Version : B.Melayu / English
![]() |
Dari Kiri : Habib Al Attas, Alwee, Izzul, Syukur dan Amir |
Pada 14 November 2015 yang lepas, PERKAP telah menganjurkan majlis khatan seramai 4 orang.
3 anak daripada pelajar PERKAP iaitu adik Muhammad Izzul Reza Izham Bin Rosly (9 tahun) , Muhammad Syahir Amir Bin Abdullah (7 tahun) dan Muhammad Syukur Hafiz B Azmi (9 tahun).
![]() |
Hadiah adik-adik berkhatan; kasut bola dan bola. |
Seorang lagi iaitu adik Alwee Iskandar (9 tahun) bukan daripada pelajar PERKAP juga turut sama-sama berkhatan dengan rakan-rakannya di University Of Life, Janda Baik Pahang.
![]() |
Persiapan awal majlis |
Persiapan majlis bermula seawal 5 hari sebelum majlis berlansung.
Para tetamu terdiri daripada para pelajar tahfiz Darul Hidayah seramai 70 orang , juga turut sama menyerikan majlis bermula daripada 10 pagi sehingga 2 petang.
![]() |
Anak-anak dimandikan abang bomba sebelum dikhatankan |
Majlis bermula dengan upacara memandikan adik-adik yang berkhatan oleh pasukan sukarelawan bomba Eletriksola diketuai oleh En. Hamdan bermula sekitar 10 pagi.
![]() |
Alwee sedang ditenangkan oleh ibunya. |
![]() |
Izzul sedang ditunjuk ajar doktor bernafas melalui hidung dan lepas nafas melalui mulut. Siti Nadhirah sedang menenangkannya. |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dibacakan oleh pelajar tahfiz Darul Hidayah , setelah selesai bacaan doa, barulah majlis khatan dimulakan.
Sambil menunggu khatan selesai, para tetamu dijamu dengan makanan enak tradisi Johor iaitu laksa Johor dan Briyani Gam.
Alhamdulillah, makanan yang dihidangkan untuk para tetamu seramai 200 orang habis kesemuanya tanpa berlaku pembaziran.
![]() |
Nasi Briyani Gam makanan tradisi Johor |
![]() |
Aneka buah-buahan turut dihidangkan |
![]() |
Pulut Kuning |
Terima kasih diucapkan kepada Crosspit - Western Burger kerana menghidangkan 'kid burger' sebagai sarapan pagi kepada para tetamu.
![]() |
Tuan Izzan memberi sumbangan bola dan kasut bergambar bersama pelajar PERKAP |
![]() |
Habib Al Attas digelar 'Steve Job Malaysia' menjadi IDOLA pelajar-pelajar PERKAP |
Segala puji bagi Allah, Terima Kasih semua.
Saksikan video majlis khatan PERKAP 2015 dengan klik video diatas.
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan