Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Isnin, 7 November 2016

Formula Baja Besarkan Buah - Buahan Akan Diberikan Secara PERCUMA

Formula Baja Besarkan Buah - Buahan Akan Diberikan Secara PERCUMA

Cili Padi Thailand disiram menggunakan baja Formula C menghasilkan buah
yang lebat



Alhamdulillah usaha hero-hero PERKAP selama ini telahpun membuahkan hasil. 

Pokok cili padi Thailand ini ditanam daripada peringkat benih sehinggalah ia menghasilkan buah menggunakan baja formula tersendiri yang diadun oleh hero PERKAP sendiri secara organik.


Cili Padi Thailand disiram menggunakan baja formula B menghasilkan
cili yang besar


Usaha sebegini bukanlah suatu perkara baru bagi para antusias tanaman organik, ia merupakan satu usaha pendidikan daripada pihak kami agar hero-hero ini memiliki ilmu yang boleh diguna pakai oleh mereka pada suatu hari nanti.

Kami bukanlah yang terbaik, tetapi kami sentiasa memberi yang terbaik untuk masa hadapan mereka.




Cili Padi Thailand ditanam secara
fertigasi, Pada awalnya pokok
ini dibaja menggunakan baja
Formula C

Secara sukacitanya kami ingin memaklumkan, formula baja untuk membesarkan tanaman jenis buah ini akan diberikan secara PERCUMA kepada anda yang betul-betul BERMINAT sahaja.

Kami akan kongsikan formula baja ini setelah kami tercatat di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) nanti.



Catatan harian hero PERKAP yang
perlu dicatat dipapan putih

Pancang buluh yang dibina oleh hero
PERKAP untuk tanaman jenis berpaut


Semoga usaha kami memberi manfaat kepada diri dan kepada semua.

Kami ingin menjemput anda yang memiliki kepakaran dan ilmu untuk turut sama menyumbang ilmu untuk kebaikan hero-hero PERKAP.

Sumbangan ilmu dan kepakaran kalian kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nikmatnya pasti kita rasai pada suatu hari nanti kerana itulah janji-NYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Tiada ulasan :

Catat Ulasan