Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 17 November 2016

Hero PERKAP Belajar Tentang Pertanian & Perikanan

Hero PERKAP Belajar Tentang Pertanian & Perikanan


Seminar Racun Makhluk Perosak Negeri Pahang pada 15 November 2016
di Rumah Rehat Bentong

Pada 15 November yang lepas, hero PERKAP telah menghadiri seminar 'Racun Makhluk Perosak' di Rumah Rehat Bentong, Bentong, Pahang.

Pelbagai ilmu yang telah diperoleh oleh mereka. Dalam seminar ini mereka pelajari khusus mengenai tentang bahayanya penggunaan racun berbisa tinggi iaitu 'Paraquat' yang lebih banyak mudarat daripada kebaikannya.

Apa yang telah difahamkan, penggunaan 'Paraquat' ini akan diharamkan sepenuhnya pada 1 Jan 2020 dan pada ketika itu racun alternatif yang kurang mudaratnya kepada manusia dan habitat sekeliling akan digunakan sepenuhnya.


Hero PERKAP sedang mendengar ceramah
ketika seminar Makhluk Perosak yang dianjurkan
oleh Jabatan Pertanian Bentong, di Rumah Rehat Bentong


Seminar kesedaran bahaya Paraquat dan alternatifnya

Seminar kesedaran tentang bahayanya penggunaan Paraquat


Hero menerima sijil penyertaan untuk seminar
Makhluk Perosak negeri Pahang

En Zabidi, Pegawai Pertanian Daerah Bentong
ketika datang melawat hero PERKAP.


Seminar ini bermula sekitar 9 pagi hingga pukul 1 tengahari dan setiap peserta yang hadir pada hari itu telah menerima sijil penyertaan daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Daerah Bentong. 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zabidi pegawai pertanian Daerah Bentong yang telah menjemput kami ke seminar yang sangat bermanfaat ini.



Sijil Penyertaan Hero PERKAP
Syukur

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Nadzmi

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Ijat

Sijil penyertaan Hero PERKAP
Irfan

Sijil penyertaan hero PERKAP
Faiz

Pada 16 November 2016 pula, hero PERKAP telah menghadiri ke 'Seminar Akuakultur' peringkat Negeri Pahang. 


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Pahang
yang telah menyediakan tempat penginapan (satu malam)
yang selesa.

Hero PERKAP bersarapan pagi di Hotel Sentral Kuantan
sebelum seminar akuakultur berlansung.

Hero PERKAP Nadzmi & Faiz ketika berada didalam
bilik Hotel Sentral , Kuantan, Pahang

Hero PERKAP Irfan & Ijat teruja dengan keselesaan
hotel


Seminar mengenai perikanan ini disertai oleh hero PERKAP bertujuan untuk memberi pendedahan kepada hero PERKAP , supaya mereka mengetahui senario industri perikanan ini pada masa akan datang.

Banyak yang dipelajari oleh mereka antaranya adalah pengambilan kursus myGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) dan cara mengenalpasti ikan yang sakit dan cara merawatnya.


Hero PERKAP duduk dibahagian hadapan dewan
bersedia untuk menerima ilmu mengenai perikanan

Hero PERKAP sedang mendengar ceramah mengenai
masa hadapan industri perikanan pada masa hadapan


Terima kasih kepada Encik Musa selaku Ketua Daerah Perikanan Bentong yang telah menjemput kami ke majlis ilmu yang sangat berguna ini.

Semoga ilmu yang diberi memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP.

Dengan izin-NYA pelbagai lagi majlis ilmu yang akan disertai oleh hero-hero PERKAP.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 14 November 2016

Rezeki Tanpa Kau Duga

Rezeki Tanpa Kau Duga


Terima Kasih tidak terhingga kepada Emiza yang
telah menghadiahkan penapis air COWAY untuk
hero-hero PERKAP

Terima kasih diucapkan kepada Emiza yang telah menghadiahkan penapis air COWAY untuk hero-hero PERKAP.

Kami tidak pernah mengenali Emiza, tetapi beliau berbesar hati untuk menghadiahkan penapis air yang bernilai RM4,600 ini.

Bukan nilai duit yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan beliau yang sangat kami hargai



Air Purifier COWAY sesuai diletakkan dirumah yang
mempunyai anak kecil dan berpenyakit asma.
Ia juga boleh nyah bau asap rokok


Penapis air COWAY

Penapis air COWAY berdiri

Penapis air COWAY dengan design moden sesuai diletakkan
dirumah atau pejabat.


Semoga sis Emiza dikurniakan limpahan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Hanya tuhan yang mampu membalas jasa baiknya. Alhamdulillah.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka , dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."

(Surah At-Talaq ayat 2-3)


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 7 November 2016

Formula Baja Besarkan Buah - Buahan Akan Diberikan Secara PERCUMA

Formula Baja Besarkan Buah - Buahan Akan Diberikan Secara PERCUMA

Cili Padi Thailand disiram menggunakan baja Formula C menghasilkan buah
yang lebat



Alhamdulillah usaha hero-hero PERKAP selama ini telahpun membuahkan hasil. 

Pokok cili padi Thailand ini ditanam daripada peringkat benih sehinggalah ia menghasilkan buah menggunakan baja formula tersendiri yang diadun oleh hero PERKAP sendiri secara organik.


Cili Padi Thailand disiram menggunakan baja formula B menghasilkan
cili yang besar


Usaha sebegini bukanlah suatu perkara baru bagi para antusias tanaman organik, ia merupakan satu usaha pendidikan daripada pihak kami agar hero-hero ini memiliki ilmu yang boleh diguna pakai oleh mereka pada suatu hari nanti.

Kami bukanlah yang terbaik, tetapi kami sentiasa memberi yang terbaik untuk masa hadapan mereka.




Cili Padi Thailand ditanam secara
fertigasi, Pada awalnya pokok
ini dibaja menggunakan baja
Formula C

Secara sukacitanya kami ingin memaklumkan, formula baja untuk membesarkan tanaman jenis buah ini akan diberikan secara PERCUMA kepada anda yang betul-betul BERMINAT sahaja.

Kami akan kongsikan formula baja ini setelah kami tercatat di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) nanti.



Catatan harian hero PERKAP yang
perlu dicatat dipapan putih

Pancang buluh yang dibina oleh hero
PERKAP untuk tanaman jenis berpaut


Semoga usaha kami memberi manfaat kepada diri dan kepada semua.

Kami ingin menjemput anda yang memiliki kepakaran dan ilmu untuk turut sama menyumbang ilmu untuk kebaikan hero-hero PERKAP.

Sumbangan ilmu dan kepakaran kalian kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nikmatnya pasti kita rasai pada suatu hari nanti kerana itulah janji-NYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 4 November 2016

Hero PERKAP Belajar Latihan Asas SCUBA Bersama Bro Jebe

Hero PERKAP Belajar Latihan Asas SCUBA Bersama Bro Jebe

Bro Jebe sedang mengajar asas latihan SCUBA kepada
hero PERKAP di kolam renang Saufiville, Janda Baik

Pada minggu lepas, bro Jebe atau nama sebenarnya Baharim Bin Mustapa selaku pengurus stesen penyelidikan Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong , Terengganu sempat datang ziarah hero-hero PERKAP.


Encik Baharim Mustapa (Jebe)
Pengurus Stesen Penyelidikan Marin
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang menyelam dasar laut dan memiliki tauliah menjadi instruktor untuk SDI dan AUSI

Scuba Diving Instructor (SDI)


Australian Underwater Scuba Instructors (AUSI)


Ziarah singkat beliau ke PERKAP bukan dengan 'tangan kosong' . Kehadirannya diisi dengan latihan asas SCUBA untuk hero-hero PERKAP di kolam renang Saufiville di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. 


Kolam renang Saufiville, Janda Baik, Bentong Pahang

Saufiville terletak 1800 daripada aras laut, mempunyai pemandangan yang
cantik, sangat sesuai menjadi tempat istirehat ketika berada di Janda Baik

Pemandangan banjaran Titiwangsa ketika berada di Saufiville


Latihan ringkas yang telah diberi iaitu :

1. Underwater Swimming 
2. Apnea sport


Latihan menahan nafas (apnea) adalah latihan asas
para penyelam sebelum menyelam ke dasar laut


Kami mengenali beliau, ketika kami membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Bidong pada 31 Ogos lalu . Klik pautan berikut untuk membaca artikel lawatan kami ke Pulau Bidong. Klik Disini.

Bro Jebe seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang yang mudah mesra dan seorang yang jujur dalam memberi pandangan.



Hero PERKAP sedang membuat latihan
'underwater swimming'


Cara berenang yang betul memudahkan para penyelam
bergerak di dasar laut.

Kami berharap latihan SCUBA bersama bro Jebe tidak terhenti disini sahaja. Harapan kami agar hero-hero PERKAP dapat belajar latihan SCUBA bersamanya pada masa akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada bro Jebe kerana sudi ziarah , berkongsi ilmu dan nasihat untuk hero-hero PERKAP. 

Kami mendoakan agar bro Jebe dan keluarga sentiasa dikurniakan limpahan rezeki dan rahmat oleh-NYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: