Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Rabu, 7 September 2016

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)



Hero PERKAP bergambar kenangan di kampung peninggalan
'Boat People'


Pada hari ke-2 kami berada di Pulau Bidong, kami telah dibawa ke kampung peninggalan pelarian Vietnam suatu ketika dahulu.


Hero PERKAP sedang menikmati kejernihan air laut
disekitar Pulau Bidong


Kawasan ini pernah menjadi perkampungan pelarian Vietnam seramai 250,000 pelarian sebelum ditutup pada tahun 1991.

Perjalanan yang hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dari tempat penginapan kami, merupakan satu perjalanan yang sangat bermakna buat hero PERKAP kerana dapat mempelajari sejarah Pulau Bidong.


Peta kawasan Pulau Bidong

Jeti 'Kampung Peningggalan Boat People'

Kehadiran hero PERKAP ke sini disambut mesra oleh orang-orang kenamaan daripada Universiti Malaysia Terengganu, seperti Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan Profesor Dato' Dr. Aziz Deraman.

Walaupun mereka menjawat jawatan yang tinggi di Universiti Malaysia Terengganu, mereka tetap menyambut kami dengan mesra dan menganggap hero PERKAP seperti anak mereka sendiri.

"Anak-anak ini sangat berbudi bahasa dan beradab" kata Naib Chanselor Unversiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar


Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar


Hero PERKAP sedang bersalaman dengan
Profesor Dato' Dr. Aziz Deraman

Hero dan pengurusan PERKAP bergambar kenangan
bersama Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar


Hero dan pengurusan PERKAP bergambar bersama dengan
Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar danProfesor Dato' Dr. Aziz Deraman

Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar sedang memberi
nasihat kepada hero-hero PERKAP


Pada hari itu, para peserta yang memiliki lesen dan kemahiran menyelam membersihkan kawasan dasar laut berhampiran jeti daripada sampah dan bahan-bahan lain untuk memastikan kelansungan hidupan laut berhampiran terpelihara.


Para peserta bersedia untuk menyelam dan membersihkan
kawasan berhampiran

Para peserta sedang membuat persediaan untuk menyelam 




Hero PERKAP, Syukur sedang mencuba 'regulator'
peralatan menyelam

Hero PERKAP, Ijat sedang ditunjukkan cara-cara
untuk menggunakan alat menyelam

Kamera kalis air yang digunakan oleh para penyelam


'Sejarah tidak boleh diubah' begitulah juga sejarah Pulau Bidong ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kem pelarian rakyat Vietnam.

Bermula pada tahun 1978, Pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang. Pulau ini telah menjadi tempat perlindungan rakyat Vietnam daripada ancaman pemerintahan komunis suatu ketika dahulu.

Atas keprihatinan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) , pulau ini telah diberi keizinan untuk menempatkan seramai 121 pelarian.

Angka ini meningkat seramai 18,000 pelarian pada Januari 1979, dan angka tertinggi sebelum pulau ini ditutup sebagai kem pelarian ialah seramai 250,000 orang pelarian.


Encik Baharim sedang menceritakan sejarah
perkampungan 'Boat People'



Monumen 'Boat People'



Bekas tapak gereja di perkampungan 'Boat People'

Tugu peringatan perkampungan 'Boat People'

Kuil di perkampungan 'Boat People'

Tugu peringatan 38 pelarian yang mati lemas
ketika berada di Pulau Bidong pada 13 Januari 1987


Hero PERKAP dan Encik Baharim bergambar kenangan
di kuil 'Boat People'


Kuil Buddha di perkampungan 'Boat People'



Setelah melawat kawasan perkampungan 'Boat People', hero PERKAP beramah mesra bersama nelayan.

"Pendapatan kami adakala sedikit, ada kalanya banyak. Pernah mencecah pendapatan RM1,000 seorang dalam sehari" kata seorang abang nelayan.



Hero PERKAP bersalaman dan memeluk abang nelayan.

Hero PERKAP bergambar kenangan dengan
hasil tangkapan nelayan 


Hero dan pengurusan PERKAP didenda 'ketuk ketampi'
kerana gagal mendengar arahan dengan jelas ketika
sesi motivasi yang diadakan oleh Uncleseekers


Perjalanan kami disini telah menemukan kami bersama dengan dua orang pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu iaitu saudara Bovern dan Gau yang mengambil jurusan sains marin.

Mereka sedikit sebanyak telah mencurahkan sedikit ilmu kepada hero PERKAP tentang kaedah mengambil sampel plakton yang diambil daripada air laut.



Hero PERKAP bergambar kenangan bersama saudara
Bovern dan Gau


Saudara Gau sedang menunjukkan peralatan
yang digunakan untuk mengambil sampel plakton

Sampel plakton yang diambil setiap 3 jam untuk
melihat perkembangan plankton

Saudara Bovern sedang menunjukkan sampel plakton
yang disimpan didalam botol

Hero PERKAP, Irfan sedang melihat sampel plankton
yang disimpan didalam botol khas




Perkara yang paling berharga didalam hidup adalah pengalaman. Ia tidak boleh di jual-beli. Pengalaman adalah guru paling hampir kepada kita. Teori tanpa pengalaman ibarat ilmu tanpa amalnya.






Faiz sedang ditunjukajar oleh Fauziah Latiff, cara menggunakan
peralatan 'snorkeling'



Encik Baharim sedang menunjukkan
cara memakai snorkeling yang betul

Hero PERKAP diajar cara membuat panggilan kecemasan
menggunakan wisel

Hero PERKAP memberi pelukan kepada Encik Baharim
sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang dicurahkan

Encik Baharim sedang memperkemaskan 'snorkel' yang
dipakai oleh hero PERKAP

Encik Baharim memberi penerangan cara 'snorkeling'


Itulah yang kami berikan kepada hero PERKAP. Pengalaman mendekati alam dan menghargai sebaik-baiknya.


(bersambung)


Klik video diatas untuk menonton video



Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 1)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 6 September 2016

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)


Di perkarangan Kompleks Sukan Universiti Malaysia
Terengganu

31 Ogos yang lepas, ketika rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan ke-59, hero-hero PERKAP telah dijemput oleh Universiti Malaysia Terengganu untuk menyertai program 'Merdeka Dive 2016'


Merdeka Dive 2016

Perjalanan sejauh lebih kurang 400km daripada tempat kami yang memakan masa lebih kurang 6 jam, merupakan satu perjalanan yang banyak memberi pengalaman dan pelajaran buat hero-hero PERKAP dan pihak pengurusan.

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mendidik hero-hero PERKAP supaya mencintai alam semulajadi ciptaan Tuhan.


Bersarapan pagi di kedai berhampiran Unversiti
Malaysia Terengganu (UMT)

Hero PERKAP bergambar kenangan di stadium terbuka
kompleks sukan UMT

Kami tiba di perkarangan komplek sukan Universiti Malaysia Terengganu sekitar 7.15am dan tiba di jeti Pulau Bidong pada pukul 12 tengahari.
Bertolak dari jeti Pulau Duyong sekitar 10 pagi

Hero PERKAP Imad mengisi masa lapang membaca
nota pelajaran sebelum tiba di jeti Pulau Duyong

Tiba di jeti Pulau Bidong sekitar 12 tengahari

Mendengar taklimat ringkas daripada urusetia program
'Merdeka Dive 2016'

Hero PERKAP Faiz sedang memasang khemah

Hero-Hero PERKAP sedang memasang khemah tempat
untuk beristirehat


Hero PERKAP bersolat di tempat wakaf yang disediakan


Hero PERKAP menghafal terjemahan Yassin sementara
menunggu solat Maghrib

Inilah pengalaman yang paling berharga buat hero-hero dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak boleh dapat dimana-mana.

Hero PERKAP , Faiz sedang mandi air laut
di pantai Pulau Bidong

Hero PERKAP sedang bermandi-manda di pantai
Pulau Bidong

Hero PERKAP Syukur sedang bermain pasir pantai
bersama hero PERKAP, Faiz


Paling penting, dapat mengeratkan silaturahim bersama semua peserta 'Merdeka Dive' yang sangat mesra dan peramah.

Terima kasih tidak terhingga kepada Fauziah Latiff yang memperkenalkan kami dengan Encik Baharim dan Puan Noni yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Fauziah Latiff (kiri) bersama guru pembimbing PERKAP, Adeek


Encik Baharim (kanan)

Puan Noni (berdiri paling kanan)

Pada hari pertama tiada banyak acara yang diadakan. Pada hari-hari berikutnya, hero-hero akan belajar mengenai plakton yang akan diberi penerangan ringkas oleh saudara Bovern dan Gau , mendengar sejarah ringkas Pulau Bidong yang disampaikan oleh Encik Baharim dan banyak lagi.


Klik Video diatas untuk tonton video

(bersambung)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 1)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: