Hero PERKAP Menghadiri Kursus Pembenihan Dan Asuhan Ikan Tilapia
|
Hero PERKAP bergambar kenangan dengan tenaga pengajar di PPA Bukit Tinggi Bentong Pahang, En. Marzuki (dua dari kiri, belakang) dan En Roslan |
Alhamdulillah, hari ini 15 Disember 2016 , hero PERKAP tamat kursus pembenihan dan asuhan ikan Tilapia yang diadakan selama 3 hari, dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Daerah Bentong , Pahang.
Terima kasih tidak terhingga kepada En Marzuki, En. Zamri, En Roslan dan rakan-rakan daripada PPA Bukit Tinggi, Bentong, Pahang yang telah mencurahkan ilmu kepada kami selama kami berada disini.
Layanan mesra dan keikhlasan tuan-tuan sekalian mencurahkan ilmu, hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
Terima kasih juga kepada En.Musa , Ketua Perikanan Daerah Bentong, Pahang yang telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menyertai kursus pembenihan dan asuhan ikan Tilapia.
Selama kami berada disini kami telah mempelajari:
1. Penggredan Ikan
|
Hero PERKAP sedang memasang jaring Hapa untuk penggredan ikan |
|
Hero PERKAP sedang mendengar penerangan cara menggredkan ikan menggunakan bekas yang disediakan |
|
Hero PERKAP Ijat sedang melakukan penggredan ikan mengikut size bekas yang telah diubahsuai mengikut size ikan yang dikehendaki |
|
Size benih ikan terbahagi kepada TIGA - 1/2 inci , 1 inci, 2 inci, size melebihi 2 inci. |
2. 'Packing' / Pembungkusan Pengagihan Ikan Kepada Pemohon Benih Ikan Tilapia
|
Hero PERKAP sedang menarik jaring Hapa untuk pengagihan benih ikan Tilapia kepada pemohon serata Malaysia |
|
Faiz sedang melihat cara pengagihan benih ikan Tilapia dilakukan |
|
Hero PERKAP Faiz sedang mempelajari cara pembungkusan benih ikan Tilapia untuk diagihkan kepada pemohon |
|
Dalam sebulan , lebih kurang 100,000 benih ikan Tilapia diagihkan kepada pemohon serata Malaysia |
3. Mengenal Pasti Jantina Ikan Tilapia
|
En Marzuki sedang memberi penerangan cara mengenalpasti jantina ikan Tilapia sambil diperhatikan oleh hero PERKAP Nadzmi dan En Khairul |
4. Rawatan Ikan
|
Garam juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan stress ikan dan rawatan luka mengikut nisbah yang disyorkan. |
|
Rawatan ikan menggunakan 'Acry Flaving' |
5. Cara Pengiraan Nisbah Untuk Pemberikan Makan Ikan
|
En. Marzuki sedang memberi penerangan cara pengiraan pemberian makan kepada ikan.
|
|
Hero PERKAP Ijat bersedia untuk memberi makan ikan mengikut pengiraan yang disyorkan |
|
Hero PERKAP Faiz sedang memberi makan anak ikan Tilapia (Rega) . Makanan yang diberikan adalah jenis serbuk dan ianya mengandungi 40% protein untuk membantu tumbesaran ikan |
|
Hero PERKAP Nadzmi sedang memberi makan ikan jenis pelet yang mengandungi 30% protein |
|
Faiz Sedang memberi makan ikan di kolam yang terdapat di PPA Bukit Tinggi, Bentong, Pahang |
6. Mengurus Kolam Ikan (Induk) Untuk Tujuan Pembenihan Ikan
|
Hero PERKAP Irfan sedang memindahkan ikan Tilapia (induk) dewasa untuk tujuan pembersihan kolam |
|
Hero PERKAP sedang membersihkan kolam ikan Tilapia (induk). |
|
Kolam ikan induk siap dibersihkan |
|
Air sungai dan 'Alpha Tiub - tiub oksigen' dimasukkan semula kedalam kolam sebelum ikan induk Tilapia dimasukkan semula |
|
Induk Tilapia dimasukkan semula kedalam kolam dan diberikan ubat rawatan ikan. Nisbah induk adalah 1 ekor ikan jantan : 3 ekor ikan betina. |
Semoga ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan oleh hero PERKAP.
Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama
Artikel & Link Berkaitan:
Hero PERKAP Menghadiri Kursus Pembenihan Dan Asuhan Ikan Tilapia