Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Sabtu, 10 Disember 2016

"The Chicken's Apartment" BERSIH dan HALAL

"The Chicken's Apartment" BERSIH dan dijamin HALAL


"The Chicken's Apartment" PERKAP

Hari ini genap sebulan kami menternak anak ayam "The Chicken's Apartment" PERKAP yang dijaga baik oleh hero-hero PERKAP. Ternakkan ayam diketuai oleh hero PERKAP Syukur. Beliau baru sahaja berumur 10 tahun, tetapi banyak pengalaman yang telah beliau peroleh.


Hero PERKAP Syukur - Ketua Ternakkan
 "The Chicken's Apartment"PERKAP

Klik disini untuk baca ketua ternakan dan pertanian
PERKAP

Beliau mempunyai pengalaman menanam sayur-sayuran, menternak ikan, menternak ayam dan pelbagai lagi pengalaman yang telah beliau peroleh bersama rakan-rakan mereka di sini.

Alhamdulillah, semoga ilmu-ilmu yang dicurahkan dapat memberi kebaikan kepada diri hero-hero PERKAP dan masyarakat pada satu hari nanti selaras dengan visi dan misi kami disini.

20 Ekor Burung Puyuh antara ternakan
"The Chicken's Apartment"
PERKAP

"The Chicken's Apartment" PERKAP mempunyai 100 ekor anak ayam kampung , 50 ekor anak ayam gajah dan 20 ekor burung puyuh. Ini adalah usaha kecil kami untuk mencari pengalaman baru agar ia membawa kebaikann kepada semua.

Reban yang ditutup dengan kain guni bertujuan
untuk mengekalkan kepanasan anak ayam
di "The Chicken's Apartment" PERKAP ketika
musim hujan.

"The Chicken's Apartment" PERKAP adalah ayam yang dijaga rapi daripada segi pemakanan dan minuman seharian. Ayam-ayam ini diberi makan secara alami atau lebih difahami oleh para pengusaha ternakkan sebagai ternakan organik.

Mentol 40 Watt menghasilkan haba untuk keperluan
anak-anak ayam "The Chicken's Apartment" PERKAP


Untuk pengetahuan, ayam-ayam "The Chicken's Apartment" PERKAP ini diberi makan hampas kacang soya, jagung hancur dan beberapa lagi makanan organik dan minuman pula diberi minuman berasaskan EM (Effective Microorganism) yang diberi 2 kali sehari.

Kami tidak memberi makan ayam-ayam "The Chicken's Apartment" dedak yang kami khuatiri ramuan yang terkandung didalamnya terdapat unsur-unsur yang 'tidak baik' , apabila dikosumsi ianya membawa mudarat kepada ayam dan kepada tubuh manusia jika dikosumsi dalam jangka masa panjang.


Minuman berasaskan EM - baik untuk sistem pencernaan
anak ayam dan daging ayam yang baik. Sekam padi
disembur EM untuk menghasilkan pesekitaran yang
bersih untuk kebaikkan ayam di
"The Chicken's Apartment"
PERKAP

Tujuan utama ayam-ayam "The Chicken's Apartment" ini diberi minuman berasaskan EM adalah untuk membantu sistem pencernaan ayam. Tinja yang terhasil menjadi lebih baik yang akan digunakan untuk tujuan pembajaan tanaman hero-hero PERKAP, dan dagingnya nanti akan menjadi lebih lembut dan baik.


"Kita Adalah Apa Yang Kita Makan" 


Penjagaan pesekitaran ayam-ayam "The Chicken's Apartment" ini juga kami gunakan EM yang disemburkan keatas sekam padi, kemudian sekam padi yang disembur EM, kami taburkan pada lantai reban dan ditukar dengan sekam padi baharu seminggu sekali.

Tujuan EM ini digunakan pada sekam padi ini untuk memastikan tiada bau yang terhasil daripada tinja ayam, dan secara tidak lansung reban tidak dihurung lalat yang bakal membawa penyakit kepada ayam-ayam "The Chicken's Apartment".

Kami bukanlah mempunyai pengalaman yang luas (Baca: Pro) didalam bidang penternakkan ini, tetapi kami terpanggil untuk mengusahakan sendiri kerana kami benar-benar ingin apa yang kami makan adalah daripada sumber yang BERSIH dan HALAL. Kerana....

"Kita adalah apa yang kita makan"


Pemakanan yang baik dan bersih, mengekalkan gen DNA yang
baik pada tubuh. Segalanya pilihan kita.


Apa yang kita makan, akan menjadi diri kita nanti. Untuk melahirkan insan yang baik bermula daripada sumber pemakanan kita.

Perusahaan ayam "The Chicken's Apartment" PERKAP kami lakukan ini hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukan untuk DIJUAL.

Semoga usaha kami ini, memberi kebaikkan kepada kami dan bakal melahirkan insan yang berguna pada suatu hari nanti.

Doa dan sokongan kalian adalah inspirasi kejayaan kami.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 3 Disember 2016

Ketua Pertanian & Penternakan PERKAP

Ketua Pertanian & Penternakan PERKAP



Hero PERKAP Ijat menjaga 1200 ekor ikan Tilapia dan 835 ekor ikan Patin


Hero PERKAP kini sedang mengusahakan pertanian dan penternakan bertujuan untuk mencari pengalaman sendiri dalam penternakan dan pertanian.

Setiap daripada hero PERKAP dilantik sebagai ketua dan setiap daripada mereka harus bertanggungjawab dengan setiap perusahaan yang dilakukan.


Hero PERKAP Irfan, ketua Lebah Kelulut

Hero PERKAP Irfan dilantik sebagai ketua Lebah Kelulut. Beliau mempunyai 11 log dibawah jagaannya.

Hero PERKAP Syukur, ketua ternakkan ayam

Hero PERKAP Syukur dilantik sebagai ketua ternakkan ayam. Beliau menjaga 100 ekor ayam kampung, 50 ayam gajah dan 20 ekor burung puyuh.

Hero PERKAP Ijat, ketua ternakkan ikan Tilapia & Patin


Hero PERKAP Ijat adalah ketua bagi ternakkan ikan. Beliau menjaga 1200 ekor ikan Tilapia dan 835 ikan patin.


Hero PERKAP Nadzmi, ketua ternakkan cacing dan cengkerik

Hero PERKAP Nadzmi adalah ketua bagi ternakkan cacing tanah dan cengkerik. Cacing yang dibela bertujuan untuk memberi makan kepada ayam dan cengkerik pula adalah sumber makanan bagi ikan kolam.



Hero PERKAP Faiz, ketua pertanian

Hero PERKAP Faiz , ketua bagi pertanian PERKAP. Beliau menanam puluhan pokok yang ditanam secara konvensional dan secara fertigasi.

Pokok-pokok yang ditanam oleh Faiz seperti :

1. Tembikai - 50 pokok
2. Timun Batu - 30 pokok
3. Timun Jepun - 30 pokok
4. Rockmelon - 30 pokok
5. Honeydew - 30 pokok
6. Tomato - 30 pokok
7. Bendi - 60 pokok
8. Lain-lain pokok - 20 pokok
9. Fertigasi - 60 pokok

Hasil yang diperoleh adalah untuk kegunaan sendiri dan sebahagiannya nanti untuk tujuan jariah.

Semoga hasil usaha hero PERKAP membuahkan hasil dan pada masa sama mereka memperoleh ilmu untuk diri mereka sendiri dan masyarakat sekeliling. Doakan kejayaan mereka. Dengan izin-NYA.


p/s : Maaf kerana artikel ini lambat dikeluarkan


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 24 November 2016

Hero PERKAP Belajar Teknik Hafalan Al Quran Metode Al Qosimi

Hero PERKAP Belajar Teknik Hafalan Al Quran Metode Al Qosimi



Hero PERKAP bersama 
Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz. 
Penulis buku Hafal Juz 'Amma
Metode Al-Qosimi'

Terima kasih kepada Dato' Harlizan selaku mentor PERKAP yang telah memberi ruang dan peluang kepada hero PERKAP untuk belajar teknik hafalan juz 'amma dengan mudah dan cepat yang diajar oleh ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz menggunakan teknik hafalan Al-Qosimi.

Ustaz Abdul Hurri berasal daripada Indonesia , seorang yang bijak menyampai sehinggakan para peserta yang hadir mudah untuk menerima apa yang diajar.


Jika mempunyai teknik dan sistem hafalan yang betul,
hafalan Al Quran akan lebih mudah dan cepat
Ustaz Abdul Hurri Al-Qosimi Al-Hafidz 


Antara teknik hafalan yang diajar adalah, setiap baris ayat yang hendak dihafal perlu diulang sebanyak 40 kali. Ketika menghafal perlu memandang ke atas, ke kiri atau ke kanan dan kaedah yang terakhir perlu dibacakan didalam hati sambl dikumat-kamitkan bibir apa yang dibaca.

Ini antara metode yang boleh diaplikasikan dalam apa jua pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan.


Hero PERKAP sedang khusyuk mendengar pembelajaran
teknik hafalan yang betul dan mudah


Teknik Al Qosimi memudahkan hafalan 1 Juz sekali duduk

 
Cara pembelajaran santai memudahkan para peserta
sentiasa tekun mendengar

Hero PERKAP bergambar kenangan bersama
Ustaz Abdul Hurri Al Qosimi Al Hafidz di Saufiville,
Janda Baik, Pahang


Majlis ilmu ini hanya pengenalan kepada hero PERKAP. Masih banyak yang perlu dipelajari. 

Kami bukanlah sekolah tahfiz. Tetapi kami sentiasa memberi peluang kepada hero PERKAP untuk mempelajari apa sahaja ilmu yang memberi kebaikan kepada mereka dan sentiasa menerapkan kepada mereka supaya sentiasa mencintai ilmu.

Semoga apa yang dipelajari memberi manfaat kepada hero-hero PERKAP. 


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: