Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 3 November 2016

Anda Perlukan Khidmat Servis Pendingin Hawa?

Anda Perlukan Khidmat Servis Pendingin Hawa?


Bro Khairil sedang memberi penerangan secara terperinci kepada hero-hero
PERKAP

Budaya mencintai ilmu merupakan budaya yang sering kami terapkan kepada hero-hero PERKAP sejak awal mereka disini lagi.

Berikutan akan sasaran kerajaan untuk melahirkan 50% belia berkemahiran  menjelang tahun 2020 ini, kami di PERKAP sentiasa mencari dan menjemput tenaga-tenaga mahir yang ingin menyumbangkan ilmu kepada hero-hero PERKAP.


Hero PERKAP sedang membuat pemasangan 'indoor' pendingin hawa.


Kami di PERKAP menyedari akan keperluan kemahiran ini pada masa akan datang .

Pada pemerhatian kami, golongan belia terutama di kawasan luar bandar, kurang diberi kesedaran betapa pentingnya kemahiran teknikal.

Sesebuah negara yang menuju kepada status negara perindustrian, sumber manusia atau 'talent' adalah paling utama dalam kemajuan sesebuah negara itu.



Hero PERKAP sedang mengalihkan
pemampat pendingin hawa ke tempat
baru.






Stigma yang lahir didalam masyarakat kita terhadap kursus-kursus teknikal membuatkan para belia lebih cenderung memilih kursus-kursus profesional yang bersifat akademik berbanding kursus-kursus teknikal.


Hero PERKAP Ijat, sedang memeriksa gas didalam pemampat


PERKAP yang lebih dikenali sebagai 'Rumah Pendidikan' , telah mengambil inisiatif untuk melahirkan generasi-generasi baru berkemahiran.

Sebagai langkah permulaan, kelmarin, hero-hero PERKAP telah diajar asas kemahiran memasang / memindahkan pendingin hawa. yang telah diajar oleh bro Khairil selaku abang angkat hero-hero PERKAP yang telah memiliki sijil khusus dalam bidang ini.


Hero PERKAP Faiz, sedang
membengkokkan 'copper'
menggunakann 'Bender'


Hero PERKAP Faiz, sedang menggunakan 'Flaring and Swagging Tool'
untuk penyambungan paip 'copper'

Hero-hero PERKAP telah diajar cara :

a.PUMP DOWN - bertujuan untuk memindahkan gas di dalam saliran paip cooper ke dalam unit pemampat(compressor).Proses dilakukan semasa unit sedang berfungsi(keadaan ON). 
b. Menanggalkan paip cooper dan pendawaian elektrik. 
c. Mengalihkan unit luar ke posisi baru 
d. Membuat lakaran 
e. Mengukur aliran baru perjalanan paip cooper

Lakaran 1 - pemindahan pemampat pendingin hawa di tempat baru






Lakaran 2- pemasangan kedudukan 'indoor' pendingin hawa




Bro Khairil sedang mengajar hero PERKAP cara menggunakan
'water balanced meter'



Bro Khairil sedang mengajar hero PERKAP memeriksa kandungan gas
di dalam pemampat pendingin hawa.


Alatan-alatan yang digunakan adalah seperti: 

1.spanar boleh laras
2.allen key
3.manifold gauge.
4.test pen
5.bender
6.cutter
7.Reamer
8.black tape
9.tukul
10.wire cutter
11.mapping gas.





Hero PERKAP Imad sedang memeriksa logam disebalik
dinding menggunakan
Bosch Detector.

Hero PERKAP sedang diajar cara memasang paip menggunakan alatan
khusus.

Kami berharap, inisiatif kami  ini dapat menarik minat tenaga-tenaga mahir diluar sana untuk turut sama menyumbang ilmu untuk kebaikan hero-hero PERKAP disini. Mereka disini begitu dahagakan ilmu.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada bro Khiril kerana sudi meluangkan masa menyumbang ilmu kepada hero-hero PERKAP. Semoga jasa baiknya dibalas dengan rahmat dan dilapangkan pintu rezeki untuk dirinya dan keluarga. Dengan izin-NYA.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh hero-hero PERKAP pada masa akan datang.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:


1 ulasan :

  1. semoga sedikit perkongsian ilmu itu akan memberi manfaat pada adik adikku semua..

    BalasPadam