Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Ahad, 21 Februari 2016

Satu Penjelasan Tentang PERKAP (Part 1)

Satu Penjelasan Tentang PERKAP (Part 1)


Unceseekers
'Mastermind' PERKAP.

Ilmu yang dikurniakan Tuhan,
beliau mencari punca pendapatan
untuk PERKAP (anak yatim dan
pihak pengurusan)


Akaun Bank

Dari mula  PERKAP ditubuhkan bulan September 2015 sampai sekarang duit dalam akaun bank RHB sebanyak RM3,000 (wang dimasukkan untuk membuka pertubuhan) langsung tak bertambah atau berkurangan sehingga hari ini



Tajaan makanan, pakaian, peralatan sukan dan lain-lain :

Sesiapa saja yang nak buat kebaikan samada meja, kerusi, kasut, pakaian, jubah, kopiah atau apa saja
kepada hero-hero PERKAP :


1.   Mereka akan terus bayar kepada pembuat (tukang jahit, tukang buat capal dan lain-lain).



Baju yang ditempah, akan dibayar terus kepada pembuat (tukang jahit, tukang
buat capal dan lain-lain).

Hero ini memakai baju Melayu ala pendekar kerana dijemput oleh saudara
Radzi (Merah Silu) untuk memeriahkan majlis.
  

2.   Mereka akan bawa anak-anak ini ketempat pakaian atau kasut untuk anak-anak ini sendiri yang memilihnya seperti Fauziah Latif dan Tuan Azizan


Tuan Harlizan membawa dan membeli kasut kepada
hero PERKAP. Hero memilih kasut apa yang mereka suka.



3.   Tajaan makanan :


a) Voucher RM100, Hamper dan angpau diberikan terus kepada anak-anak ini. Tiada seorang pun dari pihak pengurusan PERKAP yang menerima tajaan dari Sri Ternak.



Sri Ternak memberi sumbangan  'angpow' dan voucher RM100 setiap seorang.
Tiada seorang pihak pengurusan PERKAP menerima tajaan Sri Ternak



Sri Termak memberi sumbangan hamper dan makanan kepada hero
PERKAP

b)    Minuman petang (kuih,  kuey teow, karipap dan lain-lain) setiap hari Jumaat yang diberi oleh empunya Saufiville sememangnya dimasak lebih oleh beliau untuk anak-anak dan juga kami atas dasar kemanusian.

c)     Daging kambing yang diberikan oleh saudara Abdullah juga diberikan kepada PERKAP sekiranya terdapat hajat pelanggan yang membeli kambing darinya.

d)    Buah-buahan yang diberikan buat pertama kali diberikan oleh brader Fini dari Saufiville juga bukan PERKAP yang minta.

e)     Enam tin sardin dan sepeket kecil milo yang diterima hari ini kami juga tidak tahu siapa pemberinya.

f)      Sumbangan kerusi meja dari ibu angkat (Puan Rehan) anak-anak ini dibeli sendiri oleh beliau. Tugas kami hanya datang ambil di Ikea Damansara dan pasang disini.


Roni mengangkat sumbangan kerusi dan meja daripada Puan Norehan
di IKEA Damansara.


Memasang kerusi yang disumbangkan untuk kegunaan pembelajaran hero.

g) Aktiviti memanah , motivasi dan lain-lain adalah inisiatif daripada mentor-mentor mereka. Tiada sebarang yuran yang dikenakan oleh mereka.



Sumbangan Wang Ringgit

Sehingga hari ini tiada sesiapa dikalangan individu atau korporat yang memberi sumbangan wang ringgit SETIAP bulan kepada PERKAP.

Sumber kewangan PERKAP:

a) Saudara Effendee Atan telah buka satu akaun di ROBOFOREX dengan margin sebanyak USD5,000. Semua keuntungan hasil trade adalah untuk PERKAP.




Saudara Effendee Atan



Margin (modal) USD5,000 diberikan oleh saudara Effendee Atan
sejak daripada bulan Disember 2015. Keuntungan bersih sekitar
USD1,500 hingga USD2,000 (RM6,000 - RM8,000 sebulan - 
20% hingga 40% keuntungan konsisten) ,
di-'trade' oleh Uncleseekers menjadi punca pendapatan untuk
menyara perbelanjaan PERKAP

MarshallFX - akaun yang diberi oleh Effendee Atan untuk di-'trade' oleh
Uncleseekers pernah mendapat #1 didalam dunia. Akaun yang Uncle trade sentiasa
mendapat 'Top 20' dalam CopyFx.


Alhamdulillah, ilmu laduni Forex yang Allah berikan kepada Uncleseekers dapat membantu perbelanjaan PERKAP.   


b) Saudara Azman Mustafa selaku pengerusi telah buka satu akaun di GAFX dengan margin USD30,000. Keuntungannya dibahagi DUA dengan PERKAP


Setiap kebaikan yang diberikan samada dalam bentuk wang ringgit dan makan minum, penyumbang sendiri memberi KEBENARAN untuk beri kepada pihak pengurusan menguruskannya secara bijaksana. Syukur rahmat, tiada kezaliman yang dilakukan keatas harta anak-anak ini.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. (Surah An-Nisa Ayat 10)

Keuntungan yang diperoleh daripada Forex setiap bulan tidaklah mewah tapi cukuplah untuk keperluan.

Kami sangat berbangga sehingga hari ini kami tidak pernah merayu, menipu atau meminta sedekah untuk makan minum disini dan bil bulanan.

Dengan kehendakNYA sebelum hujung tahun ini atau lebih awal, PERKAP akan berpindah ketempat yang baru apabila semuanya selesai...



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Tiada ulasan :

Catat Ulasan