Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Sabtu, 16 Januari 2016

Korban Rambut

Korban Rambut


Version : B.Melayu / English







Minggu ini adalah minggu ke-2 persekolahan hero-hero , dan hari ini adalah hari mereka mengorbankan rambut (lagi) .

Setiap 2 minggu, hero-hero ini akan dipotong (dipendekkan) rambut supaya kelihatan kemas di sekolah.





Dikala anak-anak yang lain sibuk dengan trend masa kini menggayakan rambut pelbagai 'style' , hero-hero ini hanya dibenarkan berambut pendek sahaja.


Trend Rambut Masa Kini






Kami lakukan begini, supaya mereka hanya tumpukan kepada pelajaran sahaja. Bukan sibuk bergaya.





Nak berambut panjang boleh, tunggu habis sekolah nanti.



'Kecantikan Wanita Pada Wajah, Kecantikan LELAKI Pada AKALNYA'



Itu kami selalu pesan kepada mereka. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Nanti bila sudah dewasa, bantu orang lain yang memerlukan.

Selepas rambut mereka dipendekkan oleh Adan. Giliran mereka pulak pendekkan rambut Adan.


Zufar Lepas Geram.



Giliran Adan dibotakkan kepala.




Artikel & Link Berkaitan:

Ahad, 10 Januari 2016

Antara Makanan Yang Saya Gemari Ialah Masakan Nasi Goreng Uncle

Antara Makanan Yang Saya Gemari Ialah Masakan Nasi Goreng Uncle



Version : B.Melayu / English

Muhammad Nadznu Bin Zainuddin

Nama saya Muhammad Nadzmi Bin Zainuddin. Umur saya 15 tahun. Saya bersekolah di SMK Bukit Tinggi. Saya berasal dari karak, Pahang.


Nadzmi dan rakan-rakan sebelum naik bas ke sekolah


    Keistimewaan Perkap ini adalah kerana banyak terdapat aktiviti riadah yang menarik seperti bermain bola 'beracun' , bergotong royong dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Saya dapat merasai makanan yang enak dan berkhasiat.



Subway - sesi outing bersama hero-hero PERKAP



Antara makanan yg saya gemari ialah masakan nasi goreng Uncle dan minuman yang saya gemari adalah air kelapa pandan.



Nadzmi dan rakan-rakan keluar bersama membeli barang keperluan sekolah


Saya bersyukur dapat duduk di PERKAP ini kerana tempat tinggal yang bersih, selesa dan udara yang nyaman dan segar.


Saya akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat mambalas budi PERKAP. Jika tidak , saya akan dihantar pulang kepangkuan keluarga. 


Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 9 Januari 2016

Keistimewaan Duduk Di PERKAP Ini Adalah Makanannya Yang Sedap-Sedap

Keistimewaan Duduk Di PERKAP Ini Adalah Makanannya Yang Sedap-Sedap

Version : B.Melayu / English


Mohd Shahrizad Bin Mohd Fakharulzaman


Nama saya Mohd Shahrizad bin Mohd Fakharulzaman. Umur saya 13 tahun. Saya berasal dari Maran, Pahang. Saya bersekolah di SMK Bukit Tinggi.

Taklimat Kemasukan Baru Tingkatan 1 di SMK Bukit Tinggi


Izat sedang memilih buku teks untuk Tingkatan 1


Keistimewaan duduk di Perkap ini adalah makanannya yang sedap-sedap seperti sup kambing dan lain-lain lagi.

Suasana asrama Izat


Bekal nasi lemak menjadi kegemaran Izat dan rakan-rakan.

Selain itu, tempat di Perkap ini amat cantik dan nyaman. Sungai yang tenang dan tempat yang luas.
Kak Mona pandai memasak, masakannya sedap-sedap dan berkhasiat. Uncle seorang yang membuat suasana riang. Mummy juga pandai memasak seperti kak Mona.

Selain itu, mummy juga membawa kami pergi berjalan-jalan dan pergi makan di KFC dan Mcdonald. Abang Zul pula sentiasa mengajar kami Bahasa Inggeris dan menghiburkan. Abang Roni seorang yang tegas supaya kami dengar cakapnya.


Izat dan rakan-rakan bersolat jemaah. Rakan-rakan bersolat duduk adalah
rakan-rakan yang sedang pulih setelah berkhatan.


Akhir sekali, kami ingin belajar bersungguh-sungguh dan berdisiplin semasa berada di Perkap dan di sekolah supaya kami dapat membalas jasa baik mereka kepada kami.


IJAT


Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 8 Januari 2016

Pakaian Kami Sungguh Terjaga Bersih dan Diberi Tempat Tinggal Yang Selesa

Pakaian Kami Sungguh Terjaga Bersih dan Diberi Tempat Tinggal Yang Selesa

Version : B.Melayu / English


Muhammad Faez Haziq Bin Mohd Faharulzaman


Nama saya Muhammad Faez Haziq bin Mohd Fakharulzaman. Umur saya 15 tahun. Saya berasal dari Maran, Pahang. Saya bersekolah di SMK Bukit Tinggi.

Pandangan Faez tentang PERKAP

(sambungan)


Keistimewaan Perkap ini ialah terdapat banyak aktiviti yang menarik seperti riadah, bermain bola sepak dan bergotong royong.



Faez dan rakan-rakan membawa bekal
ke sekolah


Faez (kiri) bantu adiknya (Ijat) bersiap
ke sekolah

Selain itu , juga terdapat permainan seperti X-BOX dan karaoke. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng kampung dan minuman kegemaran saya ialah air milo.



Asrama Faez

Pakaian kami sungguh terjaga bersih dan diberi tempat tinggal yang selesa, luas dan yang paling penting dapat mempelajari hidup berdikari dan mendisplinkan diri.


Kiri; Mummy (Adeek) dan kak Mona

Pada pendapat saya Uncle ialah seorang yang berilmu pengetahuan . Mummy (Adeek) ialah seorang yang berdisiplin dan ada kalanya seorang yang tegas. Abang Zul pula seorang yang suka mengajar kami kearah pendidikan manakala abang Roni ialah panjaga kami yang peramah dan tegas orangnya. 

Selain itu kak Mona adalah seorang yang mencintai haiwan seperti kucing dan pandai memasak dan ianya sedap. Kak Nana pula ialah seorang yang baik hati kerana menolong kami membasuh baju dan pandai memasak.


Abg Zul

Faez sedang mengulangkaji pelajaran bersana rakan.


Oh, terlupa abg Zul (kak Mona) seorang yang rajin kerana selalu baiki motor karana tahu pasal motor.

Jasa yang saya akan buat kepada PERKAP ialah dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan berguna suatu hari nanti.


FAEZ



Artikel & Link Berkaitan: