Hero PERKAP Belajar Latihan Asas SCUBA Bersama Bro Jebe
Bro Jebe sedang mengajar asas latihan SCUBA kepada hero PERKAP di kolam renang Saufiville, Janda Baik |
Pada minggu lepas, bro Jebe atau nama sebenarnya Baharim Bin Mustapa selaku pengurus stesen penyelidikan Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong , Terengganu sempat datang ziarah hero-hero PERKAP.
Encik Baharim Mustapa (Jebe) Pengurus Stesen Penyelidikan Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) |
Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang menyelam dasar laut dan memiliki tauliah menjadi instruktor untuk SDI dan AUSI
Scuba Diving Instructor (SDI) |
Australian Underwater Scuba Instructors (AUSI) |
Ziarah singkat beliau ke PERKAP bukan dengan 'tangan kosong' . Kehadirannya diisi dengan latihan asas SCUBA untuk hero-hero PERKAP di kolam renang Saufiville di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.
Kolam renang Saufiville, Janda Baik, Bentong Pahang |
Saufiville terletak 1800 daripada aras laut, mempunyai pemandangan yang cantik, sangat sesuai menjadi tempat istirehat ketika berada di Janda Baik |
Pemandangan banjaran Titiwangsa ketika berada di Saufiville |
Latihan ringkas yang telah diberi iaitu :
1. Underwater Swimming
2. Apnea sport
Latihan menahan nafas (apnea) adalah latihan asas para penyelam sebelum menyelam ke dasar laut |
Kami mengenali beliau, ketika kami membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Bidong pada 31 Ogos lalu . Klik pautan berikut untuk membaca artikel lawatan kami ke Pulau Bidong. Klik Disini.
Bro Jebe seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang yang mudah mesra dan seorang yang jujur dalam memberi pandangan.
Kami berharap latihan SCUBA bersama bro Jebe tidak terhenti disini sahaja. Harapan kami agar hero-hero PERKAP dapat belajar latihan SCUBA bersamanya pada masa akan datang.
Hero PERKAP sedang membuat latihan 'underwater swimming' |
Cara berenang yang betul memudahkan para penyelam bergerak di dasar laut. |
Kami berharap latihan SCUBA bersama bro Jebe tidak terhenti disini sahaja. Harapan kami agar hero-hero PERKAP dapat belajar latihan SCUBA bersamanya pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada bro Jebe kerana sudi ziarah , berkongsi ilmu dan nasihat untuk hero-hero PERKAP.
Kami mendoakan agar bro Jebe dan keluarga sentiasa dikurniakan limpahan rezeki dan rahmat oleh-NYA.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Hero PERKAP Belajar Latihan Asas SCUBA Bersama Bro Jebe
Tiada ulasan :
Catat Ulasan