Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 31 Disember 2015

Inspirasi PERKAP : Datuk Seri Reezal Merican Melawat 'Hero-Hero'

Inspirasi PERKAP : Datuk Seri Reezal Merican Melawat 'Hero-Hero'


Version : B.Melayu / English






Seawal 5.30 pagi hero-hero ini sudah bangun memulakan hari baru mereka. Zufar yang dilantik sebagai ketua mula mengejut rakan-rakan untuk menunaikan solat Subuh.

Tugas sebagai seorang ketua mula dilantik oleh Fauziah Latif (Umi Gee) kepada Zufar ketika sesi motivasi yang pertama dibuat oleh beliau.

Jawatan ini akan diganti kepada yang lain supaya semua dapat dilatih menjadi seorang pemimpin dan menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Setelah selesai solat Subuh, hero-hero ini menjalankan rutin harian yang telah diberi.

Rutin hero-hero selesai dalam lebih kurang pukul 8.30am.

Hero-hero kemudiannya dibawa ke sekolah oleh Dzoul untuk membeli buku sekolah dan mendaftar kemasukan baru tingkatan 1 Izat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.



Sesi taklimat kemasukan baru tingkatan 1 Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Mohd Shahrizad (Izat) , 13 tahun berstatus yatim


Sesi bermula dengan taklimat oleh guru sekolah. Guru menerangkan hal-hal berkaitan sekolah . Sesi pendaftaran bermula pada pukul 10 pagi.


Pengambilan buku teks tingkatan 1

Semua urusan persekolahan hero-hero ini selesai dalam lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Setelah selesai, hero-hero dibawa pulang ke asrama mereka semula kerana ingin membuat persediaan ketibaan Datuk Seri Reezal Merican selaku Timbalan Menteri Luar Malaysia untuk melawat hero-hero PERKAP.


Tiada yang lebih berharga daripada sebuah KASIH SAYANG.

Datuk Seri Reezal tiba lebih kurang 12.30 tengahari disambut mesra oleh hero-hero ini. Banyak nasihat yang telah diberi oleh Datuk Seri kepada hero-hero ini ,  supaya menjadi panduan hidup anak-anak ini pada masa akan datang.

Kasih-sayang tergambar ketika Datuk Seri bersama hero-hero PERKAP. Berjalan berpimpin tangan sambil berbual mesra seperti seorang bapa, kasih inilah yang sentiasa didambakan oleh anak-anak ini.



Tergambar kasih seorang bapa.

Itulah yang dimaksudkan dengan 'Love & Compassion' (sayang dan belas kasih) seperti tagline PERKAP supaya kita manusia sentiasa sayang-menyayangi dan mempunyai sifat ihsan sesama manusia kerana dengan sifat inilah kita tergolong antara makhluk TERBAIK disisiNYA.


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat 
kebaikkan kepada seramai-ramai manusia


"Tetapi orang-orang beriman dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah yang TERBAIK daripada makhluk-makhluk" (Al Bayyinah Ayat 7)


"pelaburan sesama manusia adalah yang terbaik..ini adalah kunci rahsia rezeki..." nasihat Tuan Harlizan (ahli koporat internasional) kepada kami yang menjadi mentor dan motivator PERKAP

Azan Zohor mula berkumandang, hero-hero ini kebiasaannya akan menunaikan solat Zohor berjemaah sesama mereka. Itu yang sentiasa kami titik-beratkan supaya sentiasa berjemaah.


Buat apa pun mesti berjemaah baru hidup boleh berjaya

Buat apa pun mesti berjemaah baru hidup boleh berjaya. Tiada seorang pun dalam dunia ini kejayaannya disebabkan hasil seorang diri, pasti ada orang disekeliling yang turut sama membantu.

Sebelum Datuk Seri Reezal Merican meninggalkan tempat kami, hero-hero sempat bergambar kenangan bersama.


Sesi makan bersama Datuk Seri Reezal Merican



Dari kiri : Izat, Ifran, Syukur dan Imad bergambar kenangan bersama
Datuk Seri Reezal Merican


Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh hero-hero ini sampai bila-bila adalah apabila mereka dapat menerima dan memberi kasih-sayang yang ikhlas daripada hati.

Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.





Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 25 Disember 2015

Inspirasi PERKAP - Sesi Motivasi Bersama Fauziah Latif

Inspirasi PERKAP - Sesi Motivasi Bersama Fauziah Latif


Version : B.Melayu / English

Fauziah Latif ketika sesi motivasi bersama 'hero-hero' PERKAP

Pada hari Selasa yang lepas Fauziah Latif penyanyi dan selebriti Malaysia yang terkenal menziarahi lagi anak-anak PERKAP untuk memberi motivasi sebelum 'hero-hero' PERKAP kembali ke sekolah semula tidak lama lagi.

Banyak pengisian yang telah diberi oleh Umi Gee (Fauziah Latif) . Salah satunya adalah supaya 'hero-hero' ini memiliki disiplin yang tinggi dan sentiasa mengutamakan pelajaran.


Sesi 'Public Speaking'

Sesi yang diberi sangat ringkas dan padat. Mereka diajar 'public speaking' supaya memiliki keyakinan dan keberanian bila berhadapan dengan orang ramai.

Pelbagai lagi sesi pendidikan yang bakal diadakan pada masa akan datang oleh Fauziah Latif dan Tuan Fendi bersama rakan-rakan yang lain, untuk mendidik 'hero-hero' ini supaya mereka menjadi seorang yang berjaya, berani dan berdisiplin dalam hidup.

Kami akan sentiasa memantau 'hero-hero' ini daripada semua aspek terutama pendidikan , supaya menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka diluar sana.


'Hero-hero' diberi tugasan oleh Fauziah Latif (Umi Gee)

Tugas kebajikan bukan memberi makan minum dan keperluan harian sahaja. Tetapi, ia merangkumi daripada aspek pendidikan dan pembinaan insan itu sendiri.

Kami akan sentiasa memberi perkembangan 'hero-hero' ini dari masa ke semasa.

Semoga usaha ini akan mendapat sokongan anda semua.



Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com


Artikel & Link Berkaitan:

Jumaat, 11 Disember 2015

PERKAP : Fauziah Latif Ziarah Anak-Anak PERKAP

PERKAP : Fauziah Latif Ziarah Anak-Anak PERKAP


Version : B.Melayu / English



Dari Kiri; Fauziah Latif, Zul, Myra dan Madi


Pada 3 Disember 2015 yang lepas, Fauziah Latif atau lebih dikenali oleh anak-anak PERKAP sebagai 'Umi Ghee' memberi ruang dan masa untuk menziarahi rumah keluarga anak-anak PERKAP.



Fauziah Latiff Penyanyi & Selebriti Terkenal

Fauziah Latif adalah seorang 'ibu' yang penyayang, sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak ini supaya sentiasa berdaya maju.

'Umi Ghee' tiba ditempat kami sekitar 10 pagi dan mula bertolak sekitar 10.30 pagi bersama dengan team 'Roboforex' dan pengurusan PERKAP yang diwakili oleh Adeek dan Mona untuk menziarahi rumah keluarga anak-anak PERKAP yang berada di sekitar Karak & Maran Pahang.


Adeek sedang berbual mesra dengan Syukur (salah seorang anak PERKAP)
sambil diperhatikan oleh Fauziah Latif dan Bro Fendi (CEO Robforex Malaysia)


Rumah yang diziarahi oleh 'Umi Ghee' dan team Roboforex ialah:

1. Imad & Irfan - Karak, Pahang
2. Nadzmi - Karak, Pahang
3. Syukur - Kg Cinta Manis, Karak, Pahang
4. Faiz & Ijat - Maran, Pahang

Kedatangan mereka bukanlah dengan 'tangan kosong' sahaja, mereka ziarah dengan memberi sumbangan seperti beras, minyak masak, biskut, teh, sardin, gula, kicap, cili sos, telur, barang basah ; ikan dan ayam.


Team Roboforex dari kiri; Ikbal, Anis, Myra dan Madi
memberi sumbangan kepada keluarga anak-anak PERKAP

Minuman seperti kordial dan buah-buahan juga antara sumbangan yang diberi oleh team Roboforex dan Umi Ghee.

Sumbangan-sumbangan ini serba sedikit meringankan belanja harian keluarga anak-anak ini ketika bersama keluarga mereka ketika cuti sekolah.

Ketika Umi Ghee dan team Roboforex berada dirumah keluarga anak-anak ini, ibu atau bapa anak-anak ini sangat tersentuh dengan kesudian menziarahi mereka dengan memberi sumbangan. Sehingga ada yang menitiskan air mata.


Team Roboforex dan Fauziah Latif beramah mesra dirumah Nadzmi
salah seorang daripada anak PERKAP.

Bukan mudah seorang penyanyi terkenal seperti Fauziah Latif dapat meluangkan masa kerana kekangan masa dengan urusan kerja seharian sebagai seorang penyanyi dan selebriti.

Itulah antara sumbangan terbesar buat mereka.


Fauziah Latif & team Roboforex beramah mesra
bersama keluarga Faiz & Ijat

Kadang-kadang kita terlupa, bukan wang ringgit yang menjadi kayu ukur dalam membuat kebajikan tetapi kasih-sayang dan silaturrahim sesama manusia.

Rezeki itu akan sentiasa diatur olehNYA sekiranya kita menjaga silaturrahim antara kita.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama


"Tetapi orang-orang yang beriman, dan buat kerja-kerja baik - Taman Firdaus jadi sajian mereka.." (Al-Kahfi Ayat 107)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan buat kerja-kerja baik, dapat upah yang tidak putus-putus" (Fushilat Ayat 8)

"Tetapi orang-orang beriman dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk" (Al Bayyinah Ayat 7)

Intipati ayat diatas;

"Buat Kerja-Kerja Baik, dapat upah yang tidak putus-putus, mereka itulah yang terbaik antara makhluk-makhluk"

Umi Ghee , team Roboforex dan pengurusan PERKAP tiba semula di Janda Baik sekitar 5 petang.



Adeek (kiri), Fauziah Latiff & Mona tersandar kepenatan
setelah tiba di Janda Baik.


Sambil melabuhkan punggung setelah seharian menziarahi anak-anak PERKAP, team Roboforex dan Umi Ghee dijamu dengan karipap inti kambing resepi Mona. Sedapnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Team Roboforex & Fauziah Latif sedang minum petang bersama dijamu
dengan karipap inti kambing 'Ala Mona' . Terbaik!

Teringat kami dengan cerita daripada Bro Fendi selaku CEO Roboforex di Malaysia ketika bertandang ke tempat kami, "Dikalangan orang-orang kaya, ketika mereka bersama-sama dengan rakan niaga, bukan cerita berniaga yang mereka bincangkan, tapi kebajikan mana lagi yang boleh mereka lakukan..."


Bro Fendi (kiri) , Imad (tengah-salah seorang anak PERKAP) dan
Fauziah Latif bergambar kenangan bersama.

Mereka tahu ilmu 'Sunatullah' atau lebih dikenali oleh para ilmuwan hari ini sebagai 'Law Of Nature' tentang betapa hebatnya apabila kita MEMBERI.
"The Law of Giving and Receiving means that whenever we give, we automatically receive. Its the flow and the core of the Universe"
Maksudnya, "Hukum memberi dan menerima bermaksud setiap kali kita memberi, kita akan secara otomatis menerima. Ianya adalah hukum dan aliran alam"


Jika kita mahukan kasih-sayang dalam hidup, kita perlu beri kasih sayang
Jika kita mahukan ilmu pengetahuan, kita perlu beri ilmu pengetahuan
Jika kita mahu kesenangan, kita perlu beri kesenangan
Jika kita mahu bahagia, kita perlu beri bahagia


Ini adalah rahsia yang ramai tidak tahu. Tetapi sekarang anda sudah tahu.

Kami menjemput kalian untuk  menziarahi anak-anak jagaan kami. Mereka memerlukan KASIH SAYANG anda.

Sekiranya anda terbuka hati untuk memberi sumbangan kami tidak menolak.



Anak-anak PERKAP ketika makan bersama

Jaminan kami anda pasti tertarik apabila anda bersama mereka. Terutama ketika anda memeluk atau dipeluk oleh mereka dan ketika melihat senyuman mereka.



Tindakan anak ini mencuit bahu sangat comel dan mencuit hati


Hubungi kami dengan menghantar Whatsapp ke +6017 264 8451 sekiranya anda ingin menziarahi anak-anak ini. Kami akan mengatur masanya untuk anda.


Artikel & Link Berkaitan: