Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Memaparkan catatan dengan label memanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memanah. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Rekreasi PERKAP : Belajar Memanah (Sesi 3)



Rekreasi PERKAP : Belajar Memanah (Sesi 3)

Hero PERKAP bersama sifu-sifu memanah mereka.

26 Februari 2016 adalah sesi ketiga bagi hero mempelajari ilmu memanah. Pencapaian hero semakin baik daripada satu sesi ke satu sesi.


Membaca doa sebelum pembelajaran dimulakan

Faisal Bajrai adalah guru memanah terlatih, telah membelanjakan sekitar RM5,000 untuk peralatan memanah ini, supaya hero-hero ini dapat belajar sehingga mahir pada satu hari nanti.



Persediaan peralatan sebelum pembelajaran dimulakan


Seunit busar berharga sekitar RM 400-500 dan seunit anak panah berharga sekitar RM28 bukanlah satu perbelanjaan yang kecil.



Bro Faisal menunjuk ajar Syukur cara memanah dengan tepat


Bagi bro Faisal, bukan wang Ringgit sebagai ukuran. Ini adalah sumbangan jariah daripadanya agar ilmu ini menjadi manfaat kepada hero-hero.



Pencapaian hero semakin baik daripada satu sesi ke satu sesi


Sekiranya anda beminat untuk belajar memanah, Bro Faisal juga ada mengadakan kelas memanah. Yuran yang dikenakan sebanyak RM30 satu sesi untuk 1 jam (terdapat 12 sesi).




Imad



Faiz


Nadzmi


Zufar




Irfan


Ijat


Syukur



Akmal

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi beliau ditalian 019 299 0274



"A SINGLE arrow is easily BROKEN,
but MANY arrows are INDESTRUCTIBLE" - Genghis Khan


Saksikan video latihan memanah (sesi 3) hero dengan klik video dibawah.








Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 13 Februari 2016

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah (sesi 2)

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah (sesi 2) - sesi 1



Hero diajar memasang tali busur

Hari ini sesi kedua (klik - sesi 1) hero PERKAP diajar untuk memanah. Hari ini mereka belajar cara memasang busur.


Brader Faisal memasang komponen pada tali busur

Memasang dan membuka tali busur adalah perkara asas yang perlu seorang pemanah tahu. Tali busur tidak boleh dipasang sepanjang masa. Jika tidak digunakan seeloknya, tali dibuka semula untuk memastikan busur sentiasa berfungsi dengan baik.


Brader Faisal menunjukkan cara memasang tali busur

Kedudukan menarik busur untuk memasang tali busur


Hero mendengar penerangan daripada Faisal (abah).

Kedudukan yang betul membuatkan panahan tepat ke sasaran. Kali ini mereka diajar untuk memanah mengikut 'eye level' masing-masing. Pada sesi akan datang, mereka akan diberi 'target'



Untuk mendapat panahan yang tepat, kedudukan harus betul

Pada sesi akan datang, mereka akan diajar memanah
kearah 'target' yang disediakan


Faiz mendapat 2 kali panahan tepat ke sasaran walaupun baru pertama kali diajar memanah.



Hero diajar supaya memanah mengikut 'eye level'


Faiz mendapat gelaran
'professor'


Cara memegang busur dan busur panah harus betul agar busur panah tidak jatuh ketika memanah.



Untuk mendapat panahan yang tepat, daya intuisi pemanah harus kuat.




Cara pegangan busur yang betul, membolehkan busur dipegang pelbagai
posisi



Dalam kedudukan apa sekali pun busur panah tidak akan
terjatuh sekiranya cara pegangannya betul

Walaupun busur panah Syukur sentiasa tersasar, 'anak bongsu' dalam keluarga PERKAP ini melakukannya dengan baik untuk sesi ini.


Syukur mengambil busur panahnya yang tersasar


Saksikan video hero PERKAP dibawah.






Nantikan video seterusnya pada sesi akan datang.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 5 Februari 2016

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah



Faisal Bajrai mengajar asas posisi memanah yang betul
kepada hero-hero PERKAP


Faisal Bajrai atau lebih dikenali sebagai 'abah' oleh hero PERKAP, hari ini meluangkan masa untuk mengajar hero PERKAP tentang asas memanah.

Banyak perkara yang disampaikan, antaranya persediaan awal daripada segi dalaman dan luaran sebelum memanah.

Seorang pemanah perlu mempunyai dalaman yang kuat, supaya panahannya tepat ke sasaran.


Berdoa sebelum memulakan pelajaran



Posisi ketika memanah adalah penting, kerana posisi yang betul dapat mengelakkan kecederaan ketika memanah. Tenaga yang diperlukan untuk menarik alat memanah adalah seperti mengangkat beban yang berat.



Posisi memanah yang betul ketika memanah



Proses pengumpulan tenaga. Pemanah memerlukan
tenaga yang cukup sebelum memanah


Hari ini adalah hari pertama hero PERKAP belajar memanah, walaupun ia nampak mudah, ianya sangat penting. Banyak lagi yang akan dipelajari oleh mereka pada masa akan datang.

Proses ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, Faisal juga bercadang apabila hero ini sudah mahir nanti, mereka akan diajar untuk menunggang kuda pula.





Untuk mendapat sasaran yang tepat, seorang pemanah
perlu berada pada posisi yang betul.


Tujuan utama hero ini diajar memanah adalah, supaya mereka menjadi seorang yang berdisiplin kerana untuk menjadi pemanah yang hebat, seorang pemanah perlu memiliki disiplin yang sangat tinggi.


Hero PERKAP bersalaman dan berpelukan
sebelum bersurai.

Sebelum bersurai, hero PERKAP bersalaman dan berpelukan sebagai tanda terima kasih dengan ilmu yang bermanfaat yang telah diberi oleh 'abah' mereka.

Ilmu yang mereka peroleh pada hari ini ,  mereka tidak akan dapat dimana-mana, hanya Tuhan sahaja tahu akan nilainya.

Ilmu yang bermanfaat, adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada seluruh manusia kearah kebaikan.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan: