Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Isnin, 29 Februari 2016

Imad Mendapat Prestasi Pelajaran Terbaik Bulan FEBRUARI 2016


Imad Mendapat Prestasi Pelajaran Terbaik Bulan FEBRUARI 2016





Muhammad Imad Adili - mendapat
prestasi terbaik FEBRUARI 2016


Tahniah kepada Imad kerana mendapat prestasi TERBAIK untuk bulan FEBRUARI 2016.



RM100 dihadiahkan kepada bapa Imad kerana Imad
mendapat prestasi TERBAIK untuk bulan Februari 2016






Pada bulan Januari 2016, Syukur telah mendapat prestasi terbaik.



Muhammad Syukur Hafiz
Bin Azmi



Hadiah Pencapaian Terbaik Syukur pada
bulan JANUARI 2016


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 27 Februari 2016

Rekreasi PERKAP : Belajar Memanah (Sesi 3)



Rekreasi PERKAP : Belajar Memanah (Sesi 3)

Hero PERKAP bersama sifu-sifu memanah mereka.

26 Februari 2016 adalah sesi ketiga bagi hero mempelajari ilmu memanah. Pencapaian hero semakin baik daripada satu sesi ke satu sesi.


Membaca doa sebelum pembelajaran dimulakan

Faisal Bajrai adalah guru memanah terlatih, telah membelanjakan sekitar RM5,000 untuk peralatan memanah ini, supaya hero-hero ini dapat belajar sehingga mahir pada satu hari nanti.



Persediaan peralatan sebelum pembelajaran dimulakan


Seunit busar berharga sekitar RM 400-500 dan seunit anak panah berharga sekitar RM28 bukanlah satu perbelanjaan yang kecil.



Bro Faisal menunjuk ajar Syukur cara memanah dengan tepat


Bagi bro Faisal, bukan wang Ringgit sebagai ukuran. Ini adalah sumbangan jariah daripadanya agar ilmu ini menjadi manfaat kepada hero-hero.



Pencapaian hero semakin baik daripada satu sesi ke satu sesi


Sekiranya anda beminat untuk belajar memanah, Bro Faisal juga ada mengadakan kelas memanah. Yuran yang dikenakan sebanyak RM30 satu sesi untuk 1 jam (terdapat 12 sesi).




Imad



Faiz


Nadzmi


Zufar




Irfan


Ijat


Syukur



Akmal

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi beliau ditalian 019 299 0274



"A SINGLE arrow is easily BROKEN,
but MANY arrows are INDESTRUCTIBLE" - Genghis Khan


Saksikan video latihan memanah (sesi 3) hero dengan klik video dibawah.








Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:

Khamis, 25 Februari 2016

Semoga Rohnya Ditempat Dikalangan Mereka Yang Beriman

Semoga Rohnya Ditempat Dikalangan Mereka Yang Beriman



Hero PERKAP diketuai oleh Imad,
membacakan Surah Yassin disisi jenazah bapa
kepada Siti Nadhirah (Naib Pengerusi PERKAP)


Tanggal 23 Februari 2016 (Selasa) sekitar 8 malam, bapa kepada Siti Nadhirah (Naib Pengerusi PERKAP) telah menghembuskan nafas terakhir.

Semoga roh bapanya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.



Siti Nadhirah memberi penghormatan
terakhir dipusara bapanya.



Hero membacakan surah Yassin dipusara Allahyarham




Bergambar kenangan dirumah keluarga Siti Nadhirah
ketika selesai majlis tahlil.


Al-Fatihah...



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Ahad, 21 Februari 2016

Satu Penjelasan Tentang PERKAP (Part 1)

Satu Penjelasan Tentang PERKAP (Part 1)


Unceseekers
'Mastermind' PERKAP.

Ilmu yang dikurniakan Tuhan,
beliau mencari punca pendapatan
untuk PERKAP (anak yatim dan
pihak pengurusan)


Akaun Bank

Dari mula  PERKAP ditubuhkan bulan September 2015 sampai sekarang duit dalam akaun bank RHB sebanyak RM3,000 (wang dimasukkan untuk membuka pertubuhan) langsung tak bertambah atau berkurangan sehingga hari ini



Tajaan makanan, pakaian, peralatan sukan dan lain-lain :

Sesiapa saja yang nak buat kebaikan samada meja, kerusi, kasut, pakaian, jubah, kopiah atau apa saja
kepada hero-hero PERKAP :


1.   Mereka akan terus bayar kepada pembuat (tukang jahit, tukang buat capal dan lain-lain).



Baju yang ditempah, akan dibayar terus kepada pembuat (tukang jahit, tukang
buat capal dan lain-lain).

Hero ini memakai baju Melayu ala pendekar kerana dijemput oleh saudara
Radzi (Merah Silu) untuk memeriahkan majlis.
  

2.   Mereka akan bawa anak-anak ini ketempat pakaian atau kasut untuk anak-anak ini sendiri yang memilihnya seperti Fauziah Latif dan Tuan Azizan


Tuan Harlizan membawa dan membeli kasut kepada
hero PERKAP. Hero memilih kasut apa yang mereka suka.



3.   Tajaan makanan :


a) Voucher RM100, Hamper dan angpau diberikan terus kepada anak-anak ini. Tiada seorang pun dari pihak pengurusan PERKAP yang menerima tajaan dari Sri Ternak.



Sri Ternak memberi sumbangan  'angpow' dan voucher RM100 setiap seorang.
Tiada seorang pihak pengurusan PERKAP menerima tajaan Sri Ternak



Sri Termak memberi sumbangan hamper dan makanan kepada hero
PERKAP

b)    Minuman petang (kuih,  kuey teow, karipap dan lain-lain) setiap hari Jumaat yang diberi oleh empunya Saufiville sememangnya dimasak lebih oleh beliau untuk anak-anak dan juga kami atas dasar kemanusian.

c)     Daging kambing yang diberikan oleh saudara Abdullah juga diberikan kepada PERKAP sekiranya terdapat hajat pelanggan yang membeli kambing darinya.

d)    Buah-buahan yang diberikan buat pertama kali diberikan oleh brader Fini dari Saufiville juga bukan PERKAP yang minta.

e)     Enam tin sardin dan sepeket kecil milo yang diterima hari ini kami juga tidak tahu siapa pemberinya.

f)      Sumbangan kerusi meja dari ibu angkat (Puan Rehan) anak-anak ini dibeli sendiri oleh beliau. Tugas kami hanya datang ambil di Ikea Damansara dan pasang disini.


Roni mengangkat sumbangan kerusi dan meja daripada Puan Norehan
di IKEA Damansara.


Memasang kerusi yang disumbangkan untuk kegunaan pembelajaran hero.

g) Aktiviti memanah , motivasi dan lain-lain adalah inisiatif daripada mentor-mentor mereka. Tiada sebarang yuran yang dikenakan oleh mereka.



Sumbangan Wang Ringgit

Sehingga hari ini tiada sesiapa dikalangan individu atau korporat yang memberi sumbangan wang ringgit SETIAP bulan kepada PERKAP.

Sumber kewangan PERKAP:

a) Saudara Effendee Atan telah buka satu akaun di ROBOFOREX dengan margin sebanyak USD5,000. Semua keuntungan hasil trade adalah untuk PERKAP.




Saudara Effendee Atan



Margin (modal) USD5,000 diberikan oleh saudara Effendee Atan
sejak daripada bulan Disember 2015. Keuntungan bersih sekitar
USD1,500 hingga USD2,000 (RM6,000 - RM8,000 sebulan - 
20% hingga 40% keuntungan konsisten) ,
di-'trade' oleh Uncleseekers menjadi punca pendapatan untuk
menyara perbelanjaan PERKAP

MarshallFX - akaun yang diberi oleh Effendee Atan untuk di-'trade' oleh
Uncleseekers pernah mendapat #1 didalam dunia. Akaun yang Uncle trade sentiasa
mendapat 'Top 20' dalam CopyFx.


Alhamdulillah, ilmu laduni Forex yang Allah berikan kepada Uncleseekers dapat membantu perbelanjaan PERKAP.   


b) Saudara Azman Mustafa selaku pengerusi telah buka satu akaun di GAFX dengan margin USD30,000. Keuntungannya dibahagi DUA dengan PERKAP


Setiap kebaikan yang diberikan samada dalam bentuk wang ringgit dan makan minum, penyumbang sendiri memberi KEBENARAN untuk beri kepada pihak pengurusan menguruskannya secara bijaksana. Syukur rahmat, tiada kezaliman yang dilakukan keatas harta anak-anak ini.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. (Surah An-Nisa Ayat 10)

Keuntungan yang diperoleh daripada Forex setiap bulan tidaklah mewah tapi cukuplah untuk keperluan.

Kami sangat berbangga sehingga hari ini kami tidak pernah merayu, menipu atau meminta sedekah untuk makan minum disini dan bil bulanan.

Dengan kehendakNYA sebelum hujung tahun ini atau lebih awal, PERKAP akan berpindah ketempat yang baru apabila semuanya selesai...



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan: