Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Ahad, 9 Oktober 2016

Adakah Hero PERKAP bakal memecah rekod Malaysia atau rekod dunia?

Adakah Hero PERKAP bakal memecah rekod Malaysia atau rekod dunia?



Tanaman fertigasi hero PERKAP.



Pertanian adalah industri yang kurang diceburi oleh dikalangan 'orang kita'.

Jika ditanya adakah wang yang semakin susut nilainya semakin bernilai? atau makanan yang lebih bernilai? 

Inilah kesedaran yang kami berikan kepada hero-hero, ilmu yang diberi adalah sebagai persediaan awal menempuhi 10 tahun mendatang.


Dulang semaian tanaman & polibeg tanaman untuk tanaman fertigasi.

Sejujurnya kami masih lagi dalam proses pembelajaran. Berkat nasihat daripada mereka yang lebih arif dalam bidang ini, kami menghasilkan formula baja kami sendiri.

Hero-hero di PERKAP mempunyai matlamat mereka sendiri, iaitu ingin menghasilkan hasil tanaman yang terbesar. Adakah tanaman yang ditanam hero PERKAP bakal mencatat sejarah di Malaysia atau dunia nanti? 

Untuk tanaman hero PERKAP, mereka tidak menggunakan 'top-soil' atau tanah bakar yang lazimnya digunakan oleh para petani. Mereka hanya menggunakan tanah liat dan pasir sahaja untuk tanaman mereka.

Dengan izin-NYA, hasil ini kita akan dapat lihat dalam masa 3 bulan lagi.



Hero PERKAP menghasilkan bendi sepanjang 8 inci
pada 8 Oktober 2016.

Pada sekitar September 2012, seorang pemuda berumur 39 tahun dikenali sebagai Sudhish Kumar berasal dari India yang menetap di Dubai, secara tidak sengaja menghasilkan bendi yang terpanjang didunia pada ketika itu. 

Bendi yang hanya ditanam di kawasan kecil di belakang rumahnya, telah menghasilkan bendi sepanjang 16.5 inci dan secara tidak lansung telah memecahkan rekod bendi terpanjang sebelum itu iaitu sepanjang 13.5 inci yang ditanam oleh seorang pemuda dari Singapura.


Sudhis Kumar menghasilkan bendi sepanjang 16.5 inci.
Bendi terpanjang pada tahun 2012

Pada tahun 2014 pula, tanpa disangka-sangka rakyat tempatan di Malaysia berumur 65 tahun dikenali sebagai Koay Swee Beng, berasal daripada Tanjung Bungah, Pulau Pinang berjaya menanam bendi sepanjang 18 inci. Ini adalah rekod dunia terpanjang buat masa ini.


Koay Swee Beng, 65 berasal daripada Tanjung Bungah berjaya menanam
bendi sepanjang 18 inci.

"Saya mendapati rekod bendi terpanjang adalah 16.5 inci yang ditanam oleh pemuda dari Sharjah, Arab Saudi. Pada keesokkan hari bendi yang saya tanam tumbuh sepanjang 16.2 inci dan pada petangnya menjadi 17 inci. Saya memeriksa 2 hari kemudian, bendi yang ditanam tumbuh sepanjang 18 inci dan ia berhenti tumbuh setakat itu sahaja" lapor Koay Swee Beng kepada akhbar The Star

"Lazimnya bendi hanya tumbuh sekitar 8 hingga 11 inci sahaja" ujar Koay Swee Beng kepada wartawan The Star


Adakah hero PERKAP bakal memecah rekod nanti?

Semoga cita-cita hero PERKAP memecah rekod Malaysia atau dunia tercapai.


Mungkin anda mampu merealisasikan niat mereka.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: