Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
• Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Sabtu, 9 Januari 2016

Keistimewaan Duduk Di PERKAP Ini Adalah Makanannya Yang Sedap-Sedap

Keistimewaan Duduk Di PERKAP Ini Adalah Makanannya Yang Sedap-Sedap

Version : B.Melayu / English


Mohd Shahrizad Bin Mohd Fakharulzaman


Nama saya Mohd Shahrizad bin Mohd Fakharulzaman. Umur saya 13 tahun. Saya berasal dari Maran, Pahang. Saya bersekolah di SMK Bukit Tinggi.

Taklimat Kemasukan Baru Tingkatan 1 di SMK Bukit Tinggi


Izat sedang memilih buku teks untuk Tingkatan 1


Keistimewaan duduk di Perkap ini adalah makanannya yang sedap-sedap seperti sup kambing dan lain-lain lagi.

Suasana asrama Izat


Bekal nasi lemak menjadi kegemaran Izat dan rakan-rakan.

Selain itu, tempat di Perkap ini amat cantik dan nyaman. Sungai yang tenang dan tempat yang luas.
Kak Mona pandai memasak, masakannya sedap-sedap dan berkhasiat. Uncle seorang yang membuat suasana riang. Mummy juga pandai memasak seperti kak Mona.

Selain itu, mummy juga membawa kami pergi berjalan-jalan dan pergi makan di KFC dan Mcdonald. Abang Zul pula sentiasa mengajar kami Bahasa Inggeris dan menghiburkan. Abang Roni seorang yang tegas supaya kami dengar cakapnya.


Izat dan rakan-rakan bersolat jemaah. Rakan-rakan bersolat duduk adalah
rakan-rakan yang sedang pulih setelah berkhatan.


Akhir sekali, kami ingin belajar bersungguh-sungguh dan berdisiplin semasa berada di Perkap dan di sekolah supaya kami dapat membalas jasa baik mereka kepada kami.


IJAT


Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 8 Januari 2016

Pakaian Kami Sungguh Terjaga Bersih dan Diberi Tempat Tinggal Yang Selesa

Pakaian Kami Sungguh Terjaga Bersih dan Diberi Tempat Tinggal Yang Selesa

Version : B.Melayu / English


Muhammad Faez Haziq Bin Mohd Faharulzaman


Nama saya Muhammad Faez Haziq bin Mohd Fakharulzaman. Umur saya 15 tahun. Saya berasal dari Maran, Pahang. Saya bersekolah di SMK Bukit Tinggi.

Pandangan Faez tentang PERKAP

(sambungan)


Keistimewaan Perkap ini ialah terdapat banyak aktiviti yang menarik seperti riadah, bermain bola sepak dan bergotong royong.



Faez dan rakan-rakan membawa bekal
ke sekolah


Faez (kiri) bantu adiknya (Ijat) bersiap
ke sekolah

Selain itu , juga terdapat permainan seperti X-BOX dan karaoke. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng kampung dan minuman kegemaran saya ialah air milo.



Asrama Faez

Pakaian kami sungguh terjaga bersih dan diberi tempat tinggal yang selesa, luas dan yang paling penting dapat mempelajari hidup berdikari dan mendisplinkan diri.


Kiri; Mummy (Adeek) dan kak Mona

Pada pendapat saya Uncle ialah seorang yang berilmu pengetahuan . Mummy (Adeek) ialah seorang yang berdisiplin dan ada kalanya seorang yang tegas. Abang Zul pula seorang yang suka mengajar kami kearah pendidikan manakala abang Roni ialah panjaga kami yang peramah dan tegas orangnya. 

Selain itu kak Mona adalah seorang yang mencintai haiwan seperti kucing dan pandai memasak dan ianya sedap. Kak Nana pula ialah seorang yang baik hati kerana menolong kami membasuh baju dan pandai memasak.


Abg Zul

Faez sedang mengulangkaji pelajaran bersana rakan.


Oh, terlupa abg Zul (kak Mona) seorang yang rajin kerana selalu baiki motor karana tahu pasal motor.

Jasa yang saya akan buat kepada PERKAP ialah dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan berguna suatu hari nanti.


FAEZ



Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 7 Januari 2016

Saya Akan Belajar Dan Memberi Keputusan Pelajaran Yang Baik Dalam Matapelajaran.

Saya Akan Belajar Dan Memberi Keputusan Pelajaran Yang Baik Dalam Matapelajaran. 

Version : B.Melayu / English


Muhammad Zufar Bin Shamsuddin


Nama saya Muhammad Zufar bin Shamsuddin. Umur saya 15 tahun. Saya berasal dari Selangor. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.


Pendapat Zufar tentang PERKAP


Saya suka duduk di perkap kerana boleh karaoke pada masa lapang dan boleh bermain XBOX. Makanan di Perkap ‘best’. Makanan yang saya suka ialah sup tulang.




Ruangan Karaoke - ruangan anak-anak selepas selesai
sesi ulangkaji pelajaran

Ruangan 'Game' - ruangan untuk anak-anak release tension
selepas ulangkaji pelajaran


Keadaan persekitaran di Perkap sungguh dingin, luas dan cantik. Bilik tidur saya saya selesa dan nyaman bila waktu malam. Bilik dihias dengan kain berwarna ungu dan putih yang dihias oleh kak Mona.


Bilik Dihias dengan kain ungu dan putih


Bilik dihias dengan kain kuning

Kak Mona pandai masak. Masakannya enak-enak semuanya. Mumy pula suka membawa kami berjalan-jalan dan membawa kami makan ketempat yang menarik seperti KFC, Mcdonalds dan banyak tempat lagi. Uncle seorang yang garang tapi penyayang. Abg Zul seorang yang mendidik kearah pelajaran seperti bahasa Inggeris dan menyuruh kami supaya minat membaca. Abang Roni seorang yang periang dan seorang warden kami yang tegas.






Zufar dan hero yang lain diminta melukis apa yang ada
didalam minda.



Zufar dan hero yang lain berdoa sebelum memulakan
sesi motivasi bersama Fauziah Latif

Setelah keistimewaan yang diberi, saya akan belajar dan memberi keputusan pelajaran yang baik dalam mata pelajaran.


Kalau keputusan pelajaran tidak baik, saya akan diberi peluang hanya 2 kali sahaja , jika tidak saya akan dihantar pulang ke pangkuan keluarga.


Yang Benar,
ZUFAR





Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Facebook : https://www.facebook.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 6 Januari 2016

“Kami Semua Menanam Pokok Yang Disiram, Dibaja Serta Menjaganya Dengan Baik Sekali. Hasilnya Mestilah Mendapat Buah Yang Enak Dan Sedap.”

“Kami Semua Menanam Pokok Yang Disiram, Dibaja Serta Menjaganya Dengan Baik Sekali. Hasilnya Mestilah Mendapat Buah Yang Enak Dan Sedap.”



Version : B.Melayu / English


Muhammad Imad Adili Bin Mohd Marzuki

Sebelum saya menceritakan kenapa saya memilih PERKAP. Nama saya Muhammad Imad Adili Bin Mohamed Marzuki, berumur 17 tahun. Saya tinggal di Kampung Tok Muda Haji Muhammad, Karak.



Pendapat Imad tentang PERKAP





(sambungan)

Pertama sekali mengapa saya memilih PERKAP adalah ramai orang yang dapat mengajar saya. Disini ada yang berpengalaman dalam bidang eletrik, perpaipan, komputer, motosikal berkuasa tinggi, pendidikan dan lain-lain lagi.


Kiri; Abang Effendee bergambar kenangan di pejabat PERKAP

Saya teringat kata-kata abang Fendi selaku mentor PERKAP, kata beliau “kami semua menanam pokok yang disiram, dibaja serta menjaganya dengan baik sekali. Hasilnya mestilah mendapat buah yang enak dan sedap.” Itu yang membuatkan niat untuk belajar semakin hari semakin ingin menambah ilmu.


Sesi bergambar kenangan di dalam bilik asrama bersama
Datuk Reezal Merican , Timbalan Menteri Luar Malaysia

Disamping itu, cita-cita untuk menjadi seorang pegawai daerah, telah diberikan semangat oleh mentor-mentor PERKAP ini. Antaranya, ialah timbalan menteri luar negara Datuk Seri Reezal Merican, penyanyi tersohor Malaysia Fauziah Latif (Umi Gee), Steve Jobs Malaysia Habib Al Attas, dan bekas mejar tentera udara diraja Malaysia Effendee Atan.
Sekarang saya hanya perlu menuju kearah cita-cita sahaja.

Imad dan hero-hero PERKAP yang
lain diberi bekal untuk memastikan
kebersihan dan kesihatan makanan
terjaga
Setiap hari menu berbeza-beza dan sentiasa berkhasiat memastikan
hero-hero sentiasa bertenaga untuk ke sekolah.

Sesi makan bersama menjadi budaya di PERKAP.
"kita adalah apa yang kita makan" setiap waktu makan, pelajar
akan duduk makan bersama.

Waktu 'outing' bersama pengurusan PERKAP sentiasa dinantikan oleh
hero-hero PERKAP


Bersarapan bersama dengan menu disediakan oleh Mona

Akhir sekali, saya akan mencuba sedaya upaya untuk berjaya dalam SPM 2016. Saya akan membuat hati semua orang gembira dengan keputusan saya nanti.
Orang selalu berkata dimulut sahaja, tetapi saya akan membuat dengan perbuatan sekali.
Terima kasih Uncle dan semua yang sudi membantu.

Yang Benar,
IMAD




 Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan: