![]() |
Abang Jamil sedang memberi penerangan kepada hero-hero PERKAP tentang cara memotong paruh anak ayam. |
Berpengalaman 36 tahun dalam bidang penternakan, menjawat jawatan sebagai ketua unit agropolitan (FELDA) dan beliau adalah seorang 'atuk' yang penyayang bagi hero-hero PERKAP.
Beliau adalah Encik Jamil Bin Md Yasin lebih mesra digelar hero-hero PERKAP sebagai 'atuk'.
Seorang yang sentiasa gemar memberi ilmu kepada hero-hero PERKAP terutama dalam bidang pertanian dan penternakkan.
![]() |
Anak ayam dipotong paruh bahagian atas yang keras, supaya sama rata muncung yang dibawah |
![]() |
Tepi pisau yang panas digunakan untuk meratakan dan menutup saraf supaya tidak berdarah |
Lawatan 'atuk' kali ini melawat cucu-cucunya adalah untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan anak ayam kampung dan anak ayam gajah PERKAP supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal keselamatannya.
Hero-hero PERKAP telah diajar oleh 'atuk' mereka cara memotong paruh , bertujuan untuk mengelakkan ayam yang agresif mematuk ayam yang lain sehingga melibatkan luka dan boleh membawa maut.
Ianya juga bertujuan untuk memudahkan anak ayam memakan makanan terutama untuk makanan jenis dedak.
![]() |
Jika anak ayam berkumpul jauh daripada mentol bermaksud mentol digunakan terlalu panas. Jika berkumpul dekat, bermaksud suhu sesuai. |
![]() |
Mentol 40 Watt digunakan untuk mengawal suhu keliling reban anak ayam. |
![]() |
Anak ayam perlu dikawal pergerakkan agar tidak terlalu agresif. Anak ayam terlalu banyak pergerakkan akan menjejaskan tumbesaran |
![]() |
Bekas minuman yang mencukupi diberikan agar anak ayam tidak berebut dan tidak melakukan pergerakkan yang banyak. |
Untuk makluman, hero-hero PERKAP menternak 100 ekor anak ayam kampung dan 50 ekor anak ayam gajah.
Perusahaan ini dilakukan secara kecil-kecilan sahaja bertujuan untuk memberi pendidikan kepada hero-hero PERKAP disamping untuk mendapatkan daging ayam yang baik daripada segi kualiti dagingnya dan baik untuk kesihatan apabila dimakan , kerana kami sentiasa memberi makanan yang terbaik dan sihat untuk anak-anak ayam ini (makanan organik).
Terima kasih kepada abang Jamil yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada hero-hero PERKAP. Semoga usaha yang dilakukan memberi kebaikkan kepada kami semua.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Ayam Kampung dan Ayam Gajah Organik PERKAP
Moga projek ayam cucu atok berjaya..
BalasPadam