Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 17 November 2016

Hero PERKAP Belajar Tentang Pertanian & Perikanan

Hero PERKAP Belajar Tentang Pertanian & Perikanan


Seminar Racun Makhluk Perosak Negeri Pahang pada 15 November 2016
di Rumah Rehat Bentong

Pada 15 November yang lepas, hero PERKAP telah menghadiri seminar 'Racun Makhluk Perosak' di Rumah Rehat Bentong, Bentong, Pahang.

Pelbagai ilmu yang telah diperoleh oleh mereka. Dalam seminar ini mereka pelajari khusus mengenai tentang bahayanya penggunaan racun berbisa tinggi iaitu 'Paraquat' yang lebih banyak mudarat daripada kebaikannya.

Apa yang telah difahamkan, penggunaan 'Paraquat' ini akan diharamkan sepenuhnya pada 1 Jan 2020 dan pada ketika itu racun alternatif yang kurang mudaratnya kepada manusia dan habitat sekeliling akan digunakan sepenuhnya.


Hero PERKAP sedang mendengar ceramah
ketika seminar Makhluk Perosak yang dianjurkan
oleh Jabatan Pertanian Bentong, di Rumah Rehat Bentong


Seminar kesedaran bahaya Paraquat dan alternatifnya

Seminar kesedaran tentang bahayanya penggunaan Paraquat


Hero menerima sijil penyertaan untuk seminar
Makhluk Perosak negeri Pahang

En Zabidi, Pegawai Pertanian Daerah Bentong
ketika datang melawat hero PERKAP.


Seminar ini bermula sekitar 9 pagi hingga pukul 1 tengahari dan setiap peserta yang hadir pada hari itu telah menerima sijil penyertaan daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Daerah Bentong. 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zabidi pegawai pertanian Daerah Bentong yang telah menjemput kami ke seminar yang sangat bermanfaat ini.



Sijil Penyertaan Hero PERKAP
Syukur

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Nadzmi

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Ijat

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Irfan

Sijil penyertaan hero PERKAP
Faiz

Pada 16 November 2016 pula, hero PERKAP telah menghadiri ke 'Seminar Akuakultur' peringkat Negeri Pahang. 


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Pahang
yang telah menyediakan tempat penginapan (satu malam)
yang selesa.

Hero PERKAP bersarapan pagi di Hotel Sentral Kuantan
sebelum seminar akuakultur berlansung.

Hero PERKAP Nadzmi & Faiz ketika berada didalam
bilik Hotel Sentral , Kuantan, Pahang

Hero PERKAP Irfan & Ijat teruja dengan keselesaan
hotel


Seminar mengenai perikanan ini disertai oleh hero PERKAP bertujuan untuk memberi pendedahan kepada hero PERKAP , supaya mereka mengetahui senario industri perikanan ini pada masa akan datang.

Banyak yang dipelajari oleh mereka antaranya adalah pengambilan kursus myGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) dan cara mengenalpasti ikan yang sakit dan cara merawatnya.


Hero PERKAP duduk dibahagian hadapan dewan
bersedia untuk menerima ilmu mengenai perikanan

Hero PERKAP sedang mendengar ceramah mengenai
masa hadapan industri perikanan pada masa hadapan


Terima kasih kepada Encik Musa selaku Ketua Daerah Perikanan Bentong yang telah menjemput kami ke majlis ilmu yang sangat berguna ini.

Semoga ilmu yang diberi memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP.

Dengan izin-NYA pelbagai lagi majlis ilmu yang akan disertai oleh hero-hero PERKAP.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Tiada ulasan :

Catat Ulasan