Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Rabu, 10 Februari 2016

Maklumbalas Keluarga Hero PERKAP

Maklumbalas Keluarga Hero PERKAP




Maklumbalas Ibu Izat & Faiz


Ijat

Faiz



Ibu Izat & Faiz


Surat Daripada Ibu Izat & Faiz



Penghargaan / Maklumbalas Penjagaan Anak Di PERKAP



Saya Juliana Binti Osman ibu kepada Muhammad Faiz Haziq Bin Mohd Fakharulzaman dan Mohammad Shahrizad Bin Mohd Fakharulzaman. Ingin melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PERKAP. Saya berasa sangat terharu kerana sanggup memikul tanggungjawab ke atas penjagaan anak-anak saya.


2. Sepanjang mereka disana, saya dapat lihat perubahan ke atas mereka. Sikap dan perlakuan yang ditunjukkan amat menyenangkan. Justeru itu, saya berharap perubahan tersebut kekal dan meningkat prestasinya.


3. Malahan Juga saya berharap MISI dan VISI PERKAP bagi membantu anak-anak saya terlaksana. Moga PERKAP berjaya melahirkan individu berkredibiliti dan berwawasan.


Yang Benar,

  


(Juliana Osman)




Maklumbalas Bapa Syukur




Syukur

Bapa Syukur



Surat Bapa Syukur



Penghargaan / Maklumbalas Penjagaan Anak Di PERKAP


Saya Azmi Bin Jaafar bapa kepada Muhammad Syukur Hafiz Bin Azmi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang (PERKAP) diatas penjagaan, pendidikan dan pembelajaran yang telah pihak tuan berikan , serta segala keperihatinan dan tunjuk ajar tuan kepada anak saya.


Dengan itu, saya amat merhargai segala pemberian dan jasa pihak tuan sepanjang menjaga anak saya di Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang (PERKAP)


Saya juga mohon maaf ke atas salah silap anak saya semasa berada dibawah jagaan pihak tuan.


Sekian, Wasalam



Yang Benar,



(Azmi Bin Jaafar)





Maklumbalas Bapa Imad & Irfan




Imad

Irfan


Surat Bapa Imad & Irfan

(sambungan surat bapa Imad & Irfan)



Penghargaan / Maklumbalas Penjagaan Anak Di PERKAP


Merujuk perkara diatas,


Saya telah diminta oleh pihak tuan untuk memberi maklumbalas mengenai prestasi anak-anak saya sepanjang berada di Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim Pahang. Oleh itu, saya dengan rasa bangga memberi maklum balas berkenaan.


2. Saya mendapati terdapat perubahan dan peningkatan terhadap anak-anak saya terutama dari segi pembelajaran, sikap dan ibadat. Dari segi pembelajaran, pihak tuan telah memberi segala bantuan dalam pembelajaran anak-anak saya contohnya kelas tambahan.


3. Saya dapati prestasi anak-anak saya dalam matapelajaran semakin meniingkat dan mereka juga rajin dalam mengulangkaji pelajaran.


4. Selain itu, anak-anak saya juga rajin dalam menjalankan ibadah dan berubah dari segi sikap dan akhlak.


Saya sangat yakin bahawa perubahan anak-anak saya disebabkan oleh kesungguhan pihak tuan dan lain-lain dalam membantu mereka. Oleh itu, segala kerjasama oleh pihak tuan, amat saya hargai.


Sekian, Terima Kasih.



Yang Benar



(Mohamed Marzuki Bin Budin)






Maklumbalas Ibu Nadzmi


Nadzmi


Surat Ibu Nadzmi



Penghargaan / Maklumbalas Penjagaan Anak Di PERKAP

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana menerima anak saya menjadi sebahagian daripada anak jagaan tuan (PERKAP). 
2. Banyak sungguh perubahan pada diri anak saya dari mula dia diambil hingga sekarang. Daripada segi pertuturan lebih sopan, hormat orang tua, taat dan rajin menolong ibubapa. 
3. Saya bersyukur pada pihak tuan kerana sudi menolong dan memberi sumbangan. Jasa tuan semua tak dapat saya balas. 
Saya serta keluarga mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi.

Yang Benar,
  
(Nor Rashidah Binti Din)






Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Tiada ulasan :

Catat Ulasan