![]() |
Cikgu Sha sedang mengajar B.Inggeris |
Terima kasih kepada cikgu Sha kerana mengajar hero-hero pada hari minggu yang lepas. Cikgu Sha atau dipanggil 'ibu' oleh hero-hero, meluangkan masa selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad untuk mengajar asas bahasa Inggeris kepada hero-hero.
Mereka sangat seronok dan banyak ilmu baru yang mereka pelajari.
Rakan 'ibu' Sha juga turut sama menyumbang tenaga mengajar hero-hero bahasa Inggeris.
'Abah' Faisal juga turut sama meluangkan masa bersama hero menyanyikan lagu 'We Are The World'
Terima kasih juga kepada Wan dan rakan-rakan kerana memberi kami merasa 'Rollin Oats' yang sedap. Ramai yang memuji 'cookies' yang dipek secara 'premium'. Mereka telah memberi 10 pek kepada kami sebagai hadiah daripada mereka.
![]() |
Para tetamu dihidangkan nasi briyani ayam, puding dan pelbagai makanan yang sedap-sedap dimasak oleh Mona dan Adeek. |
![]() |
Hero makan bersama para tetamu . |
Rakan 'ibu' Sha juga turut sama menyumbang tenaga mengajar hero-hero bahasa Inggeris.
![]() |
'Ibu' Sha mengajar sebutan perkataan bahasa Inggeris yang betul |
![]() |
Fahim (anak saudara Adeek) sedang memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris |
'Abah' Faisal juga turut sama meluangkan masa bersama hero menyanyikan lagu 'We Are The World'
![]() |
'Abah' Faisal (guru memanah) menyanyi bersama hero (lagu 'We Are The World') |
![]() |
Hero menyanyikan lagu 'We Are The World' untuk mempelajari vocabulary baru dalam B.Inggeris dan cara sebutan yang betul. |
Terima kasih juga kepada Wan dan rakan-rakan kerana memberi kami merasa 'Rollin Oats' yang sedap. Ramai yang memuji 'cookies' yang dipek secara 'premium'. Mereka telah memberi 10 pek kepada kami sebagai hadiah daripada mereka.
Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi terus mereka di Facebook Rollin' Oats atau menghubungi mereka ditalian 012 272 9440
Tidak lupa juga kepada WARIS ARCHERY, Bukit Mertajam kerana mewakafkan 3 busur dan 12 anak panah kepada hero.
![]() |
Hero sedang mencuba busur baru yang dihadiahkan oleh WARIS ARCHERY, Bukit Mertajam |
Semoga usaha dan kebaikan kalian dirahmati Allah.
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan