia kepada
pemohon serata Malaysia


Faiz sedang melihat cara pengagihan benih ikan
Tilapia dilakukan



Hero PERKAP Faiz sedang mempelajari cara
pembungkusan benih ikan Tilapia untuk
diagihkan kepada pemohon

Dalam sebulan , lebih kurang 100,000 benih ikan Tilapia
diagihkan kepada pemohon serata Malaysia


3. Mengenal Pasti Jantina Ikan Tilapia


En Marzuki sedang memberi penerangan cara mengenalpasti
jantina ikan Tilapia sambil diperhatikan oleh hero PERKAP
Nadzmi dan En Khairul

4. Rawatan Ikan 



Garam juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan
stress ikan dan rawatan luka mengikut nisbah
yang disyorkan.

Rawatan ikan menggunakan 'Acry Flaving'


5. Cara Pengiraan Nisbah Untuk Pemberikan Makan Ikan



En. Marzuki sedang memberi penerangan cara pengiraan
pemberian makan kepada ikan.

Hero PERKAP Ijat bersedia untuk memberi makan
ikan mengikut pengiraan yang disyorkan

Hero PERKAP Faiz sedang memberi makan anak ikan
Tilapia (Rega) . Makanan yang diberikan adalah jenis
serbuk dan ianya mengandungi 40% protein untuk
membantu tumbesaran ikan

Hero PERKAP Nadzmi sedang memberi makan ikan
jenis pelet yang mengandungi 30% protein

Faiz Sedang memberi makan ikan di kolam yang terdapat
di PPA Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

6. Mengurus Kolam Ikan (Induk) Untuk Tujuan Pembenihan Ikan


Hero PERKAP Irfan sedang memindahkan ikan
Tilapia (induk) dewasa untuk tujuan pembersihan
kolam



Hero PERKAP sedang membersihkan kolam ikan Tilapia
(induk).

Kolam ikan induk siap dibersihkan


Air sungai dan 'Alpha Tiub - tiub oksigen' dimasukkan
semula kedalam kolam sebelum ikan induk Tilapia dimasukkan
semula


Induk Tilapia dimasukkan semula kedalam kolam
dan diberikan ubat rawatan ikan. Nisbah induk adalah
1 ekor ikan jantan : 3 ekor ikan betina. 


Semoga ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan oleh hero PERKAP.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Tiada ulasan :

Catat Ulasan