Hero PERKAP bersama Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz. Penulis buku Hafal Juz 'Amma Metode Al-Qosimi' |
Terima kasih kepada Dato' Harlizan selaku mentor PERKAP yang telah memberi ruang dan peluang kepada hero PERKAP untuk belajar teknik hafalan juz 'amma dengan mudah dan cepat yang diajar oleh ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz menggunakan teknik hafalan Al-Qosimi.
Ustaz Abdul Hurri berasal daripada Indonesia , seorang yang bijak menyampai sehinggakan para peserta yang hadir mudah untuk menerima apa yang diajar.
Jika mempunyai teknik dan sistem hafalan yang betul, hafalan Al Quran akan lebih mudah dan cepat |
Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz |
Antara teknik hafalan yang diajar adalah, setiap baris ayat yang hendak dihafal perlu diulang sebanyak 40 kali. Ketika menghafal perlu memandang ke atas, ke kiri atau ke kanan dan kaedah yang terakhir perlu dibacakan didalam hati sambl dikumat-kamitkan bibir apa yang dibaca.
Ini antara metode yang boleh diaplikasikan dalam apa jua pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan.
Hero PERKAP sedang khusyuk mendengar pembelajaran teknik hafalan yang betul dan mudah |
Teknik Al Qosimi memudahkan hafalan 1 Juz sekali duduk |
Cara pembelajaran santai memudahkan para peserta sentiasa tekun mendengar |
Hero PERKAP bergambar kenangan bersama Ustaz Abdul Hurri Al Qosimi Al Hafidz di Saufiville, Janda Baik, Pahang |
Majlis ilmu ini hanya pengenalan kepada hero PERKAP. Masih banyak yang perlu dipelajari.
Kami bukanlah sekolah tahfiz. Tetapi kami sentiasa memberi peluang kepada hero PERKAP untuk mempelajari apa sahaja ilmu yang memberi kebaikan kepada mereka dan sentiasa menerapkan kepada mereka supaya sentiasa mencintai ilmu.
Semoga apa yang dipelajari memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Artikel & Link Berkaitan:
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Hero PERKAP Belajar Teknik Hafalan Al Quran Metode Al Qosimi
Tiada ulasan :
Catat Ulasan