Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 24 November 2016

Hero PERKAP Belajar Teknik Hafalan Al Quran Metode Al Qosimi

Hero PERKAP Belajar Teknik Hafalan Al Quran Metode Al Qosimi



Hero PERKAP bersama 
Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz. 
Penulis buku Hafal Juz 'Amma
Metode Al-Qosimi'

Terima kasih kepada Dato' Harlizan selaku mentor PERKAP yang telah memberi ruang dan peluang kepada hero PERKAP untuk belajar teknik hafalan juz 'amma dengan mudah dan cepat yang diajar oleh ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz menggunakan teknik hafalan Al-Qosimi.

Ustaz Abdul Hurri berasal daripada Indonesia , seorang yang bijak menyampai sehinggakan para peserta yang hadir mudah untuk menerima apa yang diajar.


Jika mempunyai teknik dan sistem hafalan yang betul,
hafalan Al Quran akan lebih mudah dan cepat
Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz 


Antara teknik hafalan yang diajar adalah, setiap baris ayat yang hendak dihafal perlu diulang sebanyak 40 kali. Ketika menghafal perlu memandang ke atas, ke kiri atau ke kanan dan kaedah yang terakhir perlu dibacakan didalam hati sambl dikumat-kamitkan bibir apa yang dibaca.

Ini antara metode yang boleh diaplikasikan dalam apa jua pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan.


Hero PERKAP sedang khusyuk mendengar pembelajaran
teknik hafalan yang betul dan mudah


Teknik Al Qosimi memudahkan hafalan 1 Juz sekali duduk

 
Cara pembelajaran santai memudahkan para peserta
sentiasa tekun mendengar

Hero PERKAP bergambar kenangan bersama
Ustaz Abdul Hurri Al Qosimi Al Hafidz di Saufiville,
Janda Baik, Pahang


Majlis ilmu ini hanya pengenalan kepada hero PERKAP. Masih banyak yang perlu dipelajari. 

Kami bukanlah sekolah tahfiz. Tetapi kami sentiasa memberi peluang kepada hero PERKAP untuk mempelajari apa sahaja ilmu yang memberi kebaikan kepada mereka dan sentiasa menerapkan kepada mereka supaya sentiasa mencintai ilmu.

Semoga apa yang dipelajari memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP. 


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 21 November 2016

Ayam Kampung dan Ayam Gajah Organik PERKAP

Ayam Kampung dan Ayam Gajah Organik PERKAP


Abang Jamil sedang memberi penerangan kepada hero-hero PERKAP
tentang cara memotong paruh anak ayam.

Berpengalaman 36 tahun dalam bidang penternakan, menjawat jawatan sebagai ketua unit agropolitan (FELDA) dan beliau adalah seorang 'atuk' yang penyayang bagi hero-hero PERKAP.

Beliau adalah Encik Jamil Bin Md Yasin lebih mesra digelar hero-hero PERKAP sebagai 'atuk'. 

Seorang yang sentiasa gemar memberi ilmu kepada hero-hero PERKAP terutama dalam bidang pertanian dan penternakkan.



Anak ayam dipotong paruh bahagian atas yang keras,
supaya sama rata muncung yang dibawah

Tepi pisau yang panas digunakan untuk meratakan dan
menutup saraf supaya tidak berdarah


Lawatan 'atuk' kali ini melawat cucu-cucunya adalah untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan anak ayam kampung dan anak ayam gajah PERKAP supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal keselamatannya.

Hero-hero PERKAP telah diajar oleh 'atuk' mereka cara memotong paruh , bertujuan untuk mengelakkan ayam yang agresif mematuk ayam yang lain sehingga melibatkan luka dan boleh membawa maut.

Ianya juga bertujuan untuk memudahkan anak ayam memakan makanan terutama untuk makanan jenis dedak.


Jika anak ayam berkumpul jauh daripada mentol
bermaksud mentol digunakan terlalu panas. Jika
berkumpul dekat, bermaksud suhu sesuai.

Mentol 40 Watt digunakan untuk mengawal suhu keliling
reban anak ayam.


Anak ayam perlu dikawal pergerakkan agar tidak terlalu
agresif. Anak ayam terlalu banyak pergerakkan akan
menjejaskan tumbesaran

Bekas minuman yang mencukupi diberikan agar anak
ayam tidak berebut dan tidak melakukan pergerakkan
yang banyak.

Untuk makluman, hero-hero PERKAP menternak 100 ekor anak ayam kampung dan 50 ekor anak ayam gajah.

Perusahaan ini dilakukan secara kecil-kecilan sahaja bertujuan untuk memberi pendidikan kepada hero-hero PERKAP disamping untuk mendapatkan daging ayam yang baik daripada segi kualiti dagingnya dan baik untuk kesihatan apabila dimakan , kerana kami sentiasa memberi makanan yang terbaik dan sihat untuk anak-anak ayam ini (makanan organik).

Terima kasih kepada abang Jamil yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada hero-hero PERKAP. Semoga usaha yang dilakukan memberi kebaikkan kepada kami semua.



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 18 November 2016

Terima Kasih Pak Tam Kerana Menghadiahkan Healthy Rice

Terima Kasih Pak Tam Kerana Menghadiahkan Healthy Rice


Pak Tam bergambar kenangan bersama hero-hero PERKAP



Semalam kami diziarahi oleh rakan lama kami yang telah lama kami kenal lebih kurang 6 tahun.

Beliau lebih dikenali sebagai Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Lateef Bin Omar yang baru sahaja tamat perkhidmatannya selama 36 tahun di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Bahagian Pengeluaran Benih Padi BERNAS.

Seorang yang peramah dan suka berjenaka adalah antara perwatakkan yang membuatkan kami sentiasa tidak kering gusi ketika bersama.

Pak Tam (kiri) bersama rakan usahasama membuat produk
kesihatan Healthy Rice

Kehadiran beliau membawa buah tangan berupa produk kesihatan dikenali sebagai Healthy Rice untuk dihadiahkan kepada hero-hero PERKAP.

Healthy Rice kaya dengan Vitamin C, dan mengandungi Collegen dan Gam Arab sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Sesuai diminum oleh bayi berumur 6 bulan ke atas . Baik untuk wanita yang inginkan kulit yang cantik, anak kecil untuk membantu tumbesaran , para remaja untuk meningkatkan tenaga dan kepada mereka yang mempunyai masalah diabetis.

Kelebihan produk ini membuatkan ianya laris terjual sebanyak 1000 unit dalam masa sebulan setengah sahaja, dan telahpun dijual di Australia tanpa pengiklanan komersial (hanya iklan mulut ke mulut).



Healthy Rice - kaya dengan serat dan mengandungi
kolestrol baik



Sesuai diminum oleh semua lapisan umur bermula daripada umur bayi 6 bulan ke atas


Sekotak Healthy Rice mengandungi 14 sachet berharga RM45 sekotak sangat sesuai kepada mereka yang sedang mengawal diet makan. Ianya diminum sehari 2 sachet (sekali waktu pagi, dan sekali pada waktu malam)

Pak Tam bersama mantan perdana menteri
Malaysia Tun Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi

Hero-hero PERKAP diwajibkan minum minuman ini sepeket diwaktu pagi ketika bersarapan, dan pada waktu malam. Kami akan melihat keberkesanannya nanti.

Kehadiran Pak Tam bukan hanya untuk berkongsi minuman berkhasiatnya sahaja, pengalaman beliau ketika berkhidmat dibahagian pengeluaran pembenihan padi, dikongsikan bersama hero-hero PERKAP.

"Setiap sebiji nasi yang kita makan sebenarnya mengambil masa 115 hari, bermula daripada disemai hinggalah padi dituai" ujar Pak Tam menasihati hero-hero PERKAP supaya tidak membazir ketika makan.

Hero-hero PERKAP diajar oleh Pak Tam tentang bagaimana menyemai benih padi. Beliau akan datang sekali lagi membawa benih yang baik untuk ditanam oleh hero-hero PERKAP didalam polibeg.



Pak Tam sedang memberi penerangan hasil pilihan benih padi yang diambil
daripada sekam


Benih padi yang sedang disemai


Terima kasih kepada Pak Tam kerana sudi menziarahi kami dan menghadiahkan Healthy Rice kepada hero-hero PERKAP. Semoga Tuhan melimpahkan kurniaan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 

Dengan izin-NYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: