Hero PERKAP bergambar kenangan di kampung peninggalan 'Boat People' |
Pada hari ke-2 kami berada di Pulau Bidong, kami telah dibawa ke kampung peninggalan pelarian Vietnam suatu ketika dahulu.
Hero PERKAP sedang menikmati kejernihan air laut disekitar Pulau Bidong |
Kawasan ini pernah menjadi perkampungan pelarian Vietnam seramai 250,000 pelarian sebelum ditutup pada tahun 1991.
Perjalanan yang hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dari tempat penginapan kami, merupakan satu perjalanan yang sangat bermakna buat hero PERKAP kerana dapat mempelajari sejarah Pulau Bidong.
Peta kawasan Pulau Bidong |
Jeti 'Kampung Peningggalan Boat People' |
Kehadiran hero PERKAP ke sini disambut mesra oleh orang-orang kenamaan daripada Universiti Malaysia Terengganu, seperti Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan Profesor Dato' Dr. Aziz Deraman.
Walaupun mereka menjawat jawatan yang tinggi di Universiti Malaysia Terengganu, mereka tetap menyambut kami dengan mesra dan menganggap hero PERKAP seperti anak mereka sendiri.
"Anak-anak ini sangat berbudi bahasa dan beradab" kata Naib Chanselor Unversiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar |
Hero PERKAP sedang bersalaman dengan Profesor Dato' Dr. Aziz Deraman |
Hero dan pengurusan PERKAP bergambar kenangan bersama Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar |
Hero dan pengurusan PERKAP bergambar bersama dengan Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar danProfesor Dato' Dr. Aziz Deraman |
Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar sedang memberi nasihat kepada hero-hero PERKAP |
Pada hari itu, para peserta yang memiliki lesen dan kemahiran menyelam membersihkan kawasan dasar laut berhampiran jeti daripada sampah dan bahan-bahan lain untuk memastikan kelansungan hidupan laut berhampiran terpelihara.
Para peserta bersedia untuk menyelam dan membersihkan kawasan berhampiran |
Para peserta sedang membuat persediaan untuk menyelam |
Hero PERKAP, Syukur sedang mencuba 'regulator' peralatan menyelam |
Hero PERKAP, Ijat sedang ditunjukkan cara-cara untuk menggunakan alat menyelam |
Kamera kalis air yang digunakan oleh para penyelam |
'Sejarah tidak boleh diubah' begitulah juga sejarah Pulau Bidong ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kem pelarian rakyat Vietnam.
Bermula pada tahun 1978, Pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang. Pulau ini telah menjadi tempat perlindungan rakyat Vietnam daripada ancaman pemerintahan komunis suatu ketika dahulu.
Atas keprihatinan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) , pulau ini telah diberi keizinan untuk menempatkan seramai 121 pelarian.
Angka ini meningkat seramai 18,000 pelarian pada Januari 1979, dan angka tertinggi sebelum pulau ini ditutup sebagai kem pelarian ialah seramai 250,000 orang pelarian.
Encik Baharim sedang menceritakan sejarah perkampungan 'Boat People' |
Monumen 'Boat People' |
Bekas tapak gereja di perkampungan 'Boat People' |
Tugu peringatan perkampungan 'Boat People' |
Kuil di perkampungan 'Boat People' |
Tugu peringatan 38 pelarian yang mati lemas ketika berada di Pulau Bidong pada 13 Januari 1987 |
Hero PERKAP dan Encik Baharim bergambar kenangan di kuil 'Boat People' |
Kuil Buddha di perkampungan 'Boat People' |
Setelah melawat kawasan perkampungan 'Boat People', hero PERKAP beramah mesra bersama nelayan.
"Pendapatan kami adakala sedikit, ada kalanya banyak. Pernah mencecah pendapatan RM1,000 seorang dalam sehari" kata seorang abang nelayan.
Hero PERKAP bersalaman dan memeluk abang nelayan. |
Hero PERKAP bergambar kenangan dengan hasil tangkapan nelayan |
Hero dan pengurusan PERKAP didenda 'ketuk ketampi' kerana gagal mendengar arahan dengan jelas ketika sesi motivasi yang diadakan oleh Uncleseekers |
Perjalanan kami disini telah menemukan kami bersama dengan dua orang pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu iaitu saudara Bovern dan Gau yang mengambil jurusan sains marin.
Mereka sedikit sebanyak telah mencurahkan sedikit ilmu kepada hero PERKAP tentang kaedah mengambil sampel plakton yang diambil daripada air laut.
Hero PERKAP bergambar kenangan bersama saudara Bovern dan Gau |
Saudara Gau sedang menunjukkan peralatan yang digunakan untuk mengambil sampel plakton |
Sampel plakton yang diambil setiap 3 jam untuk melihat perkembangan plankton |
Saudara Bovern sedang menunjukkan sampel plakton yang disimpan didalam botol |
Hero PERKAP, Irfan sedang melihat sampel plankton yang disimpan didalam botol khas |
Perkara yang paling berharga didalam hidup adalah pengalaman. Ia tidak boleh di jual-beli. Pengalaman adalah guru paling hampir kepada kita. Teori tanpa pengalaman ibarat ilmu tanpa amalnya.
Faiz sedang ditunjukajar oleh Fauziah Latiff, cara menggunakan peralatan 'snorkeling' |
Encik Baharim sedang menunjukkan cara memakai snorkeling yang betul |
Hero PERKAP diajar cara membuat panggilan kecemasan menggunakan wisel |
Hero PERKAP memberi pelukan kepada Encik Baharim sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang dicurahkan |
Encik Baharim sedang memperkemaskan 'snorkel' yang dipakai oleh hero PERKAP |
Encik Baharim memberi penerangan cara 'snorkeling' |
Itulah yang kami berikan kepada hero PERKAP. Pengalaman mendekati alam dan menghargai sebaik-baiknya.
(bersambung)
Klik video diatas untuk menonton video
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Tiada ulasan :
Catat Ulasan