Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Jumaat, 5 Februari 2016

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah

Rekreasi PERKAP : Belajar Asas Memanah



Faisal Bajrai mengajar asas posisi memanah yang betul
kepada hero-hero PERKAP


Faisal Bajrai atau lebih dikenali sebagai 'abah' oleh hero PERKAP, hari ini meluangkan masa untuk mengajar hero PERKAP tentang asas memanah.

Banyak perkara yang disampaikan, antaranya persediaan awal daripada segi dalaman dan luaran sebelum memanah.

Seorang pemanah perlu mempunyai dalaman yang kuat, supaya panahannya tepat ke sasaran.


Berdoa sebelum memulakan pelajaran



Posisi ketika memanah adalah penting, kerana posisi yang betul dapat mengelakkan kecederaan ketika memanah. Tenaga yang diperlukan untuk menarik alat memanah adalah seperti mengangkat beban yang berat.



Posisi memanah yang betul ketika memanah



Proses pengumpulan tenaga. Pemanah memerlukan
tenaga yang cukup sebelum memanah


Hari ini adalah hari pertama hero PERKAP belajar memanah, walaupun ia nampak mudah, ianya sangat penting. Banyak lagi yang akan dipelajari oleh mereka pada masa akan datang.

Proses ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, Faisal juga bercadang apabila hero ini sudah mahir nanti, mereka akan diajar untuk menunggang kuda pula.





Untuk mendapat sasaran yang tepat, seorang pemanah
perlu berada pada posisi yang betul.


Tujuan utama hero ini diajar memanah adalah, supaya mereka menjadi seorang yang berdisiplin kerana untuk menjadi pemanah yang hebat, seorang pemanah perlu memiliki disiplin yang sangat tinggi.


Hero PERKAP bersalaman dan berpelukan
sebelum bersurai.

Sebelum bersurai, hero PERKAP bersalaman dan berpelukan sebagai tanda terima kasih dengan ilmu yang bermanfaat yang telah diberi oleh 'abah' mereka.

Ilmu yang mereka peroleh pada hari ini ,  mereka tidak akan dapat dimana-mana, hanya Tuhan sahaja tahu akan nilainya.

Ilmu yang bermanfaat, adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada seluruh manusia kearah kebaikan.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 4 Februari 2016

Duniawi & Ukhrawi

Duniawi & Ukhrawi





Setiap hari (hari Isnin hingga Jumaat) pukul 8 malam, hero-hero akan mengaji bersama Ustazah Salmah. Ustazah Salmah bukan sahaja mengajar mengaji , tetapi beliau juga akan ajar tajwid, berzanji dan qasidah untuk hero ini.

Cara pengajaran Ustazah Salmah baik ; banyak ilmu yang diberikan disamping penyampaiannya jelas dan mudah faham.



Hero berdoa sebelum mula mengaji


Ustazah Salmah mengajar tajwid

Ustazah Salmah memberi pemahaman kepada
hero PERKAP


Setelah sesi mengaji selesai pada pukul 9 malam, hero-hero akan membuat 'revision' untuk subjek yang dipelajari di sekolah.



Dzoul mengajar untuk subjek Sains Tingkatan 3 (PT3)
dengan menggunakan projector

Hero-hero sedang memberi tumpuan.



Al-Quran & Sains tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua ilmu ini jika disatukan akan mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu ketika dahulu.

Semoga usaha kami ini memberi manfaat kepada hero-hero ini. Pada masa akan datang, mereka pula membantu mereka yang memerlukan. Dengan IzinNYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 3 Februari 2016

Hero Dapat Hadiah, Disiplin & Pelajaran Semakin Baik

Hero Dapat Hadiah, Disiplin & Pelajaran Semakin Baik


Syukur - mendapat gelaran
'CP - Cerdik Pandai' kerana
sentiasa mendapat prestasi 
baik dalam ujian mingguan

Prestasi pelajaran dan disiplin hero PERKAP semakin baik. Mereka telah dihadiahkan minyak wangi oleh Adeek, sebagai satu motivasi atas usaha mereka. Syukur Alhamdulillah.



Nadzmi - mendapat gelaran
'Nad USA' kerana baik dalam
bahasa Inggeris



Imad - mendapat gelaran
'Mr.Smart' kerana prestasi
baik dalam pelajaran

Irfan - gelaran 'Mr.Cool' kerana
pencapaian pelajran
yang konsisten



Zufar - gelaran 'Zack London' kerana
pemahaman yang baik
dalam B.Inggeris 



Ijat - dengan gelaran 'Ibnu Sina'
supaya beliau akan menjadi
cendekiawan satu hari nanti



Faiz - gelaran 'Professor' kerana
minat dengan matapelajaran
sains & matematik


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 1 Februari 2016

UJIAN MINGGUAN - Alhamdulillah Ada Peningkatan Pencapaian Pelajaran Hero

UJIAN MINGGUAN - Alhamdulillah Ada Peningkatan Pencapaian Pelajaran Hero



Adeek sedang memeriksa kertas ujian hero, Dzoul (duduk berbaju nerah)
sedang memberi pemahaman kepada Irfan. Zul (berbaju merah berdiri)
sedang memberi pemahaman kepada Faiz.





Irfan



Ujian Matematik Irfan




Ujian Mingguan MATEMATIK Irfan Tingkatan 3 PT3 - Markah : 13/15




Faiz



Ujian Matematik Faiz


Ujian Mingguan MATEMATIK Faiz Tingkatan 3 PT3 - Markah : 24/26



Syukur



Ujian Matematik Syukur - m/s 1

Ujian Matematik Syukur - m/s 2



Ujian Matematik Syukur - m/s 3





Ujian Mingguan MATEMATIK Syukur Darjah 4 - Markah : 35/36





Imad




Ujian Matematik Imad - ms 1


Ujian Matematik Imad - ms 2


Ujian Mingguan MATEMATIK Imad Tingkatan 5 SPM - Markah : 19/24

Ijat




Ujian Matematik Ijat - ms 1


Ujian Matematik Ijat - ms 2


Ujian Mingguan MATEMATIK Ijat Tingkatan 1 - Markah : 23/27




Nadzmi

Ujian Matematik Nadzmi - ms 1



Ujian Matematik Nadzmi - ms 2


Ujian Mingguan MATEMATIK Nadzmi Tingkatan 2 - Markah : 17/27




Zufar

Ujian Matematik Zufar - ms 1

Ujian Mingguan MATEMATIK Zufar Tingkatan 3 PT3  - Markah : 9/13


Laporan ringkas pencapaian hero PERKAP :

1. Syukur (Darjah 4) - mendapat pencapaian TERBAIK dalam setiap kali ujian diberi terutama dalam matapelajaran Matematik. Syukur telah mendapat HADIAH RM100 daripada pihak kami untuk diberikan kepada keluarganya.

Hadiah RM100 kepada Bapa Syukur. Setiap minggu
pelajar yang terbaik akan mendapat RM100 untuk
diberi kepada keluarga masing-masing.


2. Faiz (Tingkatan 3 - PT3) - Faiz ada peningkatan dalam matapelajaran. Beliau minat subjek Sains dan Matematik. Perbanyakkan lagi latihan supaya lebih mahir dan faham.

3. Irfan (Tingkatan 3 - PT3) - Irfan juga ada peningkatan. Perlu lebih kreatif terutama soalan berbentuk masalah. Lihat soalan pelbagai sudut supaya mudah menjawab soalan. Secara keseluruhan adalah baik.


Setiap minggu mereka akan diberikan ujian.

4. Imad (Tingkatan 5 - SPM) - Tahap pemahaman Imad setakat ini dalam subjek Matematik adalah baik. Cuma perlu menjawab soalan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku 'careless mistake' . 

5. Nadzmi (Tingkatan 2) - Tingkatkan usaha. Perlu perbanyakkan latihan untuk perbaiki tahap pemahaman. Jika dibandingkan pencapaian sebelum ini, Nadzmi dapat memahami subjek Matematik lebih baik daripada sebelum ini. Tingkatkan usaha.

6. Ijat (Tingkatan 1) - Ijat dapat menguasai subjek Matematik dengan baik. Cuma perlu lebih teliti dalam memahami soalan. 




7. Zufar (Tingkatan 3 - PT3) - Pencapaian Zufar lebih baik daripada sebelum ini. Perlu lebihkan usaha dan perbanyakkan latihan supaya mendapat keputusan yang lebih baik.

Secara keseluruhan pencapaian hero-hero ini sangat memberansangkan. Tingkatkan usaha.






Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan: