![]() |
Sarang kelulut yang diperbuat daripada botol plastik terpakai |
Hari ini ketua untuk projek kelulut , hero PERKAP Nadzmi ingin menunjukkan cara-cara kepada pembaca, tentang bagaimana untuk membuat sarang kelulut dengan menggunakan botol yang terpakai.
Kos yang sangat rendah dan efektif untuk membuat sarang kelulut dengan menggunakan barang terpakai.
Bahan-bahan yang diperlukan seperti:
1. Botol yang dicuci bersih2. Getah
3. Plastik hitam (plastik sampah)4. Drill kecil (jika ada untuk membuat lubang pada penutup botol5. Propolis6. Madu kelulut7. Tali untuk mengikat sarang (jika perlu, mengikut kreativiti masing-masing)
Baca artikel seterusnya untuk mengetahui cara bagaimana hero PERKAP Nadzmi membuat sarang kelulut daripada botol terpakai ;
1. Dapatkan botol minuman terpakai yang dicuci bersih. Pastikan tiada bau atau bahan-bahan kimia berada didalam botol. Ini untuk memastikan sarang ini menjadi pilihan lebah kelulut.
![]() |
Pastikan botol yang digunakan bersih daripada bahan kimia atau bahan-bahan lain |
2. Setelah botol yang digunakan bersih daripada segala bau dan kotoran, balut sarang kelulut dengan surat khabar. Gunakan sekurang-kurangnya 3 lapis surat khabar untuk memastikan botol ini benar-benar tidak ada cahaya yang masuk. Ikat balutan surat khabar dengan getah.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi sedang membalut botol dengan suratkhabar |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, membalut botol dengan suratkhabar untuk memastikan tiada cahaya matahari yang tembus masuk |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi sedang membalut kepingan ke-2 dan ke-3 pada botol. Gunakan sekurang-kurangnya 3 keping surat khabar |
![]() |
Balut dengan rapi dan kemas dan diikat dengan getah |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi sedang mengikat balutan dengan menggunakan getah |
3. Balut botol dengan plastik hitam (plastik sampah) supaya sarang ini betul-betul gelap dan ikat balutan dengan getah supaya balutan tidak terbuka.
![]() |
Balut botol dengan menggunakan plastik sampah hitam. Ini untuk memastikan botol benar-benar di dalam keadaan gelap. |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, menunjukkan botol yang telah diikat kemas dengan menggunakan getah |
4. Buat lubang pada penutup botol dengan menggunakan 'drill'. Anda boleh menggunakan apa sahaja alat yang boleh membuat lubang pada penutup botol
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, membuat lubang pada penutup botol tempat lebah kelulut masuk ke dalam botol untuk membuat sarang di dalam botol |
5. Ambil sedikit propolis daripada sarang yang sedia ada.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, mengambil sedikit propolis pada sarang kelulut yang sedia ada. |
6. Sapu propolis pada hadapan dan belakang penutup botol. Ini akan membuatkan lebah kelulut tertarik untuk membuat sarang didalam botol yang dibuat.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu propolis pada penutup botol |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang mengambil propolis untuk disapu pada penutup dan corong botol |
7. Ambil sedikit 'bee bread' (roti lebah) dan letakkan ke dalam botol yang telah dibalut.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi mengambil sedikit 'Bee Bread' untuk diletakkan didalam botol |
8. Ambil sedikit propolis dan letakkan didalam botol
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, memasukkan propolis didalam botol. Propolis yang dimasukkan adalah sebagai umpan lebah kelulut untuk masuk didalam botol dan membuat sarang baharunya |
9. Ambil sedikit madu yang terdapat didalam sarang kelulut yang sedia ada.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, mengambil sedikit madu pada sarang sedia ada untuk disapu pada penutup dan corong botol. Bau madu ini akan membuat Lebah Kelulut untuk masuk ke dalam botol |
10. Saputkan madu tersebut pada hadapan dan belakang penutup
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi sedang menyapu madu kelulut pada penutup botol dibahagian luar |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu madu pada ruang dalam penutup botol |
11. Sapukan propolis disekeliling muncung botol
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu propolis pada corong botol |
12. Sapukan sedikit madu pada muncung botol
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menyapu sedikit madu pada corong botol |
13. Tutup botol dengan menggunakan penutup botol yang telah disapu propolis dan madu tadi
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menutup botol pada botol yang telah dibalut. |
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menuang air pada tanah untuk melembutkan tanah. |
15. Uli tanah yang telah lembut dan dicampurkan air
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menguli tanah yang telah lembut dan disapu pada permukaan botol yang telah dibalut plastik hitam dan suratkhabar |
16. Sapukan tanah disekeliling botol. Tujuan sapuan tanah ini adalah supaya botol digemari lebah kelulut kerana tiada bauan plastik atau bahan kimia yang lain.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang menunjukkan botol yang telah disapu tanah |
17. Ikat sarang kelulut yang telah siap dibuat di pokok yang sesuai. Pastikan muncung botol mengadap arah matahari naik diwaktu pagi.
![]() |
Hero PERKAP Nadzmi, sedang mengikat botol yang telah disiap pada pokok. Pastikan corong botol mengadap ke arah matahari terbit. |
![]() |
Botol yang telah siap, diikat pada pokok |
![]() |
Kedudukan yang sesuai membuatkan Lebah Kelulut tertarik untuk masuk dan membuat sarang baharu, |
18. Proses pembikinan sarang baru kelulut diperbuat daripada botol plastik terpakai telahpun selesai. Lebah kelulut akan mula masuk ke sarang baru apabila terdapat bau madu dan propolis yang telah diletakkan didalam botol.
Lebah kelulut akan menyesuaikan diri didalam sarang baharu dan membuat madu dan kantung didalam botol yang dibuat.
![]() |
Lebah kelulut mula masuk ke dalam botol yang telah siap dibuat. Lebah kelulut akan mula menyesuaikan diri dan membuat corongnya sendiri nanti. |
Alhamdulillah, hero PERKAP banyak mempelajari ilmu baharu bersama PERKAP yang lebih kepada kemahiran hidup.
Semua ilmu ini diajar supaya mereka boleh mempraktikkannya pada suatu hari nanti untuk kegunaan sendiri dan keluarga dan mereka juga boleh membantu kepada mereka yang memerlukan.
Ilmu akademik yang diberi adalah sebagai asas pendidikan mereka, untuk membantu memperoleh ilmu-ilmu lain yang boleh membantu membina kelansungan di dalam kehidupan seharian.
Semoga ilmu yang diberi memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP dan kepada pembaca sekalian.
Selamat Mencuba.
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Hero PERKAP Nadzmi , Menunjukkan Cara Membuat Sarang Kelulut Baharu
Assalamualaikum tuan,saya ingin bertanyakan sesuatu.Bilakah waktu yang sesuai untuk memasang perangkap itu?
BalasPadamSepekara lagi,bilakah waktu yang sesuai untuk menempatkan koloni kelulut ke dalam haif?Adakah ia mengambil masa selama beberapa bulan?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkenapa sarang sy semut dtg yup,adakah akan effect kn pemindahan kelulut sy
BalasPadam