Pak Tam bergambar kenangan bersama hero-hero PERKAP |
Semalam kami diziarahi oleh rakan lama kami yang telah lama kami kenal lebih kurang 6 tahun.
Beliau lebih dikenali sebagai Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Lateef Bin Omar yang baru sahaja tamat perkhidmatannya selama 36 tahun di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Bahagian Pengeluaran Benih Padi BERNAS.
Seorang yang peramah dan suka berjenaka adalah antara perwatakkan yang membuatkan kami sentiasa tidak kering gusi ketika bersama.
Pak Tam (kiri) bersama rakan usahasama membuat produk kesihatan Healthy Rice |
Healthy Rice kaya dengan Vitamin C, dan mengandungi Collegen dan Gam Arab sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Sesuai diminum oleh bayi berumur 6 bulan ke atas . Baik untuk wanita yang inginkan kulit yang cantik, anak kecil untuk membantu tumbesaran , para remaja untuk meningkatkan tenaga dan kepada mereka yang mempunyai masalah diabetis.
Kelebihan produk ini membuatkan ianya laris terjual sebanyak 1000 unit dalam masa sebulan setengah sahaja, dan telahpun dijual di Australia tanpa pengiklanan komersial (hanya iklan mulut ke mulut).
Healthy Rice - kaya dengan serat dan mengandungi kolestrol baik |
Sesuai diminum oleh semua lapisan umur bermula daripada umur bayi 6 bulan ke atas |
Sekotak Healthy Rice mengandungi 14 sachet berharga RM45 sekotak sangat sesuai kepada mereka yang sedang mengawal diet makan. Ianya diminum sehari 2 sachet (sekali waktu pagi, dan sekali pada waktu malam)
Pak Tam bersama mantan perdana menteri Malaysia Tun Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi |
Hero-hero PERKAP diwajibkan minum minuman ini sepeket diwaktu pagi ketika bersarapan, dan pada waktu malam. Kami akan melihat keberkesanannya nanti.
Kehadiran Pak Tam bukan hanya untuk berkongsi minuman berkhasiatnya sahaja, pengalaman beliau ketika berkhidmat dibahagian pengeluaran pembenihan padi, dikongsikan bersama hero-hero PERKAP.
"Setiap sebiji nasi yang kita makan sebenarnya mengambil masa 115 hari, bermula daripada disemai hinggalah padi dituai" ujar Pak Tam menasihati hero-hero PERKAP supaya tidak membazir ketika makan.
Hero-hero PERKAP diajar oleh Pak Tam tentang bagaimana menyemai benih padi. Beliau akan datang sekali lagi membawa benih yang baik untuk ditanam oleh hero-hero PERKAP didalam polibeg.
Pak Tam sedang memberi penerangan hasil pilihan benih padi yang diambil daripada sekam |
Benih padi yang sedang disemai |
Terima kasih kepada Pak Tam kerana sudi menziarahi kami dan menghadiahkan Healthy Rice kepada hero-hero PERKAP. Semoga Tuhan melimpahkan kurniaan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Dengan izin-NYA.
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Terima Kasih Pak Tam Kerana Menghadiahkan Healthy Rice
Tiada ulasan :
Catat Ulasan