Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Rabu, 8 Jun 2016

Prestasi Pelajaran Hero PERKAP Meningkat

Prestasi Pelajaran Hero PERKAP Meningkat

Hero PERKAP bersama mentor mereka, Fauziah Latiff

Keputusan Peperiksan Pertengahan Tahun 2016 - Hero PERKAP
(KDK: Kedudukan Dalam Kelas, KDT: Kedudukan Dalam Tingkatan , KDD: Kedudukan Dalam Darjah) 






Imad



1. Muhammad Imad Adili B. Mohamed Marzuki (Imad) - Tingkatan 5
KDK:1/23 , KDT : 6/53

Komen: Perlu banyak usaha untuk peperiksaan SPM tidak lama lagi. Ulangkaji bab tingkatan menengah atas dan bawah untuk cemerlang. Lebihkan fokus untuk cemerlang.


Ijat

2. Mohd. Shahrizad B. Mohd Fakhrulzaman (Ijat) - Tingkatan 1
KDK: 1/30 , KDT : 9/57

Komen : Ijat antara yang beruntung kerana masih dalam tingkatan 1. Jika terus fokus, beliau ada potensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam PT3.



Faiz



3. Mohd. Faiz Haziq B. Mohd Fakhrulzaman (Faiz) - Tingkatan 3
KDK: 3/31 , KDT : 12/60

Komen : Faiz mempunyai potensi untuk cemerlang. Beliau memiliki (Self-Driven; dorongan dalaman yang tinggi). Perlu lebih fokus dan usaha untuk cemerlang dalam PT3 nanti.




Nadzmi

4. Muhammad Nadzmi Bin Zainuddin (Nad) - Tingkatan 2
KDK:3/31 , KDT: 19/56

Komen: Nadzmi mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran mengikut faktor genetiknya. Perlu terbitkan dorongan dalaman untuk lebih berjaya. Ada peningkatan dalam pelajaran jika dibandingkan keputusan peperiksaan sebelum ini. Lebihkan usaha!


Irfan


5. Muhammad Irfan Ameer B. Mohamed Marzuki (Irfan) - Tingkatan 3
KDK:4/31 , KDT: 14/60

Komen: Banyak yang perlu diperbaiki. Ada peningkatan dalam beberapa subjek. Lebihkan usaha dan fokus untuk sukses.


Akmal


6. Muhammad Akmal B. Md. Nor'Azman (Akmal) - Darjah 6
KDK: 24/38 , KDD : 46/60

Komen: Akmal antara hero PERKAP yang ada potensi untuk sukses. Perlu lebih berhati-hati dalam menjawab soalan peperiksaan.

Syukur

7. Muhammad Syukur Hafiz B. Azmi (Syukur) - Darjah 4
Belum Mendapat Keputusan Kedudukan didalam kelas / darjah

Komen : Ada peningkatan dalam beberapa subjek. Beliau adalah hero PERKAP termuda didalam PERKAP. Ada pontensi untuk cemerlang.


Komen Keseluruhan : Hero-hero PERKAP ada peningkatan dalam pelajaran. Perlu teruskan usaha dan fokus belajar. 


Hero PERKAP sedang mengulangkaji pelajaran mengikut jadual
yang disediakan pengurusan PERKAP
Hero PERKAP makan bersama dengan pengurusan PERKAP
sebelum menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2016

Hubungan hero PERKAP akrab antara satu sama lain

Hero PERKAP bersama mentor mereka, Tuan Harlizan , seorang usahawan antarabangsa yang berjaya.



Hero PERKAP bersama mentor mereka, Tuan Harlizan

Dengarkan lagu 'single' terbaru Fauziah Latiff untuk drama 'Seindah Takdir Cinta' mulai 25 Mei 2016 di slot Akasia TV3 dengan klik video dibawah ;



Takdir Cinta (OST Seindah Takdir Cinta)


Klik video dibawah untuk saksikan montaj drama 'Seindah Takdir Cinta' di slot Akasia TV3









Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 2 Jun 2016

Bro Fareez (gitaris kumpulan AXL'S) Ziarah Hero

Bro Fareez (gitaris kumpulan AXL'S) Ziarah Hero


Fareez bersama hero PERKAP

Pada hari minggu yang lepas, hero diziarahi oleh gitaris kumpulan AXL'S iaitu saudara Fareez. Lagu "Akulah Kekasihmu" yang sentiasa menjadi siulan para remaja sehingga kini,  adalah antara lagu yang popular didendangkan oleh kumpulan AXL'S.

Saudara Fareez seorang yang mudah mesra dan sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada hero-hero PERKAP.


Hero bersolat berjemaah bersama, dimamkan oleh Imad


Kehadiran saudara Fareez bukan suatu yang dirancang pada mulanya, setelah beliau berjumpa dengan hero-hero PERKAP, beliau mempunyai perancangan untuk hero-hero pada masa akan datang.

Dihari akhir pertemuan saudara Fareez, beliau telah mempersembahkan lagu-lagu berbentuk nasihat bersama hero-hero PERKAP seperti 'Demi Masa' yang pernah didendangkan oleh kumpulan Raihan, 'Erti Al-Fatihah' oleh 'Voices Of Ummi' dan lagu 'Akulah Kekasihmu' oleh kumpulan AXL'S.

Semoga jodoh pertemuan ini berkekalan. Dengan IzinNYA.

Saksikan persembahan hero dan saudara Fareez dengan klik video dibawah ;




Saksikan juga video lagu "Akulah Kekasihmu" dengan klik video dibawah ;






Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 23 Mei 2016

Hero Pelajari Ilmu Seni Pertahankan Diri

Hero Pelajari Ilmu Seni Pertahankan Diri


Seni pertahankan diri yang dipelajari untuk pertahankan
diri dan keluarga

Pada Jumaat lepas (20 Mei 2016) , hero mempelajari asas seni pertahankan diri. Mereka diajar bertujuan untuk mempertahankan diri dan keluarga daripada anasir yang tidak baik diluar sana.

Ketika diusia rebung beginilah . mereka sangat sesuai untuk mempelajari seni pertahankan diri. Apabila sudah dewasa kelak, mereka berkemungkinan tidak mempunyai masa kerana faktor kekangan masa dan komitmen keluarga. 


Seluruh langkah bermula dengan langkah pertama


Hero pelajari cara membuka kuda-kuda


Hero diberi latihan asas dalam pelajari seni pertahankan diri

Hero menguji kekuatan kuda-kuda


Syukur menguji kekuatan kuda-kuda Akmal


Hero dan tenaga pengajar makan bersama setelah selesai sesi
latihan

Semoga apa yang dipelajari memberi manfaat kepada hero-hero pada masa akan datang. 

Terima kasih tidak terhingga kepada tenaga pengajar yang menyumbang ilmu, semoga jariahnya ini memberi keberkatan hidup dunia akhirat kelak.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


Artikel & Link Berkaitan:

Ahad, 17 April 2016

Terima Kasih Kepada Kicap Bilal

Terima Kasih Kepada Kicap Bilal




Kicap Manis & Lemak Manis Bilal




Terima Kasih kepada Kak Wawa, Marisa dan Affiq kerana memberi
sumbangan kicapBilal, Kicap Mee Goreng Bilal, Kordial Bilal & Taucu Bilal.


Terima kasih kepada Bilal kerana memberi sumbangan kicap Bilal (manis & lemak manis), kicap mee goreng Bilal, taucu Bilal dan kordial Bilal kepada hero-hero Perkap.



Hero-hero bersama kicap & kordial sumbangan Bilal.



Setiap hero mempunyai kicap mereka sendiri. Kita lihat kicap Bilal mana kegemaran mereka; kicap manis Bilal atau kicap lemak manis Bilal dan siapa yang paling gemar makan dengan kicap Bilal ini.

Setiap hero mendapat kicap Bilal sendiri. Kebanyakkan mereka
menyukai kicap lemak manis Bilal.


Terima kasih sekali lagi kepada kicap Bilal kerana sudi memberi sumbangan kepada hero. Semoga Tuhan melipat gandakan rezeki kalian.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


Artikel & Link Berkaitan: