Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Rabu, 2 November 2016

Demi Buah Tin

Demi Buah Tin


Bro Anwar menghadiahkan pokok tin dan bahan-bahan pertanian
kepada hero PERKAP


"Demi buah Tin, demi buah Zaitun" (Surah At Tinn ayat 1)


Permulaan ayat didalam surah At Tinn di dalam Al-Quran. Mengapa buah tin dan zaitun ini menjadi kalimah sumpah di dalam ayat ini?

Pelbagai tafsiran akan kita peroleh, namun pasti ada sesuatu rahsia yang terkandung didalam ayat ini.

Adakah disebabkan khasiatnya? atau simbolik yang tersirat pada buah ini?

Namun kami bukan ingin mengupas akan ayat ini, biarlah bijak pandai menafsirkannya dengan ilmu yang dianugerahkan oleh-NYA.



Sekam padi bakar dan sekam padi yang disumbangkan oleh bro Anwar
untuk kegunaan hero PERKAP


13 cocopeat yang disumbangkan oleh
bro Anwar


Pokok Tin atau lebih dikenali dalam bahasa Latin sebagai Ficus Carica terkenal dengan buah yang mempunyai 1001 manfaatnya.

Kandungan Zat Terdapat Didalam Buah Tin
1. Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
2. Energy 250 kcal 1040 kJ
3. Carbohydrates 63.87 g
4. Sugars 47.92 g
5. Dietary fiber 9.8 g
6. Fat 0.93 g
7. Protein 3.30 g
8. Thiamine (Vit. B1) 0.085 mg 7%
9. Riboflavin (Vit. B2) 0.082 mg 5%
10. Niacin (Vit. B3) 0.619 mg 4%
11. Pantothenic acid (B5) 0.434 mg 9%
12. Vitamin B6 0.106 mg 8%
13. Folate (Vit. B9) 9 μg 2%
14. Vitamin C 1.2 mg 2%
15. Calcium 162 mg 16%
16. Iron 2.03 mg 16%
17. Magnesium 68 mg 18%
18. Phosphorus 67 mg 10%
19. Potassium 680 mg 14%
20. Zinc 0.55 mg 6%

Buah ini sering menjadi hidangan para raja dan bangsawan berkedudukan tinggi pada suatu ketika dahulu.

Masa kian berlalu, dengan teknologi dan kemudahan yang ada dimasa kini, buah yang berasal dari Timur Tengah di wilayah Eropah ini dapat dikongsikan manfaatnya kepada kita semua.



Bro Anwar sedang memberi taklimat ringkas penjagaan
pokok buah tin

Baja yang digunakan oleh bro Anwar

Bro Anwar sedang menunjukkan
cara mencelup batang pokok tin
dengan campuran baja yang dibuat


Selain manfaatnya yang banyak, buah tin memiliki nilai komoditi yang sangat tinggi. Harga sekilogram boleh mencecah sehingga RM75-RM80 / kg bergantung kepada jenis pokok yang ditanam.

Atas minat yang tinggi dan melihat kepada manfaat yang terdapat pada buah ini, saudara Anwar terpanggil untuk mengusahakan tanaman ini di Janda Baik, Bentong , Pahang.


Hero PERKAP sedang membuat campuran tanah di ladang buah tin
bro Anwar

Tanaman buah tin bro Anwar di Janda Baik


Buah tin yang mempunyai 1001 manfaat


Berbekalkan ilmu yang diperoleh oleh saudara Anwar dalam mengusahakan tanaman ini, beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman dengan hero PERKAP. Ilmu yang dicurahkan dengan kasih sayang hanya tuhan yang mampu membalasnya.

Sebagai permulaan, bro Anwar memberi sumbangan kepada hero-hero PERKAP. Sumbangannya adalah seperti berikut:

1. Cocopeat 13 beg
2. Sekam Padi Bakar 2 guni
3. Sekam Padi 1 guni
4. Polibeg 11 unit
5. Pasu plastik 6 unit


Spesis pokok tin yang telah disumbangkan adalah :


Buah tin Taiwan Golden Fig (TGF)

Buah Tin Improved Brown Turkey (IBT) , buahnya
boleh mencecah RM75-RM80 sekilogram

1. Jumbo
2. Matsui Dauphen (MD  / MDA)
3. Black Jack
4. Spanish Oys
5. Brown Turkey - BTM6
6. Taiwan Golden Fig (TGF)



Bro Anwar sedang memberi penerangan campuran tanah untuk
dimasukkan kedalam pasu untuk tanaman pokok tin hero PERKAP



Hero PERKAP bergambar kenangan di ladang tanaman buah tin
bro anwar di Janda Baik yang dilengkapi dengan greenhouse dan
sistem fertigasi untuk ratusan pokok tin miliknya

Pokok Tin adalah salah satu daripada tanaman yang ditanam oleh hero PERKAP selain daripada pokok cili padi Thailand, tomato, bendi, Moringga dan lain-lain tanaman lagi.

Usaha yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menanam minat supaya mereka menjadi seorang pengusaha yang berjaya suatu hari nanti


Hero PERKAP Imad, Faiz dan Nadzmi sedang
menanam pokok Tin didalam gelas plastik.


Bro Anwar sedang menunjukkan cara menanam pokok
Tin yang betul.


Hero PERKAP Nadzmi sedang menanam pokok tin
setelah mendengar penerangan daripada bro Anwar


Terima kasih sekali lagi kepada bro Anwar atas sumbangan dan tunjuk ajar kepada hero PERKAP. Semoga beliau dilimpahi rezeki seperti yang dijanjikan oleh-NYA.

Sekiranya anda ingin turut sama berkongsi memberi sumbangan berbentuk barangan seperti baja kompos (kompos buah atau tinja haiwan) , 'Effective Microorganism' (EM-1) , Molasses dan sebagainya untuk kegunaan hero PERKAP, kami sangat mengalu-alukan. Terima kasih kami dahulukan.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:


Tiada ulasan :

Catat Ulasan