![]() |
Hero tiba di Danau Serendah |
Hari Ahad (13 Mac 2016) yang lepas, hero telah dibawa ke kolam pancing Danau Serendah. Tempat yang terbaik untuk menenangkan fikiran sambil beriadah menangkap ikan.
![]() |
Imad memancing di kolam Danau Serendah |
![]() |
Imad mengambil hasil tangkapan |
Tempat yang luas, keluasannya sekitar 3.5 ekar, sentiasa menjadi kunjungan para pemancing yang inginkan hasil tangkapan yang lumayan.
Jenis ikan yang berada didalam kolam ini seperti ikan Pacu, Rohu, Patin, Baung ekor merah , Baung Amazon , Loko emas dan Keli Afrika.
Ikan yang terbesar didalam kolam Danau Serendah ini beratnya sekitar 18-20kg.
Pertama kali hero tiba disini, mereka melepaskan niat mereka untuk menangkap ikan. Tercapai juga hasrat mereka dengan mendapat seekor ikan dan mereka sempat juga bergambar kenangan bersama hasil tangkapan yang diperoleh.
![]() |
Bergambar kenangan bersama Zamri (chef di cafe Danau Serendah) dan hasil tangkapan yang diperoleh oleh Imad. |
Setelah selesai, mereka dibawa oleh bro Rahim ke dalam kawasan hutan berdekatan untuk mencari kayu untuk dibuat joran dan mencari buloh yang diraut untuk membuat rangka khemah.
![]() |
Hero 'tracking' bersama bro Rahim motivator yang mempunyai pengalaman luas tentang hutan. |
![]() |
Hero bergambar kenangan di kawasan air terjun Serendah ketika mencari buloh untuk membuat rangka khemah dan joran pancing. |
Kami bukan sahaja memberi keutamaan pendidikan kepada mereka, tetapi memberi ilmu 'surviving skill' yang kian hilang oleh golongan generasi 'Gen-Y' kini.
Mereka juga diperkenalkan oleh bro Rahim bagaimana rupa bijih besi yang diperoleh di sekitar sungai berdekatan air terjun Serendah.
![]() |
Bijih besi yang ditemui oleh bro Rahim & hero ketika tracking di hutan Serendah |
Ketika berada disini, hero telah diajar bagaimana mendirikan khemah dan menerapkan budaya bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu urusan.
![]() |
Hero dan Adeek sama-sama membina khemah |
![]() |
Bro Rahim turut bantu hero membina khemah |
![]() |
Khemah yang telah siap menjadi tempat berehat hero |
![]() |
Joran kayu yang ditinggalkan telah ditarik ikan ketika hero sedang tidur. |
Konsep riadah , di kolam pancing Danau Serendah adalah daya tarikan utama yang menjadi ia antara kolam pancing yang sentiasa menjadi kunjungan para pemancing pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu.
Ikan dikolam ini tidak diberi makan oleh pihak pengurusan untuk memastikan para pemancing sentiasa mendapat hasil ketika memancing.
![]() |
Kolam pancing Danau Serendah sentiasa dikunjungi para pemancing tegar pada hari Jumaat & Sabtu |
![]() |
Harga yang berpatutan |
![]() |
Ikan disini MUDAH ditangkap kerana tidak diberi makan. Hasil tangkapan dibawah 3kg boleh dibawa balik oleh para pemancing. |
![]() |
Pengunjung bergambar kenangan bersama hasil tangkapan di Danau Serendah. |
Pada waktu malam, bro Rahim telah menyediakan beberapa modul untuk menjadi pengisian ilmu ketika hero bercuti sambil belajar disini.
Antara modul yang disediakan seperti permainan gelung (problem solving) , Ujian EQ untuk mengetahui kualiti emosi hero dan beberapa modul lagi yang sempat diajar.
Matlamatnya ialah supaya hero sentiasa bersemangat mengejar cita-cita, bekerjasama dan sentiasa menjaga diri supaya tidak dirosakkan anasir negatif daripada luar.
![]() |
Peralatan & Modul yang disediakan oleh bro Rahim |
![]() |
Minda, komunikasi dan perbuatan harus seiring. |
![]() |
Modul Belon - hero diajar supaya sentiasa menjaga diri daripada serangan anasir negatif daripada luar |
![]() |
Permainan gelung - hero harus menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Target masa untuk menyelesaikan masalah ialah bawah 30 saat. |
![]() |
Pencapaian terbaik hero menyelesaikan masalah gelung ialah 26 saat. Tahniah! |
![]() |
Ujian EQ (Emotional Quotient) yang diberi oleh bro Rahim kepada hero. |
![]() |
Hero sedang menyiapkan ujian EQ yang diberi masa 5 minit untuk menyiapkannya |
Kami juga telah dihidangkan masakan istimewa yang dimasak oleh Chef Zamri iaitu 'Lobster'
Jika diluar sana, masakan ini bernilai sekitar RM300 - RM500.
Apabila ditanya, "Apakah istimewa makan di Cafe kolam pancing Danau Serendah?"
"Maggi sup yang dimasak adalah antara masakan yang istimewa yang tidak pernah ada diluar sana dan juga nasi goreng ayam" jawab ringkas oleh Chef Zamri yang pernah bekerja sebagai seorang chef di hotel suatu ketika dahulu.
Jika ada yang berminat masakan ikan Patin, Tuan Mat selaku pemilik kolam Danau Serendah sendiri akan masakkan masakan ikan Patin resepinya yang sentiasa mendapat permintaan para pengunjung ke cafe kolam Danau Serendah ini.
![]() |
Tuan Mat dikenali sebagai 'Abg Mat Komando' pernah menjadi jurulatih payung terjun selaku pemilik kolam pancing Danau Serendah, bergambar bersama koleksi pedang Samurai kesukaannya. |
![]() |
'Lobster' yang menjadi hidangan istimewa hero PERKAP. Memang Sedap! |
![]() |
Masakan Chef Zamri selesai dimakan. |
Sebelum kami hantar hero pulang ke pangkuan keluarga mereka (14 Mac 2016) , kami sempat mandi bersama di air terjun Serendah yang masih dijaga bersih oleh majlis perbandaran disini.
![]() |
Bergambar kenangan di air terjun Serendah |
![]() |
Mandi-manda di air terjun Serendah |
![]() |
Bergambar kenangan bersama bro Rahim sebelum pulang kerumah masing-masing. |
Semoga hero akan lebih bersemangat mengejar cita-cita mereka, setelah mendapat 'input' berguna daripada pakar motivasi bro Rahim yang sentiasa memberi pengajaran daripada alam sekeliling.
Sebelum mengakhiri artikel kali ini, saksikan video dibawah ;
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan