Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 18 Februari 2016

Group WHATSAPP Untuk Ahli Keluarga Hero PERKAP

Group WHATSAPP Untuk Ahli Keluarga Hero PERKAP 




Kak Faiza (Ibu Akmal)



Cadangan kak Faiza (ibu Akmal)
membuka Group Whatsapp
Ibubapa PERKAP


Cadangan untuk membuka group Whatsapp datang daripada kak Faiza (Ibu Akmal) untuk keluarga hero PERKAP bersuai-kenal antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka boleh memberi cadangan membina kepada kami untuk kebaikan hero disini.





Cadangan  yang membina





Cadangan yang membina sangat
dialu-alukan oleh kami.


Fast Action, Fast Result

Cadangan yang diberi , kami menerima dengan positif , dan membuka ruang dan peluang agar ahli keluarga hero PERKAP dapat memberi cadangan untuk kebaikan bersama ,secara tidak lansung dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga.


Memberi laporan TERKINI kepada
ibubapa hero




Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 17 Februari 2016

Maklumbalas Keluarga Hero PERKAP - Ibu Zufar

Maklumbalas Keluarga Hero PERKAP - Ibu Zufar



Sariam Sukatman - Ibu Zufar


Zufar


Penghargaan / Maklumbalas Penjagaan Anak Di PERKAP  

Saya Sariam Bt Sukatman ibu kepada Muhammad Zufar Bin Shamsuddin berasa amat gembira dengan penjagaan anak saya yang telah diberi oleh pihak PERKAP. Banyak perubahan berlaku pada anak saya. 
Solatnya terjaga, pelajaran bertambah baik dari masa ke semasa. Kesihatan dan kebersihan juga dijaga rapi oleh PERKAP. 
Mengaji Al-Quran diberi dengan baik ; dengan mendatangkan seorang guru yang berpengalaman. Tentang makan minum dan kebajikan  yang lain, diambil berat dan dijaga dengan sempurna. 
Berkenaaan dengan kasih sayang ; mereka dijaga ,dikasihi dan disayangi seperti anak mereka sendiri. 
Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menemukan anak saya dengan PERKAP. 
Saya juga hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada PERKAP atas segala-galanya.
  

Sekian, Terima Kasih.
  

Yang Benar,

SARIAM SUKATMAN




Surat Maklumbalas Ibu Zufar



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 16 Februari 2016

Laporan Kesihatan Hero PERKAP - Akmal

Laporan Kesihatan Hero PERKAP - Akmal



Muhammad Akmal B. Md Nor 'Azman (12 Tahun)


Muhammad Akmal B. Md. Nor'Azman (12 Tahun) adalah hero baru PERKAP. Kemasukan beliau adalah pada 13 Februari 2016.

Pada hari ini (16 Februari 2016) beliau dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Bentong, Pahang.



'Scaling'




Pemeriksaan Gigi

Pemeriksaan Mata - Ujian Ishihara (25/25 markah)


Ujian Penglihatan kiri & kanan (markah 6/6 kiri & kanan)

Ketinggian Akmal (139.5 cm)


Tekanan darah
(90 sistolik / 60 diastolik mmHg ; NORMAL)


 Laporan Kesihatan Akmal 16 Februari 2016 :

  • Blood Group : A Positif
  • Penglihatan : BAIK ; 6 / 6 Kanan , 6 / 6 Kiri , Ishihara 25/25
  • Nadi : 72 / min , Rhythm ; NORMAL
  • Tekanan Darah : 90 Sistolik , 60 Diastolik , NORMAL
  • Indeks Jisim Tubuh (BMI) : 17.5 (underweight - kurang berat badan) ; Tinggi 139.5 , Berat 34kg
  • Kesihatan Keseluruhan : BAIK

Akmal TIDAK PERLU menjalankan rawatan lanjut.

Doktor yang mengesahkan : Dr Meenakshi Alagappa (Pegawai Perubatan UD44 , Hospital Bentong , Pahang MMC 64045



Laporan Kesihatan Akmal

Kesihatan Akmal dalam keadaan baik





Secara Keseluruhan Kesihatan Kesmua Hero PERKAP berada dalam keadaan BAIK



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 15 Februari 2016

Terima Kasih Tuan Ho Ah Chai Pemilik Pasaraya Sri Ternak

Terima Kasih Tuan Ho Ah Chai Pemilik Pasaraya Sri Ternak


Tuan Ho Ah Chai pemilik Sri Ternak Food
Mart Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai
'Atuk Ah Chai' oleh hero PERKAP,
seorang yang pemurah dan suka membuat 
kebaikan, tidak mengira agama dan bangsa
 'may god bless you'

Encik Low Kim Loong orang kuat bos, anak
muda yang tepati pada janji, kaya dengan
senyuman, sentiasa berketerampilan kemas
dan seorang yang 'hardworking person'

Pada Sabtu 13 Februari 2016, hero PERKAP telah mendapat sumbangan daripada Sri Ternak. Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang mereka sukai.


Hero tidak menyangka mendapat sumbangan sebanyak ini.
Pada awalnya, bos Sri Ternak hanya ingin berjumpa sahaja, tak
sangka sumbangan diberi sehingga penuh satu lori.
 'Santa Claus' pun hanya beri satu hadiah sahaja. 
Terima kasih Sri Ternak.

Setiap hero PERKAP mendapat sumbangan hamper, 'angpow' dan voucher belian bernilai RM100. Hero sampai tidak tahu hendak ambil apa.




Hero PERKAP mendapat sumbangan 'Angpow'
dan voucher belian RM100 setiap seorang

Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang berada diatas rak. Hari ini adalah hari paling gembira buat hero semua.



Hero boleh memilih apa sahaja barangan yang disukai


Imad dan rakannya berdiskusi tentang apa barangan
yang ingin diambil

Syukur adalah hero paling disukai oleh kakitangan Sri Ternak kerana keletahnya yang comel.



Syukur bersama barangan yang diambil.


Hero sedang mengira barangan yang diambil


Sedang mengira barangan diambil dikaunter Sri Ternak


Faez bersama barangan yang diambil.


Saat ini adalah saat yang mereka tidak akan lupakan. Sumbangan yang diberi oleh Sri Ternak ibarat mimpi menjadi kenyataan buat mereka.



Bergambar kenangan bersama pemilik dan kakitangan
Sri Ternak


Sumbangan penuh satu lori.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan: