Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Selasa, 26 Julai 2016

Ujian IQ Hero Perkap

Ujian IQ Hero Perkap




Setiap Minggu, Hero akan menduduki ujian mingguan
untuk memastikan mereka benar faham dengan apa
yang telah diajar oleh tenaga pengajar.




Pada Hari Sabtu yang lepas (23/7/2016) hero-hero telah menduduki ujian IQ.

Keputusan ujian IQ mereka adalah seperti berikut:


1. Imad - 18/24
2. Faiz - 18/24
3. Nadzmi -18/24
4. Ijat - 17/24
5. Irfan - 17/24
6. Faiz - 17/24


Ujian IQ Hero-Hero pada 23/7/2016




Tujuan ujian IQ ini dibuat untuk melihat sejauh mana pencapaian IQ mereka dan pada masa yang sama dapat mengasah 'problem solving skill'

Semoga Ia Berhasil.

Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 13 Julai 2016

Ziarah Hari Raya Cikgu Nawawi dan Rakan Hero Perkap - Imad

Ziarah Hari Raya Cikgu Nawawi dan Rakan Hero Perkap - Imad


Ziarah Cikgu Nawawi
(guru Pendawaian Domestik, Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang) dan rakan hero PERKAP Imad


Terima kasih kepada Cikgu Nawawi dan rakan-rakan hero PERKAP Imad kerana sudi ziarah ke PERKAP untuk sambutan hari raya.

Kehadiran kalian, dapat merapatkan silaturrahim antara kami dan kalian semua.



Gambar kenangan hero Perkap bersama Cikgu Nawawi dan pelajar tingkatan
5, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi Bentong, Pahang


Rakan hero PERKAP Imad bersama Cikgu Nawawi tiba di PERKAP
untuk ziarah Hari Raya 


Cikgu Nawawi (kiri) sedang berkongsi pendangan bersama
Zul (pengetua PERKAP) tentang betapa pentingnya
kemahiran untuk generasi kini. 


Masing-masing sedang menikmati santapan yang dimasak istimewa
oleh chef Adeek, Mona, Yaya & Linda ;
'Puff' inti kambing, puding dan kastad



'Puff' Inti Daging Kambing, Kastad, Puding dan Air Oren.


Terima kasih kepada Cikgu Nawawi dan rakan hero perkap Imad, kerana
sudi ziarah hari raya di PERKAP. 


Semoga ikatan silaturrahim ini berterusan. Dengan izinNYA.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin daripada kami kepada semua.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 12 Julai 2016

Selamat Hari Jadi Imad

Selamat Hari Jadi Imad


Hari Jadi Imad yang ke-17


Semalam kami menyambut sambutan hari jadi hero PERKAP - Imad yang ke-17. Walaupun harijadinya disambut lewat, kami tetap menyambutnya.

Beliau lahir pada tanggal 3 Julai 1999, anak murid kesayangan guru-guru disekolahnya kerana pandai menjaga hati guru dan menunjukkan kesungguhan dalam pelajaran

Semoga beliau menjadi insan berguna suatu hari nanti,


Kek hari jadi hero PERKAP - IMAD


Hero-hero PERKAP sama-sama menyambut sambutan
hari jadi Imad yang ke-17



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama




Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 1 Julai 2016

10 Terjemahan Surah Dwi Bahasa Berjaya dihafal di Bulan Ramadhan

10 Terjemahan Surah Dwi Bahasa Berjaya dihafal di Bulan Ramadhan



Hero-hero  PERKAP sedang diuji Hafalan Surah yang diberi



Alhamdulillah, Ramadhan sudah semakin hampir dipenghujungnya. Hero-hero PERKAP dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

Menghafal 10 terjemahan surah dwibahasa , dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Surah Al Fatihah, Surah Al Ikhlas, Surah An Nas, Surah Al Falaq, Surah Al Kafirun, Surah Al Kauthar, Surah Al Ashr, Surah Al Qadr, Surah Al Takwir dan Surah Al Tareeq)



Hero Perkap ketika dijemput ke majlis berbuka puasa
di Impian Saujana Golf Country  Club, Kajang.
Mereka menyanyikan 3 buah lagu, dan membaca hafalan
terjemahan 


Kami telah memberi ujian bertulis untuk hafalan mereka. Mereka telah peroleh 100% markah untuk setiap surah. Surah Al Takwir dan Surah Al Tareeq adalah ujian terakhir akan kami berikan hari ini.

Kami bukan ingin menjadikan mereka pelajar tahfiz, kami ingin mereka tahu maksud sebenar ayat-ayat ini dan memahami intipati ayat yang mereka selalu baca di dalam solat.


Faiz hero PERKAP, mendapat 100% markah
untuk ujian terjemahan bertulis, begitu juga
hero PERKAP yang lain


Pada bulan-bulan yang akan datang, mereka akan menghafal satu surah setiap bulan. Pada bulan Julai 2016 ini, mereka akan menghafal Surah Yassin diikuti dengan surah-surah yang lain. Dengan IzinNya.

Semoga Allah memberi kemudahan untuk mereka.



Hero PERKAP membaca hafalan terjemahan di majlis berbuka puasa bersama Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Impian Saujana Golf Country Club , Kajang. Klik
Video untuk menonton.



Hero PERKAP membuat persembahan nyanyian bersama Fareez AXL'S di Impian Saujana Golf
Country Club, Kajang. Klik video untuk menonton.




Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


Artikel & Link Berkaitan: