Version : B.Melayu / English
Sebelum tahun 2016 melangkah lebih jauh, kami ingin memastikan kesihatan hero-hero ini semua dalam keadaan 'tip-top'.
Hari ini (Rabu) hero-hero dibawa ke Hospital Bentong untuk membuat medical check-up.
Seawal 8.15 pagi kami telah sampai di perkarangan hospital.
Terima kasih ingin kami ucapkan kepada kakak-kakak yang bertugas di Hospital Bentong. Servis semua 'tip-top' . Sangat mesra dan membantu.
"Bos, nanti boleh naikkan gaji diorang ya" , saranan kami kepada ketua pengarah kementerian kesihatan supaya gaji kakitangan-kakitangan bertugas di Hospital Bentong dinaikkan kerana beri servis yang terbaik.
"Cikgu..cikgu boleh bawa anak-anak ni untuk pemeriksaan gigi dulu ya" kata seorang nurse yang bertugas.
sedang menunggu giliran 'check' gigi |
Kesemua gigi anak-anak ni dalam keadaan baik. "Siapa jaga anak-anak ni ya?" tanya seorang doktor gigi. "Kami jaga. Kenapa doktor?" tanya Dzoul. "Bagus gigi anak ni" , jawab doktor.
Sememangnya kami di PERKAP sangat mementingkan kebersihan daripada hujung rambut ke hujung kaki.
Imad sedang diperiksa giginya. |
Gigi Ijat dicabut kerana gigi kekal sudah mula tumbuh |
Setelah selesai pemeriksaan gigi, anak-anak dibawa untuk mengambil 'sample' darah untuk mengetahui jenis darah mereka. Rekod ini penting untuk rujukan kami pada masa akan datang.
Irfan sedang diambil sampel darahnya |
Kemudian, hero-hero ini dibawa untuk pemeriksaan seterusnya. Berat, tinggi dan ujian mata dibuat oleh akak-akak nurse yang comel dan mesra.
Syukur diperiksa ketinggian |
Ujian warna |
Ringkasan laporan 'medical check-up' 20 Januari 2016 :
1. Sampel darah hero-hero telah diambil. Esok hero-hero perlu datang lagi untuk ambil keputusan darah dan 'check-up' doktor.
2. Gigi hero-hero semua dalam keadaan baik. Faiz & Syukur dicabut gigi susu mereka kerana gigi kekal sudah mula tumbuh. Imad dan Faiz diberi rawatan 'scaling'
3. Keputusan pemeriksaan semua dalam keadaan baik cuma Izat dan Faiz ada masalah rabun dekat.
Nantikan keputusan darah hero-hero ini pada hari esok. klik
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan