Version : B.Melayu / English
Dari Kiri; Fauziah Latif, Zul, Myra dan Madi |
Pada 3 Disember 2015 yang lepas, Fauziah Latif atau lebih dikenali oleh anak-anak PERKAP sebagai 'Umi Ghee' memberi ruang dan masa untuk menziarahi rumah keluarga anak-anak PERKAP.
Fauziah Latiff Penyanyi & Selebriti Terkenal |
Fauziah Latif adalah seorang 'ibu' yang penyayang, sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak ini supaya sentiasa berdaya maju.
'Umi Ghee' tiba ditempat kami sekitar 10 pagi dan mula bertolak sekitar 10.30 pagi bersama dengan team 'Roboforex' dan pengurusan PERKAP yang diwakili oleh Adeek dan Mona untuk menziarahi rumah keluarga anak-anak PERKAP yang berada di sekitar Karak & Maran Pahang.
Adeek sedang berbual mesra dengan Syukur (salah seorang anak PERKAP) sambil diperhatikan oleh Fauziah Latif dan Bro Fendi (CEO Robforex Malaysia) |
Rumah yang diziarahi oleh 'Umi Ghee' dan team Roboforex ialah:
1. Imad & Irfan - Karak, Pahang
2. Nadzmi - Karak, Pahang
3. Syukur - Kg Cinta Manis, Karak, Pahang
4. Faiz & Ijat - Maran, Pahang
Kedatangan mereka bukanlah dengan 'tangan kosong' sahaja, mereka ziarah dengan memberi sumbangan seperti beras, minyak masak, biskut, teh, sardin, gula, kicap, cili sos, telur, barang basah ; ikan dan ayam.
Team Roboforex dari kiri; Ikbal, Anis, Myra dan Madi memberi sumbangan kepada keluarga anak-anak PERKAP |
Minuman seperti kordial dan buah-buahan juga antara sumbangan yang diberi oleh team Roboforex dan Umi Ghee.
Sumbangan-sumbangan ini serba sedikit meringankan belanja harian keluarga anak-anak ini ketika bersama keluarga mereka ketika cuti sekolah.
Ketika Umi Ghee dan team Roboforex berada dirumah keluarga anak-anak ini, ibu atau bapa anak-anak ini sangat tersentuh dengan kesudian menziarahi mereka dengan memberi sumbangan. Sehingga ada yang menitiskan air mata.
Team Roboforex dan Fauziah Latif beramah mesra dirumah Nadzmi salah seorang daripada anak PERKAP. |
Bukan mudah seorang penyanyi terkenal seperti Fauziah Latif dapat meluangkan masa kerana kekangan masa dengan urusan kerja seharian sebagai seorang penyanyi dan selebriti.
Itulah antara sumbangan terbesar buat mereka.
Fauziah Latif & team Roboforex beramah mesra bersama keluarga Faiz & Ijat |
Kadang-kadang kita terlupa, bukan wang ringgit yang menjadi kayu ukur dalam membuat kebajikan tetapi kasih-sayang dan silaturrahim sesama manusia.
Rezeki itu akan sentiasa diatur olehNYA sekiranya kita menjaga silaturrahim antara kita.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama |
"Tetapi orang-orang yang beriman, dan buat kerja-kerja baik - Taman Firdaus jadi sajian mereka.." (Al-Kahfi Ayat 107)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan buat kerja-kerja baik, dapat upah yang tidak putus-putus" (Fushilat Ayat 8)
"Tetapi orang-orang beriman dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk" (Al Bayyinah Ayat 7)
Intipati ayat diatas;
"Buat Kerja-Kerja Baik, dapat upah yang tidak putus-putus, mereka itulah yang terbaik antara makhluk-makhluk"
Umi Ghee , team Roboforex dan pengurusan PERKAP tiba semula di Janda Baik sekitar 5 petang.
Adeek (kiri), Fauziah Latiff & Mona tersandar kepenatan setelah tiba di Janda Baik. |
Sambil melabuhkan punggung setelah seharian menziarahi anak-anak PERKAP, team Roboforex dan Umi Ghee dijamu dengan karipap inti kambing resepi Mona. Sedapnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Team Roboforex & Fauziah Latif sedang minum petang bersama dijamu dengan karipap inti kambing 'Ala Mona' . Terbaik! |
Teringat kami dengan cerita daripada Bro Fendi selaku CEO Roboforex di Malaysia ketika bertandang ke tempat kami, "Dikalangan orang-orang kaya, ketika mereka bersama-sama dengan rakan niaga, bukan cerita berniaga yang mereka bincangkan, tapi kebajikan mana lagi yang boleh mereka lakukan..."
Bro Fendi (kiri) , Imad (tengah-salah seorang anak PERKAP) dan Fauziah Latif bergambar kenangan bersama. |
Mereka tahu ilmu 'Sunatullah' atau lebih dikenali oleh para ilmuwan hari ini sebagai 'Law Of Nature' tentang betapa hebatnya apabila kita MEMBERI.
"The Law of Giving and Receiving means that whenever we give, we automatically receive. Its the flow and the core of the Universe"Maksudnya, "Hukum memberi dan menerima bermaksud setiap kali kita memberi, kita akan secara otomatis menerima. Ianya adalah hukum dan aliran alam"
Jika kita mahukan kasih-sayang dalam hidup, kita perlu beri kasih sayang
Jika kita mahukan ilmu pengetahuan, kita perlu beri ilmu pengetahuan
Jika kita mahu kesenangan, kita perlu beri kesenangan
Jika kita mahu bahagia, kita perlu beri bahagia
Ini adalah rahsia yang ramai tidak tahu. Tetapi sekarang anda sudah tahu.
Kami menjemput kalian untuk menziarahi anak-anak jagaan kami. Mereka memerlukan KASIH SAYANG anda.
Sekiranya anda terbuka hati untuk memberi sumbangan kami tidak menolak.
Anak-anak PERKAP ketika makan bersama |
Jaminan kami anda pasti tertarik apabila anda bersama mereka. Terutama ketika anda memeluk atau dipeluk oleh mereka dan ketika melihat senyuman mereka.
Tindakan anak ini mencuit bahu sangat comel dan mencuit hati
Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.
Artikel & Link Berkaitan:
Satu usaha murni yg perlu dicontohi...
BalasPadamPatut artis2 lain pun mencontohi kak gee...
BalasPadamPenuhi anak2 ini dgn program2 yg boleh membantu mereka di masa hadapan...
Jemput juga sektor korporat yg kaya-raya tu utk menyumbang...
BalasPadamEMAD ELHOMRY
ENGHLISH TOUR GUIDE
WISATA MELANCONG
MOBILE:+201001439807\ H\P: +201141982374
EMAIL: emadelhomary@gmail.com emadelhomary@yahoo.com
Alhamdulillah Egypt moor safe welcome to Egypt this is mesir
Is it safe to visit Egypt 2019
What is the best month to visit Egypt mesir
Is Egypt dangerous to visit mesir
What should tourists wear in Egypt
OUR Guide Service
Guiding them in new
Assisting in their needs
Guide for safari
Guide around Egypt trips
Make arrangements for
Transportation
hotels, resorts, cruises
special trips
Holy Family tours
Muslims & Christian