Yantzen Melawat Hero PERKAP
![]() |
Setiap gerak ada seni, Setiap seni ada rahsia... |
Hari ini Yantzen yang pernah popular pada suatu ketika dahulu ketika menyertai kumpulan Rusty Blade , dan kemudian pada sekitar tahun 1992 pernah bersama kumpulan May (masih lagi aktif bergiat dalam industri muzik) datang menziarahi hero-hero PERKAP.
Kegembiraan tidak dapat dibayangkan betapa seronoknya mereka, lagu yang selama ini mereka nyanyikan , penyanyinya berada dihadapan mereka.
Pengalaman manis ini mereka tidak akan lupa, dan akan menjadi bual bicara bersama rakan sekolah nanti.
![]() |
Pakaian Baju Melayu PERKAP |
Ketika bersama Yantzen, banyak perkara yang dibualkan, banyak juga soalan yang diajukan tentang pengalaman Yantzen sebagai seorang penyanyi rock yang diminati ramai.
![]() |
Yantzen dan Alif (anaknya - berbaju Melayu hijau) kini dah besar panjang. |
![]() |
Yantzen menasihati hero PERKAP supaya menjadi seorang yang berguna untuk bangsa , agama dan negara. |
Setelah sesi bergambar, hero-hero PERKAP bersama Yantzen dibawa untuk latihan memanah di Saufiville , Janda Baik.
![]() |
Yantzen sedang cuba memanah mengikut cara Nabi Muhammad (s.a.w) |
![]() |
Hero-hero turut mencuba untuk memanah. |
Kemudian hero PERKAP & Yantzen pulang untuk persediaan solat Maghrib dan makan malam.
![]() |
Yantzen berkaraoke bersama hero PERKAP. Lagu-lagu yang dinyanyikan seperti meniti suratan, insan, dan lain-lain lagi. |
![]() |
Makan malam bersama Yantzen |
Saksikan video nyanyian Yantzen, semoga terhibur.
Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan